Saturday, April 14, 2012

Happy 16th Birthday



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aduiii...jenuh nak meng'upload' gambar2 ni! Dari kelmarin cuba nak update cerita ini tapi terbengkalai sebab tak boleh nak upload gambar. Malam ini pun terpaksa upload satu persatu...lepas tu ambil masa yang agak panjang untuk upload. Apa2pun, alhamdulillah sebab dah dapat upload.

Hari Rabu lepas, 11hb April 2012, merupakan kari ulangtahun kelahiran yang ke-16 untuk anak ke-2 saya, Muhammad Azhari (Abang Ngah). Pada hari yang sama, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-14 juga telah ditabalkan. Kiranya birthday Abang Ngah kali ini, satu Malaysia bercuti. Ingat senang ke nak dapat? Walaupun dah diwartakan sebagai cuti umum, hubby tetap bekerja.Sebelum balik kerja, hubby bertanya nak bagi hadiah apa kepada Abang Ngah. Kiranya nak bagi hadiah birthday sekali dengan hadiah PMR la...2-dalam-1. Saya cadangkan ntuk beli jam tangan G-Shock. Tapi bila hubby pergi cari kat kedai2 sekitar Pusat Bandar, tak ada pulak yang berkenan. Akhirnya, balik kosong aje.

Pada sebelah malam, kami ke KipMart Masai. Kat sana banyak kedai2 jam dan sebagainay. Cari2 juga jam tangan dalam lingkungan harga RM250 gitu. Tapi si birthday boy pulak macam tak setuju dengan hadiah tersebut. Dia demand nak telefon baru. Hmmm...hubby pandang saya, saya pandang hubby. Akhirnya kami setuju. Singgah di kedai telefon pulak. Inilah yang dia pilih...

Samsung Galaxy Y (Young) silver metalic...

Sukalah dia bila dapat apa yang diidamkan...

Lepas grab telefon tu, kami singgah pulak ke Pizza Hut. Depan KipMart tu je. Saja nak raikan ulangtahun kelahiran dia dengan makan2 di sini. Tapi teringat juga pada Abang Yang yang tidak bersama.Tak apalah, nanti bila Abang Yang balik bercuti, kita makan lagi! Ramai pulak pelanggan pada malam tu. Terpaksalah kami menanti sekejap sementara staff PH mengemaskan meja yang baru ditinggalkan oleh pelanggan.


Nasib baik tak lama menanti. Lepas dapat menu, kami pun order lah apa yang patut. Tak banyak pun. Sekadar ambil set yang untuk 4 orang tu, pizza baru yang tengah hot kat tv tu...3 Sensation. Lepas tu dapat free set untuk kid.

Sementara menanti hidangan sampai, Abang Ngah sibuk dengan telefon barunya.

Air, sup dan roti ni sampai dulu... Adik memang 'hantu' mushroom soup ni.

Abang Ngah tengah mengirup mushroom soup. Hmmm...tak hingat dunia!!!

Inilah hidangan kami malam tu...

Pizza besar...pizza kecik...!


Hmmm...sedapnya!

Abis dah!

Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam Dan Kentang




Hidangan yang ringkas untuk keluarga. Kalau masak sup, tak kisahlah sup apa2 pun, gerenti dapat sambutan. Kat rumah ni dah tak berapa meriah nak masak sebab yang kaki makan dah tak ada. Sekarang ni, kalau masak nasi 2 cawan kecik tu pun tak habis makan. Tapi bila ada sup, laju je masing2 makan. Alhamdulillah. Adik pulak paling suka makan ayam tapi bahagian peha (drumstick) aje. Kalau ada drumstick goreng, 6 ketul dia makan sorang pun boleh habis sekali hadap. Jom tengok resepi ringkas saya di SINI.



Lagi satu, saya suka masak sup sebab hubby suka. Tapi cuma sup ayam atau ikanlah sebab kalau sup daging, hubby tak makan. Hubby tu ada gout...so banyak makanan yang hubby tak boleh makan. Daging ayam pun kadang2 je hubby makan. Selalunya untuk hubby cuma terhidang ikan dan sayur2 je. Sayur pun ada yang tak boleh dimakan. Susah sikit sekarang nak masak sebab kena fikirkan apa yang hubby boleh dan tak boleh makan. Tapi hubby suruh masak macam biasa je, untuk anak2. Tapi kesian pulak tengok hubby tak makan kalau saya masak daging ke, makanan laut ke... Akhirnya, kami sama2 'berpuasa' dari mengambil makanan yang hubby tak boleh makan. Cuma untuk anak2 tu adalah saya sediakan juga. Apa2pun, syukur di atas limpah rezeki dan nikmat yang telah DIA berikan kepada kami. Alhamdulillah.



Tuesday, April 10, 2012

Pulut Kuning Lagi...!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Hmmm...pulut kuning dan rendang daging lagi! Masih menunaikan hajat di hati... Alhamdulillah. Kalau hari tu saya mengukus sebanyak 10kg pulut kuning dan 5kg rendang daging, pagi tadi saya mengukus lagi 8kg pulut kuning bersama dengan 4kg rendang daging. Alhamdulillah. Tertunailah sudah hajat di hati kami.

 Pulut tu saya dah rendam dari petang semalam lagi. Memandangkan hajat di hati nak menghantar pulut dan rendang tersebut ke SKTPP pada waktu rehat, seawal jam 6:15 pagi saya dah memulakan proses untuk mengukus. Nasib baik dah ada kukus bersaiz besar, jadinya saya hanya memerlukan 2 loyang kukusan sahaja untuk menyudahkan kerja2 mengukus. Kedua2 loyang tu saya kukus pada masa yang sama...bertingkat dua. Alhamdulillah...sekitar jam 9:00 pagi, selesailah kerja2 mengukus pulut kuning. Rendang pulak saya dah masak malam tadi. Pagi ini saya cuma panaskan dan keringkan sedikit lagi. 

Gandingan pulut kuning dan rendang daging ini saya hantar ke SKTPP. Sebelum ke sekolah, saya telah menelefon Cikgu Fuzaihan, bertanyakan waktu rehat guru2 Tahun 6. Alhamdulillah...belum terlewat lagi. Saya hantar pulut dan rendang tu ke kantin guru. Sempat berbual dengan beberapa orang guru yang sedang menjamu selera di situ. kepada mereka, saya sampaikan hajat saya yang tidak seberapa itu berbanding dengan jasa, bakti dan pengorbanan guru2 terhadap anak2 saya. Terima kasih Cikgu!!!


Selepas hantar ke SKTPP dan hantar Adik ke SATPP, saya meneruskan proses pembungkusan pula. Kali ini untuk pekerja2 hubby. Hubby mintak packingkan sebanyak 60packs. Alhamdulillah...siap dah!

 Pulut kuning dan rendang dimasukkan dalam bekas yang sama...dilapisi dengan daun pisang sebagai pemisah antara pulut dan rendang.

 Dah siap dilapisi dengan rendang daging...



Dah siap dipacking. Tunggu hubby balik untuk dibawa ke tempat kerja.


Sunday, April 8, 2012

Kek Cokelat Kukus Lapis Krimcis






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Siapa kata tak ada oven tak boleh buat kek? Eeeee...salah tu! Tak boleh bakar, kita boleh goreng (errkk...ada kek goreng ke?), boleh kukus jugak. Tak percaya? Ini ha...Kek Cokelat Kukus Lapis Cheese ini adalah buktinya. Kek ini dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus. Rasanya...mabeles! Tak sempat sejuk dah habis separuh loyang.



KEK COKELAT KUKUS LAPIS KRIMCIS

Bahan-bahan :
  • 180gm mentega
  • 120gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 120gm tepung gandum
  • 2 sudu besar penuh serbuk koko (**)
  • 2 sudu teh baking powder (**) - diayak bersama
  • 1 sudu teh esen vanilla

Lapisan Krimcis :
  • 250gm krimcis
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen lemon


Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan lenser loyang dengan mentega. Alas dengan baking paper.
  2. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Tuangkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  7. Tuangkan adunan krimcis dan ratakan. Tuangkan pula baki adunan kek dan ratakan.
  8. Kukus selama 40 minit atau hingga masak.
  9. Tunggu hingga sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Lapisan Krimcis :
  1. Pukul krimcis dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen dan pukul lagi hingga kembang.

Friday, April 6, 2012

Roti Masin aka Biskut Osborne




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini hari Jumaat. Hari ini 6hb. April, 2012. Sekarang ni dah petang Jumaat. Bukannya pagi, subuh, tengahari ataupun malam Jumaat. Apa merepek meraban ni ha? Issshhh...petang2 Jumaat ni buat hal pulak...

Tak ada apalah. Saja je. Eh...korang pernah makan tak biskut ni? Emak saya panggil biskut ni ROTI MASIN. Tak tau le kenapa roti masin. Rasanya tidaklah masin biskut ni. Biskut ni senang didapati di Perak. Kat tempat lain...wallahhualam. Kat Johor ni pun rasanya susah nak dapat. Saya hanya boleh beli biskut ni di Pasaraya Maslee di Taman Cendana tu. Itupun harganya...mak aaiiiihhhh...mahal! Dah tu siap packing2 100gm++ je. Kalau saya balik kampung di Perak, mesti saya beli biskut ini paling kurang pun 2kg. Anak2 suka.

Eh...lupa nak bagi tau nama saintifik biskut ini. Inilah biskut OSBORNE. Kenapa osborne? Entah...! Tapi kilang biskut ini ialah di Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Perak. Macam mana nak makan biskut ni? Kalau ikut emak saya, makan bersama dengan ikan bilis mentah pun dah sedap. Terutamanya bila emak tengah kelaparan. Emak patah2kan biskut tu, lepas tu ambillah seekor ataupun dua ekor ikan bilis, letak atas biskut tu dan terus ngaaapppp...! Rangup jer dikunyah. Anak2 saya pulak (saya pun sama gak!), masukkan biskut tu dalam air teh O yang suam2, tunggu sekejap supaya air teh O tu meresap ke dalam biskut tu, sudukan dan terus ngaaapppp...! Sarapan pagi macam gini pun dah mengenyangkan. Adik paling suka! Sekali rendam dalam mangkuk dapat 6 keping bulat2 tu. Sekali rendam tak cukup...paling kurang dua kali rendam. Bllluuurrrpppp...alhamdulillah!


Thursday, April 5, 2012

Nasi Goreng Tomyam Dan Sambal Telur Mata



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau hari2 makan nasi putih bersama lauk-pauk yang pelbagai, bosan jugak...kan? Untuk dapatkan sedikit kelainan, saya masak Nasi Goreng Tomyam ini yang dihidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata. Ringkas, padat, berkhasiat dan sedap! Selalu tu asyik buat nasi goreng ikan bilis je. Kali ini tukar selera sikit. Nasi goreng ini saya tak letak sebarang sayur sebab anak2 akan ketepikan apa sayur yang ada...terutamanya Adik. Saya buat nasi goreng tomyam ni sebab anak2 memang suka makan tomyam. Kadang2 tu mereka buat meehon tomyam sendiri. Bukannya susah, masakkan air, masukkan perencah tomyam yang memnag sentiasa ada stok di rumah. Kemudian masukkan meehon. Siap!!! Kalau ada ayam ke, sotong ke, udang ke, sosej ke...mereka masukkan juga. Tapi sayur....sori!



Jom tengok resepi Nasi Goreng Tomyam saya...

Bahan-bahan :
  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam dan perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Kacang panjang, lobak merah, jagung - jika suka (saya tak letak pun)
  • Sepotong daging ayam - dipotong dadu - jika suka (saya tak letak pun)

Cara-cara :
  1. Gaulkan nasi bersama garam dan perisa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam dan ikan bilis dan kacau rata. Masak hingga daging ayam tu elok masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digaul tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur2 pilihan. Kacau rata2 hingga sayur layu sedikit.
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Tomyam ini boleh dihidangkan bersama dengan lauk sampingan seperti telur goreng mata, ayam masak merah, gading black pepper atau apa2 lauk pilihan. Kali ini saya hidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata sahaja.





Bahan-bahan :

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar sili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat2
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara-cara :

  1. Goreng telur sebiji2 dengan minyak yang sedikit hingga masak kedua2 belah permukaannya.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air supaya campuran sos tidak terlalu pekat. Kacau rata hingga mendidih.
  5. Masukkan telur yang telah digoreng tadi. Kacau rata hingga kuah menyelaputi keseluruhan telur.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang. Matikan api. Kacau sekejap sahaja dan angkat dari dapur.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba!!!

Wednesday, April 4, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Di SKTPP


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.


Sambutan Maulidur Rasul di SK Taman Pasir Putih telahpun diadakan pada hari Khamis minggu lepas. Majlis dihadiri oleh murid2 Tahun 1 - Tahun 6, guru2, ibubapa yang menyertai program aqiqah, AJK PIBG dan juga tetamu jemputan yang lain.

Pada malam sebelumnya telah diadakan majlis tahlil dan berzanji. Jemaah Masjid Jamek TPP telah dijemput hadir. Saya pun turut serta kerana menerima jemputan sebagai AJK PIBG. Alhamdulillah. Selepas habis majlis, kami dijamu dengan "fresh soup"...sup lembu dan kambing segar...siap dengan gear box lagi tu! Cicah dengan roti.


 
Perarakan juga turut diadakan pada pagi tersebut. Perarakan hanya disertai oleh pelajar2 lelaki Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) berserta dengan guru2 lelaki dan juga Guru Besar. Murid perempuan Tahap 2 semuanya dikumpulkan di Dewan Warisan. Manakala pelajar2 Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dibawa ke kelas masing2 untuk pertandingan mewarna.

Perarakan diketuai oleh Guru Besar. Masa ni dah masuk semula ke kawasan sekolah...

Segak, bergaya dan ceria je Guru Besar...




Pelajar2 yang menyertai perarakan berkumpul semula di bawah khemah yang telah disediakan. Selepas itu mereka di jamu dengan minuman. Maklumlah...penat juga berarak tu walaupun tidaklah berapa jauh sangat. Sekitar Jalan Selasih 1 dan berpusing ke Selasih 10 sebelum masuk semula ke kawasan sekolah.



Guru2 pula sama2 bergotong-royong menyediakan makanan. Pada malam sebelum tu, beberapa orang guru lelaki bersama2 dengan lebih kurang 20 orang pelajar lelaki telah sama2 bergotong-royong untuk menyediakan segala persiapan majlis. Menurut kata salah seorang guru, pada malam itu mereka bermalam di sekolah.




Setelah tamat perarakan, barulah pelajar2 lelaki dikumpulkan di Dewan Warisan.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rizal.


Diikuti oleh berzanji yang diketuai oleh Ustaz Salahuddin bersama kumpulan nasyid sekolah.


Ucapan pembukaan oleh Guru Besar...




Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Penyanyi ada 6 orang tapi mikrofon ada 5 aje. Jadinya yang sorang tu cuma bergaya macam pegang mikrofon aje... Kesian dia.


Kemudian diadakan pula ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Ali, seorang penceramah bebas yang dijemput khas oleh Guru Besar. Menurut kata penceramah, beliau adalah bekas anak murid Guru Besar. Itu sebab beliau amat berbesar hati dapat menyumbangkan sedikit kuliah pada pagi itu.

Biasalah...di akhir majlis mesti ada sedikit cenderahati kepada tetamu jemputan. Bukan main gembira lagi bekas murid bertemu dengan bekas gurunya...