Saturday, November 13, 2010

Raptai Hari Anugerah TPB 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. 

Hari ini dan esok adalah hari2 yang sibuk untuk anak2. Kalau anak2 dah sibuk, bermakna emak dan abah pun terpaksa menyibuk jugak.  Seawal jam 7:00 pagi, tadi, dua orang hero dah keluar ke padang, ada pertandingan bolasepak antara geng2 sebaya. Main 3 perlawanan katanya. Jam 8:00 pagi, Ayong harus sampai ke stadium untuk raptai. Ada persembahan esok (Ahad). Persembahan di stadium tu jugak. Jemputan oleh Tadika Pintar Bistari sempena Hari Anugerah 2010. Dalam pada masa yang sama, hubby pun kena pergi kerja jugak. Tinggallah Adik kat rumah bersama saya. Jam 1:45 petang, dia harus berada di stadium pulak untuk raptai.

Punyalah berkobar2 semangat Adik nak ke stadium! Bangun pagi aje dah siap pakai baju untuk persembahan esok! Jenuh pulak berhujah dengan dia. Allah huakbar! 5 minit sekali  dia bertanyakan waktu. "Bila kita nak pergi ni mak?". Akhirnya saya buat "kelas tambahan" untuk Adik. Kelas apa? Kelas mengenal waktu...belajar tengok waktu pada jam dinding. Siap lukis bulat2, dengan nombor2nya sekali. Nombor minit pun siap tulis jugak... Dah ajar dia sikit2, saya pun lukis gambar jam. Jarum pendek pada nombor 11. Jarum panjang pada nombor 12. Saya pun tanya, "AAdik, ni pukul berapa?". Selepas mencongak2, Adik pun menjawab...........
Cuba teka apa jawapan yang dia bagi????


Ok, ni nak cerita sekitar raptai petang tadi. Tak banyak gambar yang disnap. Saya cuma pakai DC biasa jer, terpaksa off flash sebab flash  tak sepower mana pun.

 Adik dalam kumpulan dia. Dia sampai agak lewat, tu yang duduk kat belakang tu. Macam2 pesen dia buat...




Bila kena usha dek Ayong dari belakang, siap boleh jelir lidah lagi tu...!

 Sebahagian daripada anak2 TPB yang hadir...

 Sepupu Adik yang montel ni pun ada gak!

 Gelagat anak2 kecil. Banner tu tak ada kena mengena dengan anak2 kecil tu ya...

 Adik sedang menaiki tangga untuk ke pentas menerima hadiah...

 "Terima kasih Cikgu".
"Ni, hadiah ni, lepas adik turun pentas ni, adik bagi semula pada cikgu kat bawah tu ye."...pesanan dari Cikgu Zainon (agaknya le...).

 Lepas tu berposing kat tepi pentas dulu...


Turun aje dari pentas, terus kena giliran Adik untuk buat persembahan. Adik masuk persembahan STOMP - koleksi lagu kanak2. Mereka menyanyikan 4 buah lagu diiringi oleh kumpulan "Recycle Band" (pandai2 jer saya bagi nama ni...). Mereka gunakan baldi, tin biskut yang kosong, tempurung kelapa, botol air & biji kacang sebagai alat untuk ketuk2 dan goncang2. Konon2 mereka ni la band pengiring penyanyi2 harapan ni...

 Kenal tak budak botak tu? Hehehe...si Akil (bukan ustaz suami Waheeda tu...), anak jiran saya. Apa yang dijelingnya kat atas tu???

 Tu ha Adik...nombor 3 dari kiri tu. Tengah pusing2kan tangan...

Wednesday, November 10, 2010

Bubur Jagung Sagu Dan Ayam Masak Merah Bermadu


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Dalam petiais cuma ada stok ayam je. Jadinya, tiada pilihan selain daripada masak ayam sebagai lauk untuk makan tengahari tadi. Dalam pada badan ni yang tidak berapa sihat, kerja2 rumah kena buat jugak. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan saya, kan?

Seawal jam 10 pagi saya dah tenggek nasi. Senang jer nak masak nasi sebab gunakan periuk elektrik. Lepas petik je suis itu dan ini, tinggalkan aje! Pandai2lah periuk tu nanti nak melangsaikan kerja2 yang telah diamanahkan kepadanya...! Ceewwwaaahhhh...!!!! Dalam masa yang sama, saya keluarkan ayam dari petiais untuk dinyahbekukan. Akhirnya...terciptalah Ayam Masak Merah Bermadu ini. Alhamdulillah...!


 Ayam Masak Merah Bermadu...


Lepas tu pulak, saya ni pun teringin gak nak makan Bubur Jagung Sagu ni. Alhamdulillah...tertunai sudahlah hajat dihati nak menikmatinya. Sebenarnya, saya dah masak bubur ni petang semalam. Petang semalam dah makan 2 pusingan. Ada bakinya saya simpan dalam petiais. Pagi tadi saya panaskan semula dan barulah sempat berposing. Lepas jer saya makan nasi tengahari tadi, saya terus makan bubur ni lagi. Alhamdulillah!!!


Bubur Jagung Sagu...

Eeerrkkk...alhamdulillah! Macam2 benda yang terasa ditekak ni. Tapi bila nak dapat yang lain2 ya...?


Friday, November 5, 2010

Jom Sarapan!


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sarapan apa pagi tadi? Kami sarapan yang ringkas saja....
Semalam kami bersarapan ala2 barat sikit. Sikit jer.....! Ada burger ayam tanpa sayur, ada kentang goreng dan juga telur hancur. Adik paling suka! Alhamdulillah, habis bahagian dia dimakannya. Yang paling dia suka ialah telur hancur tu... Dah habis dia punya, boleh ambil orang lain punya pulak!




 Pagi tadi pulak, kami bersarapan dengan Kuih Serimuka sahaja. Adik suka makan kepalanya aje (yang warna hijau tu...).



Tuesday, November 2, 2010

Kek Marie Koko aka Kek Batik


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Sebenarnya ini adalah perojek semalam. Tapi hari ni baru nak di"post"kan sebab hari ni baru nak dipotong dan dimakan. Jap lagi nak bancuh Kopi-O. Sambil2 makan Kek Marie Koko aka Kek Batik ni, sambil2 le menghirup Kopi-O panas! Fuuuuhhhhh.........mau berpeluh ni!!!!

 Kek Marie Koko...

Kek ini memang kesukaan anak2. Siap bawak bekal ke sekolah lagi tu. Terutamanya Abang Yang... Selalunya kalau buat satu loyang, tak sempat dua hari dah habis. Sambil2 tengok televisyen, sambil2 mengadap komputer...mulut mereka pun ngap ngap juga!

Pada sesiapa yang nak resepinya, silalah klik di sini ya. Selamt mencuba!



Masak Sardin Je...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Tengahari tadi masak lauk yang ringkas sahaja untuk anak2 dan saya. Seawal jam 10:45 pagi saya dan mula memasak, sebaik sahaja Adik ke sekolah. Macam ler sukar sangat nak masak lauk ni ya....! Apa yang saya masak? Alaaaa...sekadar masak Tumis Sardin Bersama Kentang Dan Sosej Blackpepper dan juga Masak Lemak Putih Fucuk Dan Suhun jer... Mak oiiiiii....panjangnya nama dia!!!!!


 Inilah dia.....Tumis Sardin Bersama Kentang Dan Sosej Blackpepper...

Selepas siap menggoreng kentang dadu dan sosej, baru perasan ada beberapa bahan yang diperlukan tidak ada stok. Hmmm...terus pecut ke kedai yang berhampiran. Zzzzuuuupppp....kurang 10 minit dah sampai semula ke rumah dan menyambung semula operasi memasak.



Selepas jemput 2 orang anak lelali dari sekolah, kami pun menjamu selera bersama2. Alhamdulillah, anak2 kata ada kelainan pada masakan sardin kali ini. Mana tidaknya, selalu tu kalau masak sardin mana ada campur benda2 lain. Kali ini, selain daripada ikan sardin tu sendiri, dapat juga mereka makan sosej. Kira2nya 2-in-1 lah ni....


Monday, November 1, 2010

Lempeng Cucur Udang


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Semalam kami bersarapankan dengan hidangan yang ringkas sahaja. Lempeng Cucur Udang, kentang goreng dan sosej goreng, ditemani oleh kopi-o. Fuhhhh...berpeluh2 minum kopi panas!


 Lempeng Cucur Udang...

Kenapa Lempeng Cucur Udang??? Asalnya nak buat cucur udang yang biasa tu je tapi hubby bagi "arahan" nak makan cucur yang nipis2 jer. Kalau boleh nak garing2 lagi!  Bancuhan yang sama macam cucur udang biasa cumanya saya terpaksa gunakan 2 biji kuali. Kuali pertama, saya guna non-stick pancake pan. Saya letak satu senduk adunan dan leperkan. Lepas tu saya letakkan seekor udang ke atasnya. Agak2 bahagian bawah dah garing sikit, saya masukkan ke dalam kuali kedua. Kali ini digoreng secara deep-fry, gunakan minyak banyak. Gorenglah hingga garing dikedua2 bahagian. Itu sebab saiznya lebih kurang sama jer sebab gunakan pan bersaiz 20cm jer...


 Nak menambahkan serinya, saya gorengkan kentang dan juga sosej....
Alhamdulillah...makan sekeping je dah mengenyangkan.


Dah selesai bersarapan, selesai menyidai kain-baju dan mengemas serba sedikit, kami (hubby, Adik dan saya) keluar menuju ke JB pulak. Abang Ngah dan Ayong tak nak ikut sebab nak study, final exam belum habis lagi. Abang Yang pulak tak nak ikut sebab nak main game kat komputer.

Destinasi kami yang pertama ialah ke HSBC Taman Molek (bayar hutang kad kredit la...). Selepas tu kami meneruskan perjalan ke Citibank pulak di City Plaza, Jalan Tebrau. Bayar hutang kad kredit gak... Kami gunakan kad kredit untuk membayar bil2 yang tetap setiap bulan. Contohnya, premium2 insurans, bil2 telefon dan bil letrik.

Dalam perjalan balik, semasa kami sampai ke selekoh nak menuju ke Bakar Batu tu, ternampaklah satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah lori panjang. Dah tentu selekoh tu tajam...agaknya pemandu lori tu nak tunjuk skill kot...akhirnya terus terbaring! Lari panjang tu terbalik di selekoh tu. Nasib baik tidak merempuh rumah yang paling tepi tu. Masa kami lalu tu, nampaklah apek tuan rumah tu tengah bercakap2 dengan salah sorang anggota bomba yang bertugas di situ. Agaknya dia tengah bercerita tentang detik2 ngeri tu kot!

Snap gambar dari dalam kereta yang sedang bergerak...

Majlis Akwatul Muslimah TPP (AMTPP)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setelah berehat selamat lebih dua bulan (Ramadhan dan Syawal), akhirnya kami kembali bertemu di Majlis Akhwatul Muslimah TPP. Majlis kali ini telah diadakan di kediaman Kak Hajjah Salmah di Jalan Sembilang.

 Kak Hajjah Salmah...

Alhamdulillah, kedatangan muslimah amat menggalakkan. Siapa yang datang agak lewat, terpaksalah duduk di luar sahaja. Seperti majlis2 yang lepas, dimulakan dengan ucapan oleh Siti Hajar. Dalam masa yang sama, ada beberapa pengumuman, jemputan dan berita2 yang disampaikan.

Antara muslimah yang hadir...

Antara makanan dan kuih2 yang dihidangkan. Makanan utama kali ini ialah Mee Kari. Lama dah tak makan mee kari. Alhamdulillah...tertunai sudah hasrat di hati nak makan mee kari!

Marble Butter Cake... buah tangan saya ke majlis tersebut.
Saya saja buat agak nipis sikit, senang nak potong2 dan dihidangkan.


Sunday, October 31, 2010

Giliran Saya Pula...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Kalau Adik baru dapat basikal sebagai hadiah kecemerlangannya, kali ini giliran saya pulak dapat hadiah. Alhamdulillah...!


Blog NJ ada buat satu pertandingan tapi bukanlah pertandingan lumba lari ataupun pertandingan memanjat tangga. NJ mengadakan pertandingan bersempena ulangtahun kelahirannya pada 01-10-2010 yang lepas. Pertandingannya senang sahaja...siapa yang menjadi pelawat yang ke 011068, dialah pemenangnya! Kebetulan waktu saya bersiar2 ke blog kengkawan, saya ternampak contest ni lalu saya pun mencuba. Alhamdulillah...2x masuk jer dah dapat nombor bertuah tu. Apa lagi...terus print screen dan hantar sebagai bukti.
Dan semalam (Sabtu, 30hb Oktober), NJ datang menghantar hadiah ini. Terima kasih NJ! Tapi masa NJ datang tu, saya baru je keluar dari bilik air. Jadi tak sempat nak berjumpa dengan NJ.



Hadiah dihantar dalam kotak ni. Masa tu anak2 semua ada di ruang tamu. Bila nampak kotak KARI BERAPI ni, masing2 teruja nak makan mee segera!!!! Hubby dan saya buat muka seposen je sambil mengiya2kan aje. Abang Ngah yang paling teruja...
Anak2 : Mak, mak dapat mee kari berapi ye?
Hubby : Ya la...tengok la kotak ni!!!
Abang Yang : Dia hantar dari Melaka ke? (tengok alamat kat kotak tu...)
Abang Ngah : Alaaaaa....Ayi baru jer goreng telur! Nak pegi masak air la...
Emak : Haaa...gi masak cepat2! (Abang Ngah pun berlalu ke dapur dan masak air...)
Adik : Adik pun nak makan mee jugak!
Emak : Ya la...tunggu Abang Ngah masak air dulu...

Sambil2 tu saya saja lengah2kan masa untuk membuka kotak tu. Anak2 dah berkumpul keliling. Hubby dan saya tersenyum2 jer menyimpan rahsia.

Dan akhirnya...apabila kotak dah terbuka dan melihat isi kandungannya...

Abang Ngah : Penat jer Ayi masak air...ingatkan betul2 kari berapi tadi.
Hubby : Kari berapi tak ada...hati berapi adalah!
Abang Ngah : Tak apa...Allah makbulkan doa orang2 yang teraniaya! (konon2nya dia dah teraniaya la tu...lepas tu semua pakat gelak!)
Adik : Mak kata tadi mee kari berapi...ini bukannnn!
Hubby : Mana ada emak kata isinya mee kari berapi. Abang Ngah yang kata....


Inilah yang saya dapat...tea set! Terima kasih kepada NJ...

Friday, October 29, 2010

Hari Terbuka Tadika Pintar Bistari


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini, 29hb Oktober 2010, adalah merupakan Hari Terbuka Tadika Pintar Bistari (TPB). Sepanjang malam semalam, saya tidak melelapkan mata. Bukan kerana TERLAMPAU TERUJA dek Hari Terbuka tersebut, sebaliknya sibuk membakar, memasak dan juga mengukus. Ada banyak tempahan untuk hari ini.

Dalam pada sibuk menyiapkan tempahan pelanggan, saya juga menyediakan sebiji Almond Choc Brownies ini untuk dibawa ke TPB sebagai "air tangan" - disebalik penggunaan istilah "buah tangan". Saja je nak bagi guru2 yang telah mengajar Adik selama Adik belajar di TPB.

Almond Choc Brownies...

Sampai sahaja di TPB, Adik dan saya mendaftarkan diri dulu di kaunter pendaftaran. Hmmm...dapat nombor 6 untuk kelas 6 Cerdas. Setelah memanjat tangga ke tingkat atas, kami memasuki kelas yang telah ditetapkan. Masa tu cuma ada seorang ibu bersama anaknya yang sedang berurusan dengan Guru Kelas, Cikgu Zuraidah. Bila tiba giliran kami, Cikgu Zuraidah menyerahkan fail peribadi Adik bersama dengan keputusan pepriksaan, kertas2 peperiksaan dan juga sekeping gambar kelas bersaiz besar yang telah siap dibingkaikan. Dan sebelum melangkah meninggalkan kelas tersebut, Cikgu Zuraidah telah menyerahkan satu bungkusan hadiah untuk Adik. Terima kasih Cikgu!


 Inilah keputusan peperiksaan Adik untuk Semesta 1 dan 2... Alhamdulillah, ada peningkatan.

Dedikasi untuk semua tenaga pengajar di TPB :
TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.


Inilah gambar kelasnya. Tengok muka Adik tu...seposen je!


 Adik teruja sangat dengan hadiah yang dia dapat. Masuk sahaja ke dalam kereta, tak sabar2 dia nak bukak hadiah tersebut. Tapi saya menghalangnya sebab.......nak posing dulu!!!!

 Cantik ketas pembalut hadiah tu. Saya suka...!

 Tak sabar2...main koyak aje pembalutnya!

 Inilah hadiahnya!
Apa Adik kata bila dia dapat hadiah ini? "Wah....pensil kaler. Bestnya!!!!!"
 Adik memang suka buat koleksi alat tulis sebab setiap hari alat tulisnya tak pernah kekal. Setiap hari ada sahaja yang hilang...! Kalau pensil warna, mesti warna kuning yang hilang dulu. Itu sebab saya beli pensil warna yang berwarna kuning tu banyak2, beli yang dijual sebatang2 tu.


Dan hubby pulak bagi kejutan untuk Adik!!! Balik kerja tadi hubby terus ke kedai basikal, belikan Adik basikal ni...
 




Teruja sungguh Adik bila terpandangkan basikal ni.  

 Posing jap atas basikal baru. Tengok...plastiknya pun tak bukak lagi!

Pusing2 dalam rumah jer sebab hari dah malam. Esok gerenti tak abis2 pusing naik basikal kat depan rumah...


Thursday, October 28, 2010

Masak Apa Semalam?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmmm...masak apa semalam? Semalam hari Rabu, kan? Sekejap je dah tengah2 minggu. Anak2 sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Abang Yang ada peperiksaan akhir untuk sekolah rendah dan sekolah agama sehingga hari Jumaat ni. Ayong pulak hingga Selasa minggu depan. Abang Ngah pulak sehingga Jumaat ni jugak.

Semalam masak yang ringkas sahaja...sekadar Ikan Kerisi Masak Kicap Berkentang. Ikan kerisi tu sebenarnya baki dari yang digoreng kelmarin dulu. Dah simpan dalam petiais, tak ada siapa yang nak makan. Akhirnya dikicapkan semalam. Teruja juga anak2 makannya...


 Ikan Kerisi Masak Kicap Berkentang...


Bubur Kacang ni pulak memang dah agak lama saya mengidamkannya. Hari tu nak buat, stok santan pulak tak ada. Dah ada stok santan tu, terus aje saya masak Bubur Kacang. ni. Sambil2 masak nasi, sambil2 masak bubur ni....

Bubur Kacang...

Menurut kata emak saya, kalau tak nak bagi kcang hijau tu hancur semasa direbus, goreng dulu kacang tu tanpa mingak hingga kekuningan. Lepas tu dibasuh dan ditoskan sekejap. Masukkan ke dalam periuk dan gaul sedikit dengan minyak masak sebelum ditambah air untuk direbus. InsyaAllah, kacang2 tu tidak hancur...