Sunday, June 6, 2010

Kad Jemputan Lagi



Salam sejahtera untuk semua. Hmmmm...empat lagi kad jemputan Walimatul Urus yang kami terima. InsyaAllah, mana yang sempat kami hadiri, akan kami hadiri.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA
kepada semua mempelai!


Kad jemputan ini ialah daripada Izzati, kawan Ayong. Majlisnya hari ini, Ahad (06-06-2010) di Taman Cahaya Masai.


Kad ini pula diterima daripada Annas, kakitangan Kiswire, tempat hubby kerja. Majlis di rumah perempuan ialah pada hari ini, Ahad, 06-06-2010 di Kuala Terengganu. Manakala majlis di rumah Annas pulak akan diadakan pada 4hb Julai di Labu, Seremban. Jauhnya...! Tapi kalau ada kesempatan, nak juga hadir ke majlis ini.


Kad yang berwarna merah jambu ini pulak diterima oleh Adik dari salah seorang guru di Tadika Pintar Bistari, Cikgu Zuraidah. Beliau akan melangsungkan perkahwinannya pada hari ini juga, Ahad 06-06-2010 di Felda Tenggaroh, Mersing. Jauh juga ya....!



Dan kad yang ini pula diterima daripada Azli, staff hubby. Majlis di rumah pengantin perempuan akan diadakan pada hari Sabtu, 19-06-2010 di Bukit Gambir. Manakala majlis di rumah Azli akan diadakan pada hari Sabtu, 26-06-2010 di Taman Daya. 


Friday, June 4, 2010

Majlis Yassin Dan Doa Selamat Rumah Pengantin



Salam sejahtera untuk semua. Dah abis sekolah dah untuk semester satu ni. Anak2 dah mula bercuti. Riuh le rumah jawabnya....

Petang tadi ada Majlis Yassin dan Doa Selamat di rumah Puan Sharifah Abdullah, di Jalan Senangin 4. Beliau akan menerima menantu esok...menantu lelaki. 2 orang sekali gus!!! Tapi majlisnya tak buat di rumah tetapi akan diadakan di Dewan Taman Cendana esok.

Apam Comel ni (berintikan blueberry, orange dan strawberry) saya bawa semasa Majlis Yassin dan Doa Selamat petang tadi. Tak sedap rasanya bila pergi dengan melenggang-kangkung sahaja.



Tapi tadi segan le pulak rasanya nak jadi mamarazzi macam biasa sebab ramai orang2 yang tidak saya kenali di majlis tu. Lagipun saya tak berapa sihat, berbekalkan saputangan jer. Sambil membaca Yassin pun sebelah tangan menekap hidung dengan saputangan. Gara2 malam semalamlah tu...berjaga  sampai larut malam nak menyiapkan cistat! Alhamdulillah...!!!


Blueberry Cheese Tart ke Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Malam tadi berjaga hingga ke pukul 2 pagi sebab nak menyiapkan order blueberry cheese tart ni. Ianya ditempah oleh guru tingkatan Abang Ngah. Dah 3,4 hari Abang Ngah bagi tau tapi saya suruh Abang Ngah bagitau cikgu tu supaya SMS ataupun telefon saya unutk pengesahan. Bukan tak percaya pada Abang Ngah tapi cuma nak kepastian. Baru petang semalam (Khamis) cikgu tu telefon saya. Confirm nak 150 pcs. Masa tu memang tengah buat tart crust tu. Nak menambah stok yang tinggal tak seberapa tu.


Tapi creamcheese pulak buat hal! Saya cuma ada 500gm aje stok cheese. Saya dah ke Tesco hari Rabu ari tu...nak cari creamcheese punya pasallah. Tapi kat Tesco pun tak ada stok. Kosong je kat bahagian creamcheese tu. Nak ke Giant rasa macam malas pulak. Saya pun terus jer balik.


Malam tadi, mintak tolong hubby pergi carikan creamcheese. Mula2 hubby ke Tesco bersama Abang Ngah dan Abang Yang. Tak ada stok jugak. Saya suruh hubby terus ke Giant pulak. Alhamdulillah...ada banyak stok kat sana. Ada yang panjang (500gm), ada yang pendek (230gm + 20gm). Saya suruh hubby beli banyak2 (tamaknya...) sebab memang susah sikit nak dapat creamcheese ni. Hubby borong yang pendek 6 bar dan yang panjang 4 bar. Hehehe...banyaknya hubby borong!


Malam tu jugak saya packing dalam 4 bekas yang berasingan. Mula2 nak masukkan dalam saru bekas besar sahaja tapi hubby kata lebih baik asingkan sebab senang nak bawak. Cikgu ni nak balik ke Terengganu selepas waktu persekolah tengahari tadi. Alhamdulillah...sampai ke Terengganu cistat saya berjalan ya! Saya minta Abang Ngah bawa terus ke sekolah pada waktu pagi tu dan serahkan pada guru tingkatannya. Terima kasih ya Cikgu! Harap2 berpuashati dengan cistatnya...!!! Dan selamat bercuti!

Wednesday, June 2, 2010

Walimatul Urus


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah akan bermula hujung minngu ni, selama 2 minggu. Biasalah...musim cuti macam ginilah banyak undangan ke majlis perkahwinan. Setakat ini kami dah terima 5 jemputan.

Kepada bakal2 pengantin, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA BAHAGIA DAN KEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA...


Lima kad jemputan. Empat keping daripada kakitangan tempat kerja hubby, 2 daripadanya ialah engineer hubby. Satu lagi ialah jemputan dari jiran setaman...




Jemputan daripada jiran setaman. 2 pasang pengantin sekali harung. Majlis akan diadakan di Dewan Taman Cendana pada 5hb Jun (Sabtu). Petang Jumaat tu ada majlis yassin di rumah pengantin.



Jemputan daripada engineer hubby. Majlis di rumah pengantin perempuan pada hari Ahad, 6hb. Jun di Felda Penggeli, Bandar Tenggara. Majlis di rumah pengantin lelaki pula pada hari Sabtu, 12hb. Jun di Kuala Terengganu. Memandangkan hubby tidak dapat ke Kuala Terengganu, mungkin hubby akan ke rumah pengantin perempuan sahaja di Bandar Tenggara, Kulai.




Yang ini juga ialah engineer hubby. Juga pada hari Ahad, 6hb. Jun di Sri Medan, Batu Pahat. Majlis di rumah pengantin perempuan telah selamat dilangsungkan pada hari Sabtu lepas, 29hb. Mei di Taman Maju Jaya, P.Jaya, Selangor.


 
  
Ini pula ialah jemputan dari Chik, pemandu di Kiswire. Chik ni senior kat Kiswire tu. Dah hampir 20 tahun rasanya beliau bekerja di Kiswire. Chik akan melangsungkan majlis untuk anak perempuannya yang kedua. Majlis pada hari Sabtu, 12hb. Jun, di Taman Bukit Dahlia.




Yang terakhir ialah daripada Firdaus, kakitangan Kiswire juga. Majlis akan berlangsung pada hari Sabtu, 12hb. Jun di Tanjung Sedili.



Birthday Cuppies


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isnin malam Selasa, saya menerima sistem pesanan ringkas (SMS). Minta buatkan cupcake untuk birthday. Dia nak petang hari Selasa. Saya terima pesanan tersebut. Malam tu juga saya bakar cuppies tu. Lepas tu simpan dalam bekas kedap udara untuk dideco keesokan harinya.



Cupcake : Vanilla
Deco : Buttercream
Qty : 16 pcs
Size : S size (2.50 oz)


Deco yang ringkas. Tiada special request dari pelanggan...


Dua jenis deco sahaja...

Hantar petang semalam ke rumah pelanggan. Dekat je...di Jalan Senangin 2...


Kepada Birthday Man :
WISHING YOU A VERY HAPPY BIRTHDAY!!!


Tuesday, June 1, 2010

Ayam Kayu Manis


Jom layan Ayam Kayu Manis ni pulak! Ini lauk kami untuk hari ini..lunch dan dinner. Masak sekali harung, senang. Tak payah nak masak banyak2 kali. Jimat gas...jimat tenaga. Malam tadi panaskan aje...


Menu yang ringkas dan sedap. Wangi dengan haruman kulit kayu manis...



Ada sayur...ada kuah. Kiranya macam all-in-one la...! Ataupun sebab malas nak masak sayur? Hehehe...


Scrambled Toast



Dalam pada pening2 memikirkan nak masak apa pagi tadi untuk sarapan anak2 nak ke sekolah, nasib baik sempat berfikir pasal Scrambled Toast ni. Dah pernah buat sebelum ni. Nasib baik roti sandwich ada.



Terus pukul telur 4 biji, campur sikit dengan perasa dan lada hitam. Panaskan marjerin dalam kuali, masukkan telur tadi dan terus dikacau dengan garfu.


Dalam masa yang sama, sapu kedua2 belah roti dengan sedikit marjerin. Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar hingga roti jadi kekuning2an. Keluarkan dari oven.



Lepas tu letakkan telur hancur tadi ke atas roti yang telah dibakar tadi. Picit cili sos dan mayonis atau apa2 dressing yang anda suka. Siap!!!

Sedia untuk dimakan. Silakan....!!! Eh...sorry. Dah abis rupanya...! Lain kali ajelah ye...!


Majlis Tahlil, Doa Selamat Dan Yassin


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari Sabtu lepas, saya ada menerima jemputan untuk ke Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Yassin di Jalan Selayang 15. Ingatkan siapa yang menjemput, rupa2nya sahabat lama semasa bekerja di Kiswire dulu. Beliau bekerja di Bahagian Finance tapi dah lama dah berhenti. Rasanya ada la 10 @ 11 tahun dulu. Sekarang ni beliau bekerja di salah satu syarikat di Pasir Gudang ni jugak.

Dah sampai ke rumah dia, barulah tahu tujuan sebenar majlis tersebut. Beliau akan mengerjakan umrah ke Tanah Suci. Berangkat pada hari ini, 1hb. Jun. Alhamdulillah...! Moga saya pun akan mengikut jejak langkah beliau tak lama lagi. InsyaAllah...! Moga diperkenankan olehNya.


Inilah tuan rumah...Kak Zaharah Hj. Din...
Didoakan moga Kak Zaharah akan selamat pergi dan selamat kembali... Dan moga dipermudahkan segala urusan...Amin!

Diantara tetamu yang hadir sedang membaca surah Yassin...

Orang lain membaca surah Yassin, saya pulak sibuk tangkap gambar curi2! Masa tu tengah 'cuti'...hehehe!

Cik Naja datang bersama anak daranya (tuding hitam). Yang bertudung putih tu pulak anak dara si Nora...

Ini juadah yang saya jamah selepas usai majlis...sekadar mengalas perut.

Saya bawak sebijik Kek Cokelat Kukus Lembab sebagai buah tangan...

Ada nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan sayur goreng...

Laksam pun ada...!

Masing2 sedang menjamu selera...!

3 Mak Dara Pingitan...Kak Jah, Shidah dan Zue...!

Ni Mama Vogue...Siti Hajar...! Dia yang gelarkan diri dia macam tu...hehehe!

Sambil makan, sambil berbual2...!

Alhamdulillah...abis dah bahagian saya!


Menjamu Selera


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Selamat melangkah ke bulan Jun 2010. Dah 1hb. Jun hari ini. Dah masuk bulan ke6 kita di tahun 2010. Semakin mengakhiri setengah tahun pertama untuk tahun 2010. Bulan Jun ni ada beberapa tarikh penting yang HARUS saya ingati. Yang pertama ialah Seminar IQ Pintar untuk Ayong dan Abang Ngah pada 5hb dan 6hb Jun nanti, di TS Hotel, Taman Scientex. Lepas tu diikuti pula oleh hari ulangtahun kelahiran Ayong, hubby dan juga saya. Ketiga2 kami menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun. Lepas tu ada 5 undangan ke majlis perkahwinan pada hujung minggu sepanjang cuti sekolah. Dan perancangan awal juga, kami nak balik ke Perak dalam cuti sekolah ni tapi tak tau lagi bila tarikhnya.

Ini pulak cerita makan yang lepas2. Tak sempat nak update. Sibuk dan tak sihat...


Udang Butter...juadah makan tengahari hari Sabtu lepas.

Kari Kepala Ikan Tongkol...juga juadah makan tengahari Sabtu lepas...

Mee Limpah Udang...teringin nak makan mee segera tapi saya tidak gunakan perencah yang disediakan. Buat resepi sendiri...melimpah-ruah dengan udang...! Mee ini saya makan malam Khamis lepas...


Masalodeh ataupun Vadei ni pun tiba2 rasa teringin nak makan. Ada sepekat kacang dal, rendam sejam, keringkan dan kisar. Campurkan dengan bahan2 lain. Kepal2 dan terus goreng. Sedap dimakan panas2...! Juadah minum petang hari Jumaat lepas...