Monday, August 16, 2010

Perjalanan Ku Disekat Oleh Sebuah Van

Jam 12:45 tengahari, sedang saya menyidai kain (3rd round...), telefon rumah tiba2 berdering. Berlari saya mendapatkannya. Rupa2nya panggilan daripada Ayong. Minta datang jemput dia di sekolah kerana ketinggalan van sekolah. Setelah selesai menyidai kain, kembali duduk di depan PC yang ditinggalkan sekejap tadi. Masa tu tengah berbual dengan teman lama. Hampir jam 1:00 baru saya keluar rumah. Sempat tinggalkan pesanan kepada Abang Yang (Tahun 5) supaya mengunci pintu sambil menanti kepulangan Abang Ngah. Masa tu Abang Ngah masih belum balik lagi.

Macam biasa, saya buka pagar utama, kemudian jenguk sekejap dalam peti surat. Hmmm...ada 2 pucuk surat. Satu untuk saya dan satu lagi untuk Abang Yang. Amboi...Abang Yang pun dapat surat! Selepas undurkan kereta, saya turun semula untuk menutup pagar. Semasa saya masuk semula ke dalam kereta, tiba2 sebuah van berhenti betul2 di belakang kereta saya. Masa tu saya belum sempat mengunci pintu kereta lagi. Van tersebut membunyikan hon beberapa kali. Dengan senang hati saya pun keluar dari kereta dan menuju ke arah van tersebut. Dari van tersebut, turunlah seorang jejaka tampan berjangut sejemput. Manis jer mukanya... 

Kak Azita ke? tanyanya..
Ya? tanya saya semula...
Kak Azita? sambil menunjukkan Parcel Consignment Note...
Ya! jawab saya...
Akak tulis nama, IC dan sign kat sini, katanya lagi sambil menunjukkan ruang2 yang perlu diisi...

Sambil saya menulis dan menyain, jejaka janggut sejemput tu kembali menuju ke van dan mengeluarkan sebuah kotak. Sempat juga dia bersuara...

Lepas ni boleh la mula buat kuih raya ya...
Tuan-tuan dan puan-puan...jangan risau! Van tersebut ialah van Pos Laju.....! Ada bungkusan untuk saya. Issshhh...sapa pulak yang bagi saya bungkusan ni? Rasanya saya tak ada menempah barang apa2 pun. Siapa yang hantar?


Siapa lagi kalau bukan adikku yang sorang ni...jauh dari Penang...!


Meh kita tengok pulak apa isi parcel tu...

Ini dua barangnya... Yang satu tu memang saya kenal sesangat barangnya tapi yang satu lagi tu saya cuma dapat agak yang barang tu bersaiz L...ye ke?

Inilah double-boiler pan...akan menyenangkan kerja2ku untuk men'double-boil'....

Yang ini pulak acuan apa ya? 

Muka sendiri pun boleh nampak dalam pan ni...

Menu Berbuka 5 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah...dah 5 hari kita selamat menunaikan ibadah puasa. Tapi semalam badan saya ni "meragam" sikit...macam2 rasa ada. Ada rasa macam nak demam, ada rasa macam loya2 (ehem...ehem...), ada rasa macam pening2, sakit kepala, sakit badan2 dan jugak sakit ulu hati. Mengikut kata emak, kalau sakit ulu hati tu tandanya angin gastrik dah naik (sebab emak selalu kena macam ni dan emak memang ada gastrik). Setahu saya, saya ni tak ada pulak gastrik sebelum ni. Akhirnya banyak aktiviti di rumah dilakukan oleh hubby tersayang. Nasib baik hubby jenis yang ringan tulang. Hubbylah yang membasuh kain-baju...siap ampai lagi! 

Petang semalam, semua juadah berbuka disediakan oleh hubby dengan bantuan Abang Ngah. Mana pergi anak dara saya ye...? Apa yang hubby masak untuk berbuka semalam? Hmmm...Kuey Tiaw Sup, Sup Ayam dan Coconut Splash... Jom tengok!


Bahan2 hiasan yang dicelur - sawi, taugeh, bunga kobis dan bebola ikan...

Hirisan daun sup dan daun bawang...

Sup Ayam...

Coconut Splash - isi kelapa muda + cincau + air gula melaka + ais...

Talam keladi...

Tapi gambar kuey tiawnya terlupa plak nak posing...

Jangan terkejut sebab hubby saya pandai BELI (bukan buat sendiri daaaa.....) Talam Keladi! Dia tahu saya ni memang suka sangat dengan talam keladi dan talam suji. Tapi semalam dia tak dapat BELIKAN saya talam suji sebab tak ada kat bazar Jalan Asli tu. So dia belikan Talam Keladi...

Tapi semalam selera saya memang tak ada langsung. Semasa berbuka saya hanya makan sebiji kurma, sepotong talam keladi dan 2 gelas Coconut Splash... Selalu tu talam keladi paling kurang 4 potong mesti habis (lepas tu tak makan yang lain dah...)! Kuey Tiaw Sup pun saya tak jamah. Sian kat hubby...penat2 dia masak, isterinya tak makan pulak! Bukan sengaja tapi langsung tak ada selera...

 Balik dari solat Terawih, hubby ambilkan ubat di klinik. Saya makan sebiji ubat dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzz.... Alhamdulillah, bangun sahur tadi badan dah ringan sikit...

Saturday, August 14, 2010

Bubur Som-Som Dan Mee Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dah 4 hari kita berpuasa. Cuaca hari ini tidak menentu. Awal pagi tadi hujan kejap, lepas tu panas. Sempat juga menjemur kain. Tapi tak lama lepas tu hujan lagi. Lepas tu panas semula. Akhirnya kain baju tu duduk bawah awning aje. Tak lalu nak berkejar dengan hujan dan panas.

Selepas Subuh tadi, saya mengadap doh kulit tat...menggentel kulit tat unutk tempahan yang saya terima untuk hari ini. Tempahan sebanyak 100 biji. Alhamdulillah...tempahan berjaya disiapkan sebelum 12 tengahari... Alhamdulillah...hubby ringan tangan menghulurkan bantuan. Kain baju hubby yang ampai. Lepas tu, semasa tengah menempa kulit tat tu, saya rasa mengantuk. Sempat juga melelapkan mata diriba hubby. Sambil tu hubby menyiapkan kulit tat tu walaupun finishingnya saya yang selesaikan. Hehehe...hubby masih gagal bab2 mengemaskinikan kulit tat tu.

Panjang pulak ceritanya ye... Ni cerita juadah berbuka tadi, 4 Ramadhan. Belek2 resepi dalam handset, nampak resepi Bubur Som-Som Pandan. Teringin pulak rasanya. Kena pulak kalau dimakan sejuk2......!


Bubur Som-Som Pandan...yang ini khas untuk hubby dan saya sendiri...hehehe...love love gitu!


Semasa saya sedang memasak Bubur Som-Som Pandan ni, saya dapat SMS dari A adik saya yang di Putrajaya tu. Katanya mereka dalam perjalanan ke rumah saya, nak berbuka bersama. Alamak...panik kejap sebab rancangannya hari ini nak masak ringkas2 je! Tengah berkira2 dengan hubby nak tambah menu apa yang patut, adik tu kata dia gurau aje!!! Masa tu dia berada di Felda Penggeli, rumah mertuanya. Hissshhhh....maina2 plak! Akhirnya hubby goreng Mee Goreng Udang ni aje.


Mee Goreng Udang...hasil gorengan hubby....

Komen dari Ayong :
"Ayong rasa mee ni macam spaghetti pulak....!"


Inilah hasil blueberi cistat tempahan dari Kak Izan tadi. Alhamdulillah...sebelum 12 tengahari Kak Izan dah datang ambil setelah diberitahu tempahan beliau dah siap. Terima kasih Kak Izan...

Friday, August 13, 2010

Juadah Berbuka 2 Dan 3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar nak berkongsi menu berbuka semalam dan hari ini (2 dan 3 Ramadhan). Baru genap 3 hari berpuasa, dah agak pening memikirkan apa yang nak dimasak untuk berbuka dan bersahur. Menu untuk berbuka masih senang nak diselongkar tapi menu untuk bersahur tu....susah sikit. Awal2 pagi tekak tak berapa lalu nak menelan makanan. Anak2 pun asyik makan bijirin saje. Terpaksalah standby bijirin 3,4 kotak.

Menu untuk berbuka pada 2 Ramadhan - Khamis :

Ayam Goreng Berempah - bahagian kepak...

Ayam Goreng Berempah - bahagian paha...

Kangkung Goreng Sos Tiram...

Sup Sayur Campur2...


Menu untuk berbuka pada 3 Ramadhan - Jumaat :

Roti Jala Traffic Light...sebab gunakan warna2 kat traffic light...

Roti Jala banjir Kari Ayam...

Apam Comel Blueberry dan Strawberry...

Ada order untuk Apam Comel hari ini. Alang2 dah mengukus tu, buatkan sekali untuk juadah berbuka kami sekeluarga...


Thursday, August 12, 2010

Juadah Berbuka 1 Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah...Ramadhan pertama telah selamat dilalui. Moga2 amalan seharian kita diterima olehNya. InsyaAllah...

Apa juadah berbuka pada Ramadhan pertama ini? Saya ringkas jer. Sekadar Cucur Udang Rangup, Kuih Tako dan juga buah tembikai. Dan semestinya kurma satu kemestian...

 Kuih Tako...versi Mak Long (Kak Nor...)

 Cucur Udang Rangup...

Tembikai aka semangka

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. InsyaAllah...esok kita akan mula berpuasa. Dikesempatan ini saya ingin menyusun jari sepuluh, memohon mohon dan maaf kiranya ada terkasar bahasa dan terguris rasa (rasa macam nak raya le pulak...). Moga Ramadhan kali ini akan lebih memberi keberkatan kepada kita semua. Moga semua amalan kita akan diberkati dan diterima olehNya. InsyaAllah...

SELAMAT BERPUASA......

p/s : Sudilah kiranya semua pengunjung untuk menerima kad ucapan ini....

Friday, August 6, 2010

Adik Demam


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Banyak cerita tertunggak sebenarnya tapi ini saya nak cerita pasal Adik yang demam TERKEJUT dulu.

Begini ceritanya...
Semalam saya pergi menghantar tempahan cistat ke Bandar Bestari Perdana di Kota Masai. Sebelum ini pun saya pernah 2 kali ke sana tapi lama dah. Pergi berhari raya... Nak dijadikan kisah dan cerita, nak masuk kawasan perumahan tu, ada patung2 batu berbentuk dinasor. Mula2 masa Abang Ngah cerita pasal patung2 dinasor tu, Adik teruja nak melihatnya. Patung2 tu terletak di sebelah kiri jalan masuk. Adik dan Abang Ngah pun duduk le di sebelah kiri jugak. Konon2nya nampak jelaslah patung2 tu nanti. Sampai je depan patung2 tu, Abang Ngah sergah Adik. Terkejut Adik sampai terjerit2! Saya marah juga Abang Ngah sebab takut2kan Adik. Kalau setakat lalu dan tengok2 aje, tentu Adik seronok. Lepas tu, dalam perjalanan balik pulak, saya berhenti depan patung tu kejap sebab Abang Ngah nak tangkap gambar. Dah tu dia pergi tunjukkan pada Adik gambar2 tu. Adik pun takut lagi!!!

Akhirnya.....malam tu badan Adik dan panas....demam!!! Adik ni memang 'lemah semangat' sikit. Rupa jer berani tapi dengan anak lipas yang kecik2 tu pun dia takut! Adik kalau demam panas cam gini, dia jadi teramat TALKATIVE. Macam bertih....pok pek pok pek! Ada je benda yang dicakapkannya. Nasib baik tak meracau yang bukan2....

Akhirnya Adik tidak bersekolah hari ini. Panas sangat badan dia. Lihatlah rupa dia yang ketiduran bersama2 kek gulung cokelatnya.


Hehehe...ini pulak ialah sarpan saya pagi tadi. Hari ini saya pun kurang sihat. Bangun pun lambat tadi. Bayangkan...bersarapan hampir jam 12 tengahari! Saya buat jemput2 kosong jer. Ada baki sambal tumis ikan bilis. Belah tengah2 jemput2 tu, isi dengan sambal ikan bilis. Alhamdulillah....!



 

Wednesday, August 4, 2010

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP)


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Dah lama saya tak mengemaskinikan blog ini. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Kurang masa untuk mengadap komputer.

Ini cerita di sekitar Majlis Akhwatul Muslimah TPP (Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat) yang telah diadakan di rumah saya pada hari Sabtu yang lepas, 31hb. Julai 2010. Majlis tersebut bermula sekitar jam 2:30 petang. Alhamdulillah...ramai kaum muslimah yang hadir.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir termasuklah seorang kawan lama saya yang sama2 bekerja di Kiswire dulu - Norita. Terima kasih kerana sudi hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada penyumbang2 juadah dan kuih2 - Niza (tart), Kak Izan (butter kek), Aini (rempeyek & karipap), Cikgu Fida (cream puff), Kak Nyah(buah anggur & pisang) , Zue (kek gula hangus), Siti  Hajar (kek gula hangus), Cikgu Shikin (puding buah2an), Fiza (apam comel), Rai (kek cokelat kukus), Shidah (kuih bakar), Miss X (karipap pusing) dan Kumpulan Yassin Selayang 10,12 dan 13 yang berkongsi menyumbang rojak buah. Terima kasih kepada penyumbang tenaga - Kak Jah, Fiza, Shidah, Mak Su dan Ekin. Terima kasih kepada Kak Izan dan Siti Hajar yang merupakan orang kuat AMTPP, terima kasih kepada Kak Pah yang menerajui majlis yassin, tahlil dan doa selamat tersebut. Kesian Kak Pah...berulang kali meneguk air untuk membasahkan tekak.

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA.

Jom kita layan sebahagian daripada gambar2 yang sempat saya rakamkan di majlis tersebut..

Norita - 3 dari kiri, bertudung puith + merah - hadir bersama anak2nya...


Sebahagian daripada tetamu yang hadir...

Sebelum menjamu selera, berselawat sambil bersalam-salaman...

Menjamu selera dengan juadah yang disediakan...


3 Mak Dara Pingitan...orang kuat penyumbang tenaga - Fiza, Kak Jah dan Shidah. Terima kasih banyak2 ya...

Tenaga kerja yang didatangkan khas dari kampung - Mak Su dan Ekin...

Ayong bagi arahan je pada Mak Su nya dan Ekin...

Menu utama pada majlis tersebut ialah nasi lemah bungkus daun pisang, rendang tok, sambal ikan bilis and the gangs...

Nasi lemak daun pisang (daun pisang kat belakang rumah jer...), rendang tok (3 hari menyediakannya), triffles (80biji), almond chocolate brownies. Semuanya saya masak sendiri.

Lain2 ialah rojak buah2an, assorted tarts, cream puff, karipap, karipap pusing...

Buah duku langsat dan dokong, pisang, kek cokelat, kek gula hangus, kek butter, puding buah2an dan tat buah...


Tuesday, July 27, 2010

Pertandingan Uji Minda Dan Bercerita


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun pertandingan sudah lebih seminggu berlalu, saya nak jugak cerita kat sini. Jangan boring ya...!

 

Tadika Pintar Bistari telah mengadakan Pertandingan Uji Minda & Bercerita 2010 pada 18hb Julai yang lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Dewanraya Masai bermula jam 8:30 pagi hingga jam 12:00 tenghahari.

Raptai penuh pula telah diadakan pada hari Sabtu, 17hb Julai bermula jam 2:30 petang dan telah berakhir pada jam 5:00 petang.

Pertandingan Uji Minda telah dibahagikan kepada 4 kategori - Bahasa Malaysia, Jawi & Ibadah, Matematik dan juga Sains & English. Adik telah terpilih untuk kategori Jawi & Ibadah.

Sampai je pagi tu, cikgu bagi satu bungkaus makanan setiap murid. Adik sedang makan roti yang diberi...

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi TPB, En. Ahamed Tamizi Osman...

Hadiah2 yang disediakan untuk pemenang2 dan peserta2...

Diantara guru2 pembaca soalan...


Kumpulan2 untuk Kategori Jawi & Ibadah...


Guru2 pencatat markah...

Adik sedang menjawab soalan yang diajukan...


Kumpulan2 untuk kategori Matematik...

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi TPB. Adik sedang menerima tropinya...

Adik dan kumpulannya mendapat tempat ke-2...


Adik posing dengan tropi kemenangan...