Wednesday, January 18, 2012

Sotong Oriental



Assalamualaikum semua...! Selamat pagi...! Salam sejahtera...! 
Masih awal pagi lagi ni. Curi2 masa mengadap komputer jap. Lepas ni dah sibuk dengan urusan negara. Tak terkejar rasanya masa yang berlari2 meninggalkan saya jauh ke belakang. Tapi kadang2 tu saya pecut juga 200km/j...hehehe.

Kali ini nak buat tayangan perdana Sotong Oriental pulak. Ini bukannya juadah untuk hari ini. Sotong Oriental ni jadi sejarah. Lauk semalam semalam semalam punya...(berapa punya banyak semalam daaa....!). Selalu tu sotong asyik rebus manis je. Adik suka yang macam gitu. Paling tidak pun digoreng kunyit je. Kali ini saya buat sedikit kelainan. Selalu dah nampak orang lain buat Sotong Oriental ni tapi inilah kali pertama saya mencubanya.

Sedap...! Ada rasa masam2 pes tomyam dan pedas2 rempah kari...

Lain kali boleh buat lagi..!

Tuesday, January 17, 2012

Sup Sayur Dan Sup Tauhu Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hmmm...hari tu makan salad sayur dan buah2 segar. Kali ini makan sup pulak. Sup Sayur Campur dan juga Sup Tauhu Telur. Makanan untuk orang diet ke? Tak ada maknanya nak diet...! Lepas je makan sup sayur dan sup tauhu telur ni, makan pulak Kek Lapis Cheese Pesona. Haaa...yang tu kemudian baru nak tayang. Sekarang ni tayangan amal sup2 aje ye...

Bukannya susah sangat nak masak sup ni. Kita basuh dan potong / hiris sayur2 pilihan. Masukkanlah segala jenis sayur yang kita suka. Ikut suka hati sendirilah... Lepas tu mayang halia halus2 dan tumiskan. Dah kekuningan, masukkan air secukupnya. Masukkan pulak satu atau dua ketul pati kiub ayam. Lepas tu tutuplah periuk tu supaya ianya cepat mendidih. Pada masa yang sama, pecahkan sebiji telur dan pukul sikit dengan garfu. Lepas air dah mendidih, tuangkan telur tadi. Biarkan sekejap. Lepas tu barulah masukkan sayur2an tadi. Jangan biarkan lama2 atas api tu, nanti sayurnya layu sangat. Tak sedap. Kacau2 sekejap je. Lepas tu matikan api. Tuang terus ke dalam mangkuk. Masa nak makan, barulah cedokkan ke dalam mangkuk2 kecik. Taburlan hirisan daun bawang/sup dan juga bawang goreng. Hmmmm...yummy and healthy!!!

 Hubby punya semangkuk besar...


Sup Sayur Campur...Mix Vege Soup...! Ada carrot, celery, brocoli, bunga kobis, tomato...


 Bahagian saya pulak ialah Sup Tauhu Telur...



Kalau semangkuk tak cukup, boleh tambah lagi...!

Friday, January 13, 2012

Mix Fruits And Vege Salad


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini dah hari Jumaat. Sekejap je dah nak habis seminggu. Memang tidak terasa waktu berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Kadang2 tu terasa tidak cukup masa untuk melakukan tugas2 seharian. Bila masa berlalu, umur kita pun semakin meningkat. Bila umur dah meningkat, ada saja penyakit yang datang. Tapi penyakit tu sebenarnya bukan tunggu kita dah berusia baru nak datang menyapa. Sebaliknya, bila2 masa pun penyakit2 boleh datang menyapa kita. Bila dah terasa sakit2, barulah terasa nak jaga pemakanan...sebab semua penyakit pada hari ini adalah berpunca daripada makanan yang kita makan.

Hubby dan saya juga ada sebahagian daripada mereka. Kalau dulu, sedap jer makan apa2 pun. Sekarang ni barulah nak kawal sikit pemakanan. Apa tidaknya, kalau tersilap makan, mulalah sakit sana...sakit sini. Terutamanya hubby yang ada lebihan asid urik. Senang nak kata hubby saya tu ada gout...

Sekarang ni hubby banyak makan makanan yang berasaskan sayur saja. Makanan laut dah tak makan. Ikan pun jarang2. Kadang2 tu makan sup sayur saja. Salad sayur2 dan buah2 ni saya buat hari Isnin lepas sebenarnya. Tapi kesuntukan masa nak mengemaskini, tu yang baru nak upload hari ini. Malam tu hubby dan saya cuma makan salad ini sahaja.

Nampak sangat menceriakan...! Kombinasi warna merah, hijau, ungu, kuning... Ada timun, tomato, daun salad, kobis ungu, saderi, buah anggur merah tanpa biji, buah stroberi dan juga butiran jagung manis.

Dah digaul dengan "pulau seribu" dan mayonis...

Ini bahagian hubby...


 Ini bahagian saya...!

Tuesday, January 10, 2012

Kek Pisang Marble Dan Tampal-Menampal


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi untuk semua. 
Kali ini nak buat tayangan amal kejap. Nak tayangkan Kek Pisang Marble ni. Tengok daripada bentuknya pun dah tau kan...kek ini dibuat, dimasak dan diadun dengan penuh kasih dan sayang...hehehe. Dah lama tak guna loyang bentuk hati ni, itu yang digunakan untuk buat kek pisang ni. Alhamdulillah...dalam pada tak berapa suka makan makanan yang berasaskan pisang, kecuali pisang goreng, anak2 sangat menikmatinya. Siap bawak bekal ke sekolah lagi tu.


 I LOVE YOU hubby dan anak2...!!!

 Teksturnya memang gebu dan mulus. Memang sedap.

Siap dipotong untuk dimakan...


Memandangkan minggu ini masuk minggu kedua anak2 bersekolah, proses menyampul, menandakan buku, menampal nama, subjek dan nama guru masih belum selesai. Masa Adik Tahun 1 tahun lepas, guru kelasnya ada bagi senarai buku2 tulis yang diperlukan...berapa buah diperlukan untuk setiap mata pelajaran, nama untuk buku2 tersebut contohnya Matematik 1, Bahasa Malaysia 1 dan sebagainya. Tahun ni tak ada pulak cikgu buat begitu. Jadinya kena tunggu guru2 setiap matapelajaran bagi tau pada murid2, baru boleh buat tag kat buku2 tulis tu. Kalau setakan nama murid dan kelas tu, awal2 lagi dah tampal.



Macam inilah saya buat setiap tahun untuk anak2. Buatkan dan printkan jadual dan printkan nama. Anak2 yang dah besar bolehlah tampal sendiri pada buku teks2 dan buku2 latihan masing2. Adik punya pulak, dah menjadi tugas emaknya menyelesaikan segala2nya. Apa2pun, saya gembira dapat buat semua ini.

Birthday Azrai Yang Ke-13 Tahun


HAPPY BIRTHDAY AZRAI...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Pada hari Selasa minggu lepas, 3hb Januari 2012, genaplah usia anak ketiga saya, Muhammad Azrai bin Abd. Aziz, 13 tahun. Seperti tahun2 yang lepas, kami sekadar menyambutnya sesama kami sekeluarga sahaja. Alah...sekadar sebiji kek dan makan2 sikit. Bierthday cake ni dibeli oleh hubby. Beli yang kecik je... Kali ini hubby beli Black Forest Cake. Sedap. Selalu tu payah juga nak habis sebiji kek tapi kali ini cepat je abisnya. Saya pun makan 2 potong.


Black Forest Cake...

Jom tengok aksi2 birthday boy....!





 Budak botak ni inteprem pulak...!



Selain daripada sebiji kek, kami makan nasi goreng kicap dan ayam goreng saja.



Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Alhamdulillah...syukur kepadaNYA kerana telah memanjangkan usia hingga ke hari ini. Hari ini dah bermulanya kalendar baru dalam hidup kita....kalendar Tahun 2012. Pada yang telah menanamkan azam baru, berusahalah untuk menggapainya. InsyaAllah, dengan keizinanNYA, akan tercapailah azam tersebut.



Kepada semua pengunjung, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini akan lebih bermakna kepada kita semua. Dan moga dengan melangkan ke tahun baru ini, kita juga akan melangkah ke depan untuk lebih berusaha mendapatkan keredhaanNYA, moga kita dilimpahkan rahmat dan rezeki serta dieberkati olehNYA selalu. InsyaAllah.

Saturday, December 31, 2011

Cerita Di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Cerita masa di kampung ari tu... Memang seronok dapat tinggal dengan emak walaupun tetap merindui hubby dan anak2. Mana tidaknya...saya dan Adik tinggal agak lama di kampung. Hubby dan anak2 lain balik awal ke Pasir Gudang...masing2 ada komitmen sendiri. Adiklah yang paling seronok berada di kampung. Mana tidaknya, lepas bebas macam burung terbang tu. Seawal jam 7:00 pagi dia dah ke kedai makan Mak Longnya yang terletak di sebelah kanan rumah emak. Menu yang dia mintak setiap pagi ialah nasi lemak kosong + telur rebus dan juga air milo ais. Telur rebus tu tak cukup sebiji...paling kurang pun 2 biji. Pernah sekali tu dia makan 4 biji telur rebus kat kedai Mak Longnya tu.

Dah kenyang, dia terus pulak ke rumah Mak Yangnya yang berada di sebelah kiri rumah emak. Rumah Mak Yang nilah tempat dia bermain hari2. Rakan sepermainannya ialah sepupunya yang tua setahun dari dia. Dipanggil balik untuk mandi pagi pun susah.

 Rebung Madu...dibeli di Cameron Highland oleh adik yang pergi makan angin kat sana.

Ini pulak ialah LIMAU PURUT...yang daunnya selalu kita gunakan kalau nak masak tomyam. Saya jumpa limau ni semasa ke pasar pada hari minggu. Saja beli sebab nak tunjukkan pada anak2...kut2 mereka tak kenal limau ni.


Cuba teka ini gulai apa???
Inilah Masak Lemak Pucuk Mengkudu dengan ubi keledek. Sedapnya hingga menjilat jari!!! Pertama kali saya makan gulai pucuk mengkudu ni. Sedap. Pahit2 sikit rasanya.


Ini pulak ialah durian. Siapa yang tak kenal...ya tak? Ini ialah durian kampung. Adik makan 2,3 ulas...selebihnya saya yang menyelesaikannya.

Pisang Nangka Goreng...salah satu juadah minum petang masa di kampung ari tu.

Dan ini pula dipanggil Roti Bun. Harga RM1.80. Ada dijual di kedai adik ipar saya yang berada di sebelah kiri rumah emak...


Nasi Lemak Serai Kopi O


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selalunya setiap pagi kami bersarapan dengan sarapan yang agak ringan sahaja. Tapi pagi semalam rasa macam nak makan nasi lemak pulak.Pastinya kegemaran Adik. Terutama kalau dapat makan dengan telur rebus. Kali ini saya masak Nasi Lemak Serai yang digabungkan dengan Kopi-O. Hmmm...dah macam nama satu rancangan kat dalam TV plak...Nasi Lemak Kopi-O. Apa2pun...minum kopi O panas2 waktu pagi memang sedap! Berpeluh2.....


Nasi Lemak Serai bersama sambal ikan bilis, hirisan timun dan juga telur rebus.


Dihidangkan bersama secawan Kopi O...



Macam biasalah...kalau Adik makan nasi lemak, mesti dia makan nasi lemaknya saja bersama dengan telur. Telur pulak tak pernah cukup sebiji. Jadinya kenalah rebus telur lebih...khas untuk dia. Lepas tu, dia akan makan telur tu lebih banyak dari suapan nasi. So, telur dalam pinggan dia akan habis dulu. Sedangkan nasi lemak masih berbaki. Itu yang memang kena rebus extra untuk dia. Kalau tak buat macam gitu, orang lain akan makan nasi lemak tanpa telur...sebab Adik yang akan habiskan telur tu.

Thursday, December 29, 2011

Lost World Of Tambun


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memulakan pengemaskinian dengan cerita2 semasa balik kampung ari tu. Cerita ni lama dah...awal bulan Disember ari tu. Yalah...ari tu tak sempat nak menulis di sini. Baru sekarang berkesempatan...jadinya baru sekarang dapat bercerita.

Saya dan hubby membelek2 kalender untuk bulan Disember 2011. Hmmm...jadual ketat sangat. Boleh dikatakan setiap hujung minggu dan hari2 bekerja ada saja kerja dan hal yang tidak dielakkan. Hati berkobar2 nak balik kampung. Kali terakhir balik kampung di Perak adalah pada Syawal lepas. Lama jugak dah. Belek punya belek...akhirnya kami membuat keputusan mengejut untuk balik kampung pada hari Jumaat, 2hb Disember lepas. Itupun keputusan di saat2 akhir. 

Kain baju penuh diampaian sebab dah 3 hari hujan berterusan. Yang dah dibasuh tapi belum disidai pun ada jugak. Pagi tu saya pergi hantar Ayong ke sekolah dulu...pergi pulangkan buku teks. Dah habis SPM barulah pulangkan buku2 teks. Lepas tu dia pergi main bowling dengan Izzati kat Pusat Bandar. Habis main, Izzati ikut Ayong balik ke rumah sementara menunggu ayahnya datang menjemput selepas Maghrib. Hubby pulak terpaksa buat ampaian di dalam rumah. Apa lagi...berselayutlah kain-baju di dalam rumah pulak. Masa Izzati nak balik, kami ajak dia ikut balik kampung bersama kami. Nak tanya emak dan abahnya dulu katanya.

Selepas Maghrib, kami berkemas2 untuk balik kampung. Confirm Izzati akan turut sama. Jam 10:00 malam barulah kami bergerak dari Pasir Gudang. Sepanjang perjalanan, kami cuma singgah isi minyak dan rehat2 aje. Sampai di hentian Ladang Bikam, hubby melelapkan mata sekejap. Tak tahan mengantuk sangat dah. Alhamdulillah...kami sampai ke kampung pada jam 5:15 pagi Sabtu.

Jam 10:30 pagi, kami bertolak ke Lost World of Tambun. Mak Su tak ikut sama sebab kerja. Jadinya kami pergi dengan satu kereta sahaja...5 dewasa, 2 kanak2 dan 1 warga emas. Harga tiket dah melambung. Dewasa RM45 seorang, kanak2 RM38 dan warga emas RM38 jugak. Harga tiket saja dah RM339. Lepas tu kena bayar RM10 untuk setiap FRID hand band....yang ini wajib sebab kalau tak ada ini tak boleh masuk. So kena tambah RM80 lagi. Tapi RM80 ni akan dipulangkan semula masa kita pulangkan FRID hand band tu nanti. Makanan tak boleh dibawa masuk. Ada staf2 yang bertugas untuk memeriksa beg yang kita bawak masuk. Tapi handbag ataupun beg kamera tidaklah diperiksa. Kuih2 yang kami bawak semuanya sangkut. Chrga untuk menyimpan makanan2 tersebut ialah RM1.


 Ini ialah resit untuk menyewa double tube...RM22. RM10 akan dipulangkan bila kita kembalikan tube ni...

 Inilah FRID hand band yang wajib dipakai. Pulangkan semula...dapat RM10. Kalau hilang kena bayar RM50. Warnanya berbeza mengikut kategori dewasa, kanak2 dan warga emas.

 Adik yang paling teruja untuk main air...!


Anak2 main air...!


Juga naik dan main permainan yang disediakan...

Bergembira bersama...!




Harga makanan kat dalam tu punyalah mahal! Air mineral botol kecil tu aje dah RM3. Nak makan mee goreng ke, rojak ke...semuanya RM5.50 satu pek. Jagung cawan tu pun RM3.00, kalau kat luar baru RM2.00 je. Dah habis main barulah anak2 rasa lapar. Kami tak makan kat dalam tu. Sebaliknya kami singgah di satu restoran semasa dalam perjalanan balik tu. Kami singgah di Restoran Hasmah Tomyam. Sedap jugak masakannya. Dah lapar katakan.....semuanya sedap!!!!


Inilah yang kami makan di restoran tersebut. Tidaklah mahal sangat. Rasanya pun ok. Restorannya pun selesa.

Habis dah satu hari di kampung. Malam tu pulak Ayong dan Izzati dibawa oleh Mak Su ke Bandaraya Ipoh...jalan2 di Gerbang Malam dan juga pergi makan2. Harap2 Izzati tak serik nak ikut lagi lain kali.

Wednesday, December 28, 2011

Kembali Bersiaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Hmmm...setelah hampir satu bulan saya tidak mengemaskini blog saya ni. Mesti ramai yang tertanya2 agaknya...ke manalah menghilangnya tuan rumah? Sebenarnya tak hilang ke mana pun. Cumanya kesihatan tidak membenarkan untuk mengemas. Awal bulan Disember ari tu saya balik ke kampung saya di Perak. Saya dan Adik tinggal di sana sehingga 10hb Disember. Selepas tu pulak badan dah tak sihat. Demam yang berulang2...selesema dan juga batuk. Dua kali ke klinik...dapat ubat je. Lepas makan ubat, badan elok berpeluh. Lepas tu naik semula seram sejuknya. Sudahnya pergi sekali lagi ke klinik. Kali ni hubby mintak doktor tu inject je. Lagi berkesan katanya. Tapi memang betul pun...keesokan harinya, badan dah rasa ringan dan segar sikit. Sebenarnya sehingga 21hb hari tu, badan masih tak sihat. 22hb Disember pulak keputusan PMR diumumkan. Gagahkan diri juga ke sekolah bersama Abang Ngah dah hubby. Sekarang ni...alhamdulillah. Dah pulih sepenuhnya...rasanyalah. Alhamdulillah...! So, lepas ni Insyaallah saya akan terus menulis di sini. InsyaAllah...