Wednesday, January 7, 2015

Majlis Selaut Kasih Segunung Budi

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Majlis Selaut Kasih Segunung Budi adalah untuk meraikan perpindahan Guru Besar dan GPK1 SK Taman Pasir Putih. Majlis telah diadakan di Bayu Marina Resort, Permas Jaya. Juga untuk meraikan kenaikan pangkat GPK Petang ke GPK HEM. Majlis juga meraikan kehadiran pihak pentadbir baru.

Mereka yang diraikan adalah seperti berikut :
1) Guru Besar, Puan Hajah Rosyati Jani - berpindah ke SK Taman Rinting 2
2) GPK1, Puan Fadzilah Othman - berpindah ke SK Kota Masai 2
3) GPK Petang, Puan Masrawati Mohd Ali - dinaikkan pangkat ke GPK HEM, masih di SKTPP
4) Guru Besar baru, Puan Hajah Mardiana Sajadi - dari SK Pasir Putih (Kg Pasir Putih)
5) GPK1 baru, Puan Hajah Norlida Mohd Noor - dari SK Taman Rinting 2
6) GPK Petang baru, En. Rosli Satar - tak pasti dari sekolah mana. Maaf.

 Ucapan oleh Puan Hajah Mardiana Sajadi, Guru Besar SKTPP
 Ucapan oleh En Jasman, YDP PIBG
 Ucapan oleh Puan Masrawati, mantan GPK Petang
 Ucapan oleh Puan Fadzilah, mantan GPK1
 Pengerusi Majlis, Cikgu Zairul
 Puan Hajah Rosyati, mantan Guru Besar
 Cikgu Rosli GPK Koko dan Cikgu Rosli GPK Petang. Dah le nama sama, baju pun sama hitam.
 Simbolik penyerahan tugas GPK Petang daripada Puan Masrawati Kepada En Rosli
 Simbolik penyerahan tugas GPK HEM daripada Puan Fadzilah kepada Puan Masrawati
 Simbolik penyerahan tugas GPK1 daripada Puan Siti Sapariah kepada Puan Hajah Norlida
 Simbolik penyerahan tugas Guru Besar daripada Puan Hajah Rosyati kepada Puan Hajah Mardiana
 Puan Hajah Rosyati (mantan GB), Puan Hajah Mardiaana (GB), Puan Masrawati (GPK HEM) dan Puan Hajah Norlida (GPK1)
 Barisan pentadbir bersama kakitangan sokongan yang menguruskan majlis
 Free style...!
 AJK Ibu PIBG bersama Puan Hajah Rosyati dan Puan Masrawati.
 AJK Ibu PIBG bersama mantan GPK1, Puan Siti Sapariah
 Gaya santai AJK PIBG Sesi 2014/2015 bersama mereka yang diraikan.

Tuesday, January 6, 2015

Moga Cepat Sembuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adik saya yang ke-6 telah dimasukkan ke hospital kerana denggi pada 2hb Januari lepas. Tak pasti pula berapa bacaan blood plateletnya. Kami nasihatkan dia supaya minum banyak2 100Plus. Makan sup ketam dan juga minum jus betik.

Ditemani oleh anak tunggalnya Atiff sambil membaca buku. Bagus Atiff ni. Rajin membaca. In shaa Allah, nanti jadi anak yang pandai ya...
Daun betik yang nak dibuat ubat untuk abahnya, dijadikan payung dulu oleh si anak tunggal. Ada2 je kerenah Atiff ni.
Yang ni kali kedua makan sup ketam yang disediakan oleh kakak iparnya, Maziah. Terima kasih Maz...
 Bukan sekadar jus...tapi dengan daun2nya sekali dimakannya.
Alhamdulillah. 4hb Januari dah boleh keluar hospital. Berkat makan daun betik kot...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-16

 Kepada anakanda Muhammad Azrai bin Abd. Aziz, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-16 pada 3hb Januari 2015 yang lalu. Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan juga di akhirat.
 Kejutan untuk dia di dalam bilik, di atas katil.
 Sekadar slice cheese cake dan sebatang lilin.

Selamat Tahun Baru Dan Selamat Ulangtahun Kelahiran

Kepada semua pengunjung...

Kelakar...kan! Dah 5 hari berlalu baru nak wish. Tak apa la...asal ada.

Dan kepada adikku Rosrizal bin Mohd Zain yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh 1hb Januari, selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Moga dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilindungi dan dirahmati olehNYA selalu. In shaa Allah. Dan moga sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Wednesday, December 24, 2014

Adik Yang Manja

Adik memang manja. Mentang2 le anak bongsu. Tapi dia tak manja dengan semua. Dengan emak dan Ayong je yang lebih. Dengan abah ada la manja sikit2. Dengan Abang Ngah pun ok lagi. Dengan Abang Yang yang tak boleh dekat. Ada je yang tak kena.
 Ini entah apa kes tak tau la. Masa tu di SDAR. Ambil keputusan PT3. Tiba2 je dia hilang dari pandangan. Dia bukannya boleh duduk diam. Tiba2 dia datang pada Ayong sambil menangis. Terus peluk Ayong.
Hari Ahad, selepas jemputan di Kampung Permatang Palas Darat, Benut, kami terus ke Bangi. Dalam perjalanan tu, Adik tak habis2 menyebut rindu dengan Ayong. Memang le nak pergi jumpa Ayong di UKM. Dia pesan cistat, kek cokelat kukus dan brownies. Ingatkan boleh sampai awal tetapi disebabkan hujan dan lebuhraya sesak dari Senawang hingga melepasi Nilai Utara, maka kami sampai di UKM sekitar maghrib. Dah le hujan lebat. Kereta pulak tak boleh terus ke blok kediaman mereka. Kena paking jauh sikit dari blok. Ayong datang berpayung dengan kawannya. Disebabkan hujan, saya turun sorang je dari kereta. Lepas serahkan barang2 pesanannya, Ayong kembali semula ke blok kediaman. Saya masuk kereta. Tiba2 Adik menangis. Saya tanya kenapa. Katanya rindu dengan Ayong. Allahhuakbar!!! Saya terus keluar kereta dan jerit memanggil Ayong dalam hujan tu. Nasib baik Ayong dengar dan berpatah balik. Adik keluar kereta dan terus peluk Ayong sambil menangis. Allahhuakbar...manjanya dia dengan Ayong. Sampaikan menangis sebab Ayong tak salam dengan dia. Dah dipujuk Ayong barulah dia diam. Hehehe...Adik...Adik!!!
 Lepas tu dia ngok ngek dengan emak pulak.


Friday, October 10, 2014

Hari Raya Aidil Adha 2014

Tak kisahlah. Raya korban dah lama berlalu. Ni saja je nak cerita perihal hari raya korban aritu. Alhamdulillah. Raya kali ini kami meraikannya dalam suasana raya yang ceria. Biasanya hari raya korban kami tak balik ke kampung. Beraya di taman perumahan je. Tak le beraya sakan pun. Hari raya jatuh pada hari Ahad, 5hb Oktober. Pagi Sabtu saya dan suami ke pasar tani. Cari daun kelapa untuk buat ketupat. Alhamdulillah...masih ada dijual. Dan beli sayur2an untuk buat kuah lodeh.
Selepas sarapan, kami mulakan tugas dengan menganyam kelongsong ketupat. Suami saya yang pandai menganyam. Saya kena refresh semula baru boleh menganyam. Anak2 pun turut sama. Kami buat ketupat sate dan ketupat bawang je. Itu yang senang.
 Bermacam2 saiz kelongsong ada. Main buat je ikut lebar daun kelapa tu. Tak ada nak ejas2 lebar daun dah!
 Ini kategori yang paling comel!
Proses mengisi beras ke dalam kelongsong dilakukan oleh suami dan anak2. Saya bersilat di dapur. Memasak kuah lodeh, kuah kacang dan ayam masak merah. Nasib baik ada pembantu menolong. Ringan sikit beban kerja. Akhirnya, makan malam kami dihidangkan dengan juadah untuk raya. Rendang daging je yang tak ada. Saya bercadang nak buat rendang ayam tapi suami kata buat rendang daging aje la keesokan harinya.
 Ketupat dah siap potong.
 Kuah lodeh yang simple sebab suami banyak benda tak boleh makan.
 Ayam masak merah. Tak nak campur madu kata Ayong...
 Kuah kacang
 Ringkas aje kan...!
 Sempat juga buat Kek Sarang Semut.
Alhamdulillah. Next day ada program korban di kejiranan. 2 ekor lembu. Akan sama2 bergotong-royong.
********