



04.07.2020 | SABTU
Alhamdulillah. Hari keempat di kampung.
Adik yang di Putrajaya dah sampai malam semalam. Pagi ni bersarapan di kedai sebelah rumah je. Heheheee :) Selesai sarapan, kami ke rumah MakYang - kakak arwah emak. Wancu - adik arwah emak - pun ada di rumah MakYang. Berbual lama juga dengan mereka berdua. Banyak sangat yang dibualkan. Langsung menjemput mereka ke majlis malam nanti.
Singgah pulak di kedai abang sulung - sebelah rumah MakYang je - sebelum ke rumah Makwe pulak. Makwe ni ialah balu kepada arwah abang emak. Habis separuh hari dah. Sebelah petang pulak, masing2 manjalankan tugas. Ada yang mengemas rumah, ada yang membeli barang2 keperluan majlis, ada yang makan :)
Hasil pakatan dengan adik-beradik, kami mengadakan majlis bacaan Yaasiin dan tahlil untuk kesayangan2 kami yang telah pergi meninggalkan kami terlebih dulu. Kami mulakan dengan solat Maghrib berjemaah bersama adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara dan emak2 saudara. Diimamkan oleh adik yang duduk di Putrajaya tu.
Selesai solat Isyak, kami mulakan majlis bacaan yaasiin dan tahlil serta doa arwah. Dipimpin oleh tetamu jemputan. Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat dihati untuk mengadakan majlis ini.
Majlis ini kami buat secara tertutup. Hanya ahli keluarga terdekat je. Masih alam PKP Pemulihan dan wabak Covid-19 belum pulih. Takut untuk menjemput ramai orang. Jemputan hanya kami lapan beradik berserta ahli keluarga masing2 sahaja. Dan empat orang emak saudara. Maaf kepada yang tidak dijemput.
Jamuan kami malam tu ringkas aje. Sekadar sate, nasi impit, kek pisang, brownies dan buah serta air panas. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyumbang makanan2 ini.
Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat dihati untuk mengumpulkan adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara dan cucu2. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri. Terima kasih banyak2.
In shaa Allah, jika diizinkan olehNYA, nanti kita berkumpul begini lagi...
Alhamdulillah. Berkesempatan untuk ziarah puasara insan2 tersayang yang telah pergi meninggalkan kami. Di pagi Jumaat yang redup.
Saya memandu dari Bandar Sunway. Jenuh juga nak keluar dari Bandar Sunway. 100% bergantung kepada aplikasi Waze. Kelam-kabut pemanduan. Suruh Adik tengokkan Waze, dia tak pandai katanya. Nasib baik la tak sesat. Hahahahaaa....
Alhamdulillah. Bila dah masuk E2 - Lebuhraya PLUS, leganya rasa hati. Adik kat sebelah melayan je maknya berbual. Tak bagi dia tidur sebab boring memandu sorang2. Memandu secara santai2 je. Tak lebih daripada had limit. Sopan je mak memandu. Singgah di R&R Tapah kejap. Beli putu bambu je kat van yang ada tepi tu. Putu Bambu World kata deme...
Anak2 buat kejutan untuk Abah deme. Kek ni beli masa ke AEON semalam. Tujuan asalnya saja nak makan2. Tapi dah di"kejut"kan deme utk Abah deme.