Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam Dan Kentang




Hidangan yang ringkas untuk keluarga. Kalau masak sup, tak kisahlah sup apa2 pun, gerenti dapat sambutan. Kat rumah ni dah tak berapa meriah nak masak sebab yang kaki makan dah tak ada. Sekarang ni, kalau masak nasi 2 cawan kecik tu pun tak habis makan. Tapi bila ada sup, laju je masing2 makan. Alhamdulillah. Adik pulak paling suka makan ayam tapi bahagian peha (drumstick) aje. Kalau ada drumstick goreng, 6 ketul dia makan sorang pun boleh habis sekali hadap. Jom tengok resepi ringkas saya di SINI.



Lagi satu, saya suka masak sup sebab hubby suka. Tapi cuma sup ayam atau ikanlah sebab kalau sup daging, hubby tak makan. Hubby tu ada gout...so banyak makanan yang hubby tak boleh makan. Daging ayam pun kadang2 je hubby makan. Selalunya untuk hubby cuma terhidang ikan dan sayur2 je. Sayur pun ada yang tak boleh dimakan. Susah sikit sekarang nak masak sebab kena fikirkan apa yang hubby boleh dan tak boleh makan. Tapi hubby suruh masak macam biasa je, untuk anak2. Tapi kesian pulak tengok hubby tak makan kalau saya masak daging ke, makanan laut ke... Akhirnya, kami sama2 'berpuasa' dari mengambil makanan yang hubby tak boleh makan. Cuma untuk anak2 tu adalah saya sediakan juga. Apa2pun, syukur di atas limpah rezeki dan nikmat yang telah DIA berikan kepada kami. Alhamdulillah.



Tuesday, April 10, 2012

Pulut Kuning Lagi...!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Hmmm...pulut kuning dan rendang daging lagi! Masih menunaikan hajat di hati... Alhamdulillah. Kalau hari tu saya mengukus sebanyak 10kg pulut kuning dan 5kg rendang daging, pagi tadi saya mengukus lagi 8kg pulut kuning bersama dengan 4kg rendang daging. Alhamdulillah. Tertunailah sudah hajat di hati kami.

 Pulut tu saya dah rendam dari petang semalam lagi. Memandangkan hajat di hati nak menghantar pulut dan rendang tersebut ke SKTPP pada waktu rehat, seawal jam 6:15 pagi saya dah memulakan proses untuk mengukus. Nasib baik dah ada kukus bersaiz besar, jadinya saya hanya memerlukan 2 loyang kukusan sahaja untuk menyudahkan kerja2 mengukus. Kedua2 loyang tu saya kukus pada masa yang sama...bertingkat dua. Alhamdulillah...sekitar jam 9:00 pagi, selesailah kerja2 mengukus pulut kuning. Rendang pulak saya dah masak malam tadi. Pagi ini saya cuma panaskan dan keringkan sedikit lagi. 

Gandingan pulut kuning dan rendang daging ini saya hantar ke SKTPP. Sebelum ke sekolah, saya telah menelefon Cikgu Fuzaihan, bertanyakan waktu rehat guru2 Tahun 6. Alhamdulillah...belum terlewat lagi. Saya hantar pulut dan rendang tu ke kantin guru. Sempat berbual dengan beberapa orang guru yang sedang menjamu selera di situ. kepada mereka, saya sampaikan hajat saya yang tidak seberapa itu berbanding dengan jasa, bakti dan pengorbanan guru2 terhadap anak2 saya. Terima kasih Cikgu!!!


Selepas hantar ke SKTPP dan hantar Adik ke SATPP, saya meneruskan proses pembungkusan pula. Kali ini untuk pekerja2 hubby. Hubby mintak packingkan sebanyak 60packs. Alhamdulillah...siap dah!

 Pulut kuning dan rendang dimasukkan dalam bekas yang sama...dilapisi dengan daun pisang sebagai pemisah antara pulut dan rendang.

 Dah siap dilapisi dengan rendang daging...



Dah siap dipacking. Tunggu hubby balik untuk dibawa ke tempat kerja.


Sunday, April 8, 2012

Kek Cokelat Kukus Lapis Krimcis






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Siapa kata tak ada oven tak boleh buat kek? Eeeee...salah tu! Tak boleh bakar, kita boleh goreng (errkk...ada kek goreng ke?), boleh kukus jugak. Tak percaya? Ini ha...Kek Cokelat Kukus Lapis Cheese ini adalah buktinya. Kek ini dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus. Rasanya...mabeles! Tak sempat sejuk dah habis separuh loyang.



KEK COKELAT KUKUS LAPIS KRIMCIS

Bahan-bahan :
  • 180gm mentega
  • 120gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 120gm tepung gandum
  • 2 sudu besar penuh serbuk koko (**)
  • 2 sudu teh baking powder (**) - diayak bersama
  • 1 sudu teh esen vanilla

Lapisan Krimcis :
  • 250gm krimcis
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen lemon


Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan lenser loyang dengan mentega. Alas dengan baking paper.
  2. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Tuangkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  7. Tuangkan adunan krimcis dan ratakan. Tuangkan pula baki adunan kek dan ratakan.
  8. Kukus selama 40 minit atau hingga masak.
  9. Tunggu hingga sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Lapisan Krimcis :
  1. Pukul krimcis dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen dan pukul lagi hingga kembang.

Friday, April 6, 2012

Roti Masin aka Biskut Osborne




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini hari Jumaat. Hari ini 6hb. April, 2012. Sekarang ni dah petang Jumaat. Bukannya pagi, subuh, tengahari ataupun malam Jumaat. Apa merepek meraban ni ha? Issshhh...petang2 Jumaat ni buat hal pulak...

Tak ada apalah. Saja je. Eh...korang pernah makan tak biskut ni? Emak saya panggil biskut ni ROTI MASIN. Tak tau le kenapa roti masin. Rasanya tidaklah masin biskut ni. Biskut ni senang didapati di Perak. Kat tempat lain...wallahhualam. Kat Johor ni pun rasanya susah nak dapat. Saya hanya boleh beli biskut ni di Pasaraya Maslee di Taman Cendana tu. Itupun harganya...mak aaiiiihhhh...mahal! Dah tu siap packing2 100gm++ je. Kalau saya balik kampung di Perak, mesti saya beli biskut ini paling kurang pun 2kg. Anak2 suka.

Eh...lupa nak bagi tau nama saintifik biskut ini. Inilah biskut OSBORNE. Kenapa osborne? Entah...! Tapi kilang biskut ini ialah di Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Perak. Macam mana nak makan biskut ni? Kalau ikut emak saya, makan bersama dengan ikan bilis mentah pun dah sedap. Terutamanya bila emak tengah kelaparan. Emak patah2kan biskut tu, lepas tu ambillah seekor ataupun dua ekor ikan bilis, letak atas biskut tu dan terus ngaaapppp...! Rangup jer dikunyah. Anak2 saya pulak (saya pun sama gak!), masukkan biskut tu dalam air teh O yang suam2, tunggu sekejap supaya air teh O tu meresap ke dalam biskut tu, sudukan dan terus ngaaapppp...! Sarapan pagi macam gini pun dah mengenyangkan. Adik paling suka! Sekali rendam dalam mangkuk dapat 6 keping bulat2 tu. Sekali rendam tak cukup...paling kurang dua kali rendam. Bllluuurrrpppp...alhamdulillah!


Thursday, April 5, 2012

Nasi Goreng Tomyam Dan Sambal Telur Mata



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau hari2 makan nasi putih bersama lauk-pauk yang pelbagai, bosan jugak...kan? Untuk dapatkan sedikit kelainan, saya masak Nasi Goreng Tomyam ini yang dihidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata. Ringkas, padat, berkhasiat dan sedap! Selalu tu asyik buat nasi goreng ikan bilis je. Kali ini tukar selera sikit. Nasi goreng ini saya tak letak sebarang sayur sebab anak2 akan ketepikan apa sayur yang ada...terutamanya Adik. Saya buat nasi goreng tomyam ni sebab anak2 memang suka makan tomyam. Kadang2 tu mereka buat meehon tomyam sendiri. Bukannya susah, masakkan air, masukkan perencah tomyam yang memnag sentiasa ada stok di rumah. Kemudian masukkan meehon. Siap!!! Kalau ada ayam ke, sotong ke, udang ke, sosej ke...mereka masukkan juga. Tapi sayur....sori!



Jom tengok resepi Nasi Goreng Tomyam saya...

Bahan-bahan :
  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam dan perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Kacang panjang, lobak merah, jagung - jika suka (saya tak letak pun)
  • Sepotong daging ayam - dipotong dadu - jika suka (saya tak letak pun)

Cara-cara :
  1. Gaulkan nasi bersama garam dan perisa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam dan ikan bilis dan kacau rata. Masak hingga daging ayam tu elok masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digaul tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur2 pilihan. Kacau rata2 hingga sayur layu sedikit.
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.


Nasi Goreng Tomyam ini boleh dihidangkan bersama dengan lauk sampingan seperti telur goreng mata, ayam masak merah, gading black pepper atau apa2 lauk pilihan. Kali ini saya hidangkan bersama dengan Sambal Telur Mata sahaja.





Bahan-bahan :

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar sili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air secukupnya
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat2
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara-cara :

  1. Goreng telur sebiji2 dengan minyak yang sedikit hingga masak kedua2 belah permukaannya.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air supaya campuran sos tidak terlalu pekat. Kacau rata hingga mendidih.
  5. Masukkan telur yang telah digoreng tadi. Kacau rata hingga kuah menyelaputi keseluruhan telur.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang. Matikan api. Kacau sekejap sahaja dan angkat dari dapur.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba!!!

Wednesday, April 4, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Di SKTPP


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.


Sambutan Maulidur Rasul di SK Taman Pasir Putih telahpun diadakan pada hari Khamis minggu lepas. Majlis dihadiri oleh murid2 Tahun 1 - Tahun 6, guru2, ibubapa yang menyertai program aqiqah, AJK PIBG dan juga tetamu jemputan yang lain.

Pada malam sebelumnya telah diadakan majlis tahlil dan berzanji. Jemaah Masjid Jamek TPP telah dijemput hadir. Saya pun turut serta kerana menerima jemputan sebagai AJK PIBG. Alhamdulillah. Selepas habis majlis, kami dijamu dengan "fresh soup"...sup lembu dan kambing segar...siap dengan gear box lagi tu! Cicah dengan roti.


 
Perarakan juga turut diadakan pada pagi tersebut. Perarakan hanya disertai oleh pelajar2 lelaki Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) berserta dengan guru2 lelaki dan juga Guru Besar. Murid perempuan Tahap 2 semuanya dikumpulkan di Dewan Warisan. Manakala pelajar2 Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dibawa ke kelas masing2 untuk pertandingan mewarna.

Perarakan diketuai oleh Guru Besar. Masa ni dah masuk semula ke kawasan sekolah...

Segak, bergaya dan ceria je Guru Besar...




Pelajar2 yang menyertai perarakan berkumpul semula di bawah khemah yang telah disediakan. Selepas itu mereka di jamu dengan minuman. Maklumlah...penat juga berarak tu walaupun tidaklah berapa jauh sangat. Sekitar Jalan Selasih 1 dan berpusing ke Selasih 10 sebelum masuk semula ke kawasan sekolah.



Guru2 pula sama2 bergotong-royong menyediakan makanan. Pada malam sebelum tu, beberapa orang guru lelaki bersama2 dengan lebih kurang 20 orang pelajar lelaki telah sama2 bergotong-royong untuk menyediakan segala persiapan majlis. Menurut kata salah seorang guru, pada malam itu mereka bermalam di sekolah.




Setelah tamat perarakan, barulah pelajar2 lelaki dikumpulkan di Dewan Warisan.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rizal.


Diikuti oleh berzanji yang diketuai oleh Ustaz Salahuddin bersama kumpulan nasyid sekolah.


Ucapan pembukaan oleh Guru Besar...




Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Penyanyi ada 6 orang tapi mikrofon ada 5 aje. Jadinya yang sorang tu cuma bergaya macam pegang mikrofon aje... Kesian dia.


Kemudian diadakan pula ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Ali, seorang penceramah bebas yang dijemput khas oleh Guru Besar. Menurut kata penceramah, beliau adalah bekas anak murid Guru Besar. Itu sebab beliau amat berbesar hati dapat menyumbangkan sedikit kuliah pada pagi itu.

Biasalah...di akhir majlis mesti ada sedikit cenderahati kepada tetamu jemputan. Bukan main gembira lagi bekas murid bertemu dengan bekas gurunya...


Saturday, March 31, 2012

Sayangku Merajuk...!


Bila oven saya dah merajuk...inilah hasil yang saya dapat! Padahal nak bakar muffin, bukannya ambil masa yang lama. Mula2 tu saya tak perasan ada masalah pada oven saya tu. Sebenarnya saya ada menerima tempahan 100 biji muffin. Petang Khamis, sebelum menghantar anak ke tuisyen, saya bakar satu loyang muffin (2 bancuhan, lebih kurang 18 biji). Biasanya nak bakar muffin ambil masa paling lama pun 25~30 minit je. Ni dah bakar 30 minit tapi tak naik2 lagi. Naikkan masanya lagi selama 20 minit. Pun sama juga. Akhirnya saya keluarkan daripada oven. Inilah hasilnya...:

Bahagian bawahnya dah nak hangus tapi bahagian atasnya tak naik2 dan tak 'garing'... Tapi yang ini masih boleh dimakan sebab bahagian dalamnya elok masak.

Pada sebelah malam saya bancuh lagi 2 bancuhan dan bakar lagi. Selalu tu memang gunakan api atas dan bawah dan suhu lebih kurang 170~180 degree celcius. Malam tu pun saya gunakan kaedah yang sama. Dah sampai 25 minit masih tak naik2 lagi. Apa kenanya dengan muffin aku ni??? Konfius dah jadinya. Sama juga...bahagian bawahnya dah garingggg....! Tak perasan lagi akan masalah oven tu. Ingatkan bancuhan saya yang bermasaalah. 

Lepas tu bancuh lagi 2 adunan. Kali ini gunakan cawan kertas yang kecik sikit. Manalah tau kot-kot dalam bekas kecik adunan tu boleh naik cantik. Dah 20 minit diakar, saya tukarkan api ke bahagian atas je pulak. Konon2nya nak garingkan sikit bahagian atas tu. Masa tu adunan tu pun tak berapa naik. Bahagian atasnya tak 'kering' pun...nampak macam lembab2 je. Masa inilah baru saya perasankan api atas tu tak berfungsi. Hmmm...patutlah dua layang yang lepas tak naik2. Api kat bawah je...lepas tu tak boleh nak memanaskan satu oven tu. Walaupun suhu disetkan ke 180 degree tapi kepanasan sebenar memang rendah.

Tengok...inilah hasil pembakaran kali kedua dan ketiga tu! Macam tak dibakar...kan? Akhirnya...masuk tong sampah aje.

Nampaknya, kenalah buat pelaburan tambahan selepas ini. Kalau tidak, macam mana nak menerima tempahan. InsyaAllah...akan melabur dalam masa terdekat.

Tertunailah Hajat Di Hati...


Alhamdulillah! Tertunailah sudah hajat di hati untuk menghulurkan sedikit juadah kepada jiran2. Memang telah berniat di dalam hati untuk menghulurkan pulut kuning bersama dengan rendang sekiranya anak2 berjaya di dalam peperiksaan mereka. Tahun 2011 merupakan tahun yang mencabar bagi saya kerana 3 orang anak saya menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka sebagai pelajar. Abang Yang menduduki peperiksaan UPSR, Abang Ngah pulak PMR dan Ayong menghadapi peperiksaan SPM. Alhamdulillah! Semuanya mendapat keputusan yang amat membanggakan. Abang Yang dapat 5A dan sekarang ini sedang  belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Sg. Gadut, Seremban - Sekolah Dato' Abdul Razak. Abang Ngah pulak mendapat 6A2B dalam PMR 2011. Dan baru2 ini Ayong pulak mendapat 7A2B dalam SPM 2011. Alhamdulillah....! Dan sebagai menyempurnakan hajat saya, saya telah menyediakan pulut kuning sebanyak 10kg, rendang daging 5kg dan juga brownies untuk diberikan kepada jiran2. 

InsyaAllah, saya juga berhajat untuk memberi pulut kuning + rendang ke SKTPP, SMKPP dan SMKPG. InsyaAllah...



 Almond chocolate brownies...


 Pulut kuning dan rendang daging...


Dah siap di masukkan ke dalam bekas dan siap untuk dipacking...


Siap untuk diagihkan...!

Alhamdulillah. Petang Isnin lepas saya telahpun mengagihkan bungkusan2 tersebut. Mana yang tak sempat diagihkan pada petang tu, kami agihkan pada sebelah malam selepas menjemput Abang Ngah balik dari tuisyen. Alhamdulillah. Rasanya tiada yang teringgal di Jalan Selayang ni. Untuk rakan2 di sekolah dan yang berdekatan, InsyaAllah akan ada pusingan kedua dan ketiga. InsyaAllah.