Sunday, March 16, 2014

Larian Merentas Desa SKTPP

 Alhamdulillah. Program ini telah pun selamat diadakan semalam.
Larian ini hanya terbuka kepada murid2 Tahap 2 sahaja. Ianya dibahagikan kepada enam kategori :
Tahun 4 Perempuan, Tahun 4 Lelaki, Tahun 5 Perempuan, Tahun 5 Lelaki, Tahun 6 Perempuan dan Tahun 6 Lelaki. 

Gambar2 berkaitan boleh dilihat di SINI :
 Sebelum larian diadakan, semua murid dikumpulkan di Padang Serbaguna. Sedikit senanam ringan dilakukan untuk memanaskan badan. Diketuai oleh Cikgu Nukman.
 Pelepasan larian dilakukan di padang. Murid2 Pendidikan Khas ada juga yang datang mengambil bahagian. Tahniah kepada mereka kerana berjaya menghabiskan larian mereka.
 5 orang murid Pendidikan Khas bersama guru2 pengiring mereka. Larian mereka dilepaskan oleh Puan Guru Besar. Guru2 pun ikut berlari bersama mereka..
 Larian dilepaskan di padang. Selepas mereka berlari satu pusingan di padang, barulah mereka berlari ke luar kawasan sekolah dan melalui check points yang telah ditetapkan. Mereka berlari sejauh lebih kurang 3.3km. Penat juga nak menghabiskan larian!
Setiap kategori diberikan hadiah dari tempat pertama hingga ke-20. Dan untuk setiap kedudukan, mereka menumbangkan markah untuk rumah sukan mereka.
 Sampai di garisan penamat, mereka diberikan nombor oleh guru2 yang bertugas...nombor 1 sampai 20. Lepas tu mereka mendaftarkan diri mereka di meja petugas.
 Ada juga murid2 yang mengalami masalah semasa dan selepas larian. Ada yang muntah2 selepas sampai ke garisan penamat.
 Ada juga yang lututnya tiba2 sakit dan tidak boleh berlari. Terpaksa dibawa balik ke sekolah dengan kenderaan yang disediakan.
 10 hadiah diberikan untuk setiap kategori. Hadiah2 yang disediakan adalah seperti berikut :
Tempat ke-10 hingga ke-6 : Medal
Tempat ke-5 hingga pertama : Medal dan hamper

Ada juga Piala Pusingan untuk Johan dan Naib Johan keseluruhan. Ianya dikira dari jumlah mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan.
Johan ialah rumah Kuning yang mendapat 161 mata dan Naib Johan ialah rumah Oren dengan 121 mata.

Tahniah kepada semua yang berjaya. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tuesday, March 11, 2014

Apam Nasi

 Rasanya kan...blog Dari Dapur Azita Zain tu nak kena tutup la. Lama dah tak update kat sana. Nanti saya akan pindahkan semua resepi dari blog tu ke sini pulak. Jadi senang sikit kerja saya untuk buat maintenance. Cerita masak2 dan cerita2 lain digabungkan. Cuma blog Fresh From Azita Kitchen akak kekal di sana. In shaa Allah. Ok...jom saya mulakan dengan Apam Nasi ni dulu.
 Ramai dah yang tau camana nak buat apam ni...kan? Senang je. Bahan2nya pun ringkas je. Kalau agak2 nasi putih ada dalam petiais tu, jangan biarkan begitu saja. Meh buat apam ni. Semalam saya masak nasi dua cawan (cawan yang dalam periuk nasi elektrik tu aje) tapi banyak juga yang tak habis. Sekarang ni kat rumah ni cuma dua orang aje yang makan...Adik dan Abang Ngah. Itu sebab masak sikit pun susah nak habis. 
Apam ni saya perap pagi tadi...dalam pukul 8:30 pagi. Cadangnya selepas dua jam dah nak kukus. Tapi disebabkan sibuk mengemas rumah yang berselerak angkara cik anai2, terlupakan apam yang dah diperap. Sudahnya...dekat jam 12:00 tengah hari baru saya kukus. Nasib baik elok gebunya cuma tak berapa membukit je. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2-1/2 cawan air
  • 1-1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu teh mauripan
  • Sedikit pewarna - ikut citarasa sendiri


Cara-caranya :
  1. Kisar nasi dan bersama dengan air sehingga nasi hancur. Masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Ayakkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam adunan nasi tadi.
  3. Masukkan juga mauripan. Kacau semua hingga sebati dan tidak bergentel. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
  4. Perap 3 jam hingga 4 jam.
  5. Panaskan kukusan. Sapu acuan lompang dengan minyak.
  6. Campurkan pewarna ke dalam adunan apam dan kacau rata.
  7. Tuang ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
  8. Biarkan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan daripada acuan lompang.
  9. Sedap dihidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam.

*****

Monday, March 10, 2014

Adik Dan Drumstick Tak Dapat Dipisahkan

 Pasti ramai yang sukakan aiskrim Drumstick ni...kan? Adik pun seorang penggemar drumstick juga. Sejak dari kecil lagi. Tapi BUKAN aiskrim Drumstick kat atas tu sebaliknya ialah PAHA AYAM! Drumstick jugak...kan?
 Comel sangat Adik kan! Ni gambar masa sambut birthday Adik yang ke-2 tahun. Tengok...dalam banyak2 ketul ayam dalam kotak tu, drumstick juga yang dia pilih!
 Dan sehingga sekarang, walaupun dah menginjak ke usia 10 tahun, drumstick masih lagi pilihan utama. Pergilah ke mana2 pun, kalau masa makan mesti nak cari drumstick. Kalau boleh pilih nak bahagian yang mana, senanglah..kan! Jom layan gambar Adik dan drumsticknya...



******

Saturday, March 8, 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M SKTPP

Cerita Hari Ini, 8hb Mac 2014 (Sabtu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, hari Sabtu, 8hb Mac 2014 bersamaan dengan 6 Jamadil Awal 1435H, telah diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SKTPP). Sebagai salah seorang daripada AJK PIBG, saya turut menerima jemputan ke majlis tersebut.
Majlis dijadualkan bermula jam 7:00 pagi. Walau bagaimanapun, perarakan hanya bermula sekitar jam 7:30 pagi. Perarakan hanya disertai oleh pelajar2 lelaki Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dan guru2 lelaki sahaja. Perarakan hanya di sekitar Jalan Selasih sejauh lebih kurang 2km. Tapi berpeluh2 jugaklah pelajar2 dan guru2 yang terlibat.


Tidak seperti tahun2 yang lepas, biasanya diadakan gotong-royong untuk memasak hidangan untuk jamuan pada hari tersebut, tetapi pada kali ini diserahkan semuanya kepada pihak katering. Jauh kita tempah makanan kali ini. Nuuuuunnnnnn di Batu Pahat. Kita tempah Nasi Beriyani Gam. Semasa pelajar2 dan guru2 berarak, pihak katering sampai menhgantar makanan. Amekawww...satu lori! Siap dengan sebesar2 periuk yang rasanya ada 6 atau 8 biji! Semasa majlis berlangsung di Dewan Warisan, guru2 dan pelajar2 yang bertugas di bahagian makanan sibuk menyediakan dan menyelenggarakan makanan di kantin. Masing2 sibuk dengan tugas2 yang telah diagihkan.




Makanan yang dibungkus di dalam polisterin akan diagihkan kepada pelajar2 Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3). Pelajar2 Tahun 2 dan Tahun 3 ditempatkan di dalam Dewan Perdana manakala pelajar2 Tahun 1 dibawa ke kelas masing2 oleh guru kelas mereka. 

Sementara menanti ketibaan tetamu undangan yang juga merupakan penceramah jemputan, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Salihudin dan terjemahannya oleh Ustaz Nasir.

Diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasir dan disusuli dengan berzanji dan marhaban yang diketuai oleh Ustaz Salihudin dan Ustaz Nasir.





Selepas ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rosyati binti Jani, penceramah jemputan mengambil tempat untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Penceramah yang dimaksudkan ialah Ustaz Mohd Rasyid bin Mohd Saleh, Pengarah Ilhamurni Consultant.
 Puan Hajjah Rosyati binti Jani, Guru Besar SKTPP
 Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Rasyid bin Mohd Saleh
 Ceramah disusuli dengan lawak jenaka dan juga kuiz ringkas.

Ada juga persembahan oleh pelajar2 Tahun 1 dan Tahun 2. Comel2 jer mereka ni...!


Dah abis persembahan murid, tibalah masa untuk menjamu selera. Tetamu jemputan dan AJK2 PIBG menjamu selera di Bilik Mesyuarat. Pelajar2 Tahun 4, 5 dan 6 pula dijamu makan dalam dulang. Pelajar2 Tahun 1, 2 dan 3 pula diberikan makanan yang dah dipacking dalam polisterin dan mereka dah pun dibenarkan pulang seawal jam 10:30 pagi.



Dah selesai menjamu selera, tetamu jemputan berangkat pulang. Pelajar2 berkumpul semula di Dewan Warisan untuk qasidah dan selawat sebelum mereka dibenarkan pulang sekitar jam 12:15 tengah hari.
**********

Friday, March 7, 2014

SDAR, Putrajaya Dan UKM

Cerita 16hb Februari 2014 (Ahad)

Hari ini kena hantar Ayong balik ke UKM sebab esok, 17hb Februari kelas dia dah bermula untuk semester kedua. Kebetulan pula pada hari Sabtu, 15hb Februari, ada sekolah ganti sempena cuti CNY hujung bulan nanti. Dan hari Ahad merupakan hari persekolahan biasa untuk negeri Johor. Jadinya, Adik dan Abang Ngah tak ikut kami menghantar Ayong. Abang Ngah kena jaga Adik...hantar dan jemput ke dan dari sekolah. 
Kami bertolak seawal jam 7:30 pagi sebab nak singgah di SDAR dulu. Semasa singgah di Hentian Kulaijaya untuk mengisi minyak, kami beli je sandwich telur yang dijual di stesen berkenaan sebagai sarapan kami. Malas nak singgah sarapan di mana2 hentian.
2 keping roti yang telah di"sandwich telur"kan berharga RM2.30. Pejam mata je la! Lepas tu kami singgah kejap di R&R Ayer Keroh untuk beli kerepek2 yang dipesan oleh Abang Yang. Dan kami sampai ke SDAR salam sekitar jam 11:00 pagi.
Kami bawa Abang Yang keluar jalan2 kejap. Cari barang2 keperluan dia dan makan. Tak jauh pun...sekadar ke Tesco Senawang tu je. Lepas tu kami hantar dia balik semula ke SDAR sebelum meneruskan perjalan ke Putrajaya pulak.

Dalam perjalanan ke Putrajaya, kereta rasa macam tak berapa nak sihat. Kalau memandu di bawah 80km/j mesti tersenggut2. Dan suhu penghawa dingin pun dah panas je walaupun dah set paling sejuk. Aduyai...janganlah buat hal kat tengah2 perjalanan pulak. Alhamdulillah...kami sampai ke Presint 8 Putrajaya dalam jam 5:30 petang. Dan kedatangan kami disambut oleh si cilik botak Adam Rayyan.

Sampai di Putrajaya...sejukkan enjin kereta dulu. Lepas tu hubby, adik2 lelaki dan BIL check mana yang patut. Paksu memang terer (*terer ke?*) pasal kereta ni. So katanya mungkin alternator yang bermasalah. Dulu dah pernah ganti sekali. Hmmm...hari Ahad, dah petang pulak tu...mana ada wokshop yang buka. Apa2 hal, kena tunggu pagi Isnin. Nampaknya kami terpaksa bermalam di Putrajaya. Then saya call Abang Ngah. Bagitau keadaan kami. Titipkan 1001 pesanan pada dia. Juga titipkan pesanan kepada jiran2 berhampiran untuk menengok2kan keadaan mereka. Risau sebab tak pernah tinggalkan dua beradik tu di rumah sebelum ni. Alhamdulillah...panjang akal Abang Ngah bila dia ajak 3 orang kawan rapatnya bermalam di rumah.

Sebelah malam barulah kami menghantar Ayong ke UKM. Itupun naik kereta adik saya. So tak ramai yang boleh ikut. Takpe la...lain kali boleh pergi lagi kalau nak.

Pagi Isnin, adik saya terpaksa EL sebab nak uruskan kereta ke bengkel. Hubby saya bukannya tahu nak menuju ke mana. Diorang bawak kereta tu ke Serdang...ke bengkel yang selalu adik saya pergi. Nasib baik ada spare part...kenalah RM480 untuk harga spare part dan workmanship. Alhamdulillah. Selesai satu masalah.

Selepas menjamu selera dengan juadah yang dibeli, kami bertolak balik ke Pasir Gudang. Kali ini kami bawa emak bersama. Biar emak tinggal di Johor pulak. Emak dah datang ke Putrajaya pada hari Khamis malam Jumaat sebelum tu. Maksu dan Paksu datang semula pada hari Sabtu malam Ahad.