Monday, February 8, 2010

Jalan-Jalan Di Jusco Permas Jaya


Assalamualaikum dan selamat tengahari untuk semua. Saja nak cerita pasal jalan-jalan ke Jusco Permas Jaya semalam. Actually, tujuan utama bukan untuk ke sana tapi ada perancangan lain. Pagi semalam Abang Yang ada seminar di Hotel Selesa dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Selepas hubby pergi hantar Abang Yang, kami sarapan di rumah aje. Hubby masak nasi goreng campak2. Abang Ngah pulak ada perlawanan bolasepak di Selasih Pulau. Habis jam 10:30 pagi katanya. Pesan dengan dia, selepas habis terus balik rumah sebab kami nak keluar. Hampir 11:00 pagi baru dia sampai ke rumah. Dah siap masing2, kami pun bertolak. Ke mana?

Mula2 kami menuju ke Danga Bay, nak ke Maxis Center sebab Ayong nak tukar semula pelan dia ke pre-paid. Bila check dengan petugas di situ, selepas 6 bulan baru boleh tukar. Maknanya April nanti baru boleh tukar pelan tu. Selepas tu kami terus ke City Plaza, untuk bayar kad kredit di City Bank. Dah siap 2 kerja...! Masa tu dah 12:30 tengahari. Hmmm...anak2 dan mengadu kelaparan. Saya syorkan ke Jusco Permas Jaya je sebab di situ ada banyak pilihan. Sampai di sana, punyalah susah nak dapat parking. Banyak kereta yang berpusiing2 mencari ruang kosong. Alhamdulillah....ada satu kereta tu nak keluar. Zzzzzuuuuuppppp...hubby terus parking kat situ.

Melangkah ke dalam bangunan, Ayong dan Abang Ngah kata nak makan yang sedap2. Dan pilihan mereka ialah Sedap Corner. Let's go....!!! Jom tengok apa yang kami makan dan minum.

Hubby order air bandung dan cendol, Ayong pulak iced lemon tea, Adik order milo ais dan kelapa, Abang Ngah pulak mintak kelapa dan saya minum mocktail....

Makan pulak...Prawn and Chip untuk Adik, Chicken Chop untuk Abang Ngah, Fish Kuey Tiaw untuk Ayong dan Beef Kuay Tiaw untuk hubby dan saya..

 

Sunday, February 7, 2010

Puding Roti, Donut, Strawberi Dan Cubaan


Macam yang saya kata, saya ni tidaklah sepandai mana pun...tapi saya suka mencuba. Tak kisahlah dalam hal apa pun. Kadang2 setiap percubaan memerlukan perhatian yang sepenuhnya, kadang2 cukup sekadar gitu2 je. Ada juga percubaan yang memerlukan RM samada sikit ataupun banyak. Bila tiba yang ini, kena fikir banyak kali dulu. Kena timbang2kan supaya kanan sama berat dengan yang kiri...tak le senget sebelah nanti. Bila dah senget, susah dan ambil masa nak bagi tegak dan seimbang semula. Sama jugalah dengan lain2 percubaan...cuba nak jadi orang baik, cuba nak jadi orang jahat, cuba nak kaya, cuba nak pandai, cuba nak mencuba, cuba nak bershopping sakan, cuba nak menghabiskan 30 juzuk al-Quran lagi dan lagi, dan macam2 lagi. Semuanya memerlukan pengorbanan dan ketekunan tapi mestilah dengan pertimbangan akal yang betul. Kadang2 tu, tepuk dada tanya selera boleh diambil pakai. Kadang2 tu tepuk dada tanya iman lebih berkesan.

Jom tengok apa yang saya masak semalam (Sabtu)...

Puding Roti Marble ini dibawa ke majlis AMTPP semalam...

Donut yang masih bogel untuk minum petang...

Selepas balik dari AMTPP, baru pakaikan dengan cokelat dan color ball...

Yang ini pulak salut cokelat dan color rise...

Yang ni salut cokelat aje...

This is Strawberry Chocolate...

Strawberi ni saya beli semasa shopping barang dapur di Econsave Khamis lepas. Masih ada baki, salut dengan cokelat je semasa salut donut tu...


Sejuk Mata Memandang


Sejuk mata memandang...!

Makan-Makan Hari Jumaat


Kali ini dah tayang sikit menu hari Jumaat lepas. Dah tak ada baki lagi dah, jadi tak perlu le nak ngendeng2 ye...! Habuk pun dah tak ada!


Udang Goreng Lada Hitam untuk tengahari...

Sotong Goreng Lada Hitam untuk tengahari...

Keledek Goreng untuk minum petang...

Kopi-O untuk minum petang...

Ikan Merah Singgang untuk makan malam...

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang tadi telah dilangsungkan Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Ke-14. Kali ini dihostkan oleh Kak Izan di Selayang 2. Seperti majlis2 yang lepas, majlis bermula jam 2:00 petang. Majlis dimulakan dengan zikir munajat, diikuti oleh bacaan Yassin dan tahlil serta doa selamat. Selepas itu ada sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Kak Izan (nama sama tapi orang yang berlainan...). Cerita lanjut sila ke blog Akhwatul Muslimah TPP....


Inilah tuan rumah untuk majlis kali ini...Kak Izan...



Antara muslimah yang hadir...

Muslimah yang hadir sedang khusyuk mendengar tazkirah...


Selepas doa makan dibaca, muslimah2 bersalawat sambil bersalam-salaman sebelum menjamu selera...


Sedang menjamu selera...


Antara hidangan yang disediakan...

Saturday, February 6, 2010

Ala-Ala Coney Dog



Ini sarapan kami pagi tadi...Ala-Ala Coney Dog!. Ringkas je. Sepatutnya gunakan daging hancur yang dimasak bersama bahan2 lain tapi saya cuma buat egg scrambled je. Roti tu saya belahkan sikit, lepas tu goreng tanpa minyak sekejap bagi permukaannya kuning2 gitu. Lepas tu letakkan sosej yang telah digoreng sebelum ditabur dengan telur hancur berlada hitam. Dah tu bolehlah dipicitkan sos cili ke, mayonis ke, ke atasnya. Siap untuk dimakan!!!



Close-up sikit...nampak lada hitam kat telur hancur tu...


Ni versi dah kena ngap separuh. Siapalah punya bekas gigitan tu agaknya...


Friday, February 5, 2010

The 11th Husband....

Saja-saja nak menenangkan minda di pagi Jumaat ni...

A young man married a beautiful woman who had previously divorced 10 husbands. On their wedding night, she told her new husband to "Please be gentle; I'm still a virgin".

"What?" said the puzzled groom. "How can that be if you've been married ten times.?"

"Well, husband#1 was a Sales Representative; he kept telling me how great it was going to be.

"Husband # 2 was in Software Services; he was never really sure how it was suppose to function; but he said he'd look into it and get back with me.

"Husband # 3 was from Field Services; he said that everything checked out diagnostically but he just couldn't get the system up.

"Husband # 4 was in Telemarketing; even though he knew he had the order, he didn't know when he would be able to deliver.

"Husband # 5 was an Engineer, he understood the basic process but he wanted three years to research, implement, and design a new state of the-art method.

"Husband #6 was from Administration; he thought he knew how but he wasn't sure whether it was his job or not.

"Husband # 7 was in Marketing; although he had a product, he was never sure how to position it.

"Husband # 8 was a Psychiatrist; all he did was talk about it.

"Husband # 9 was a Gynecologist; all he did was look at it.

"Husband # 10 was a Stamp Collector; all he ever did was........ God I miss him.

" But now that I've married you, I'm so excited".

"Wonderful", said the husband, "but why? "

"Your're with the "GOVERNMENT"..
This time I KNOW I'M gonna get SCREWED."

 

Wednesday, February 3, 2010

Ikan Kukus Tomyam


Ikan Kukus Tomyam...entah dari mana dapat idea nak masak ikan macam ni pun saya tak tau. Masa tu fikiran ni buntu memikirkan nak masak apa. Ikan ada, ayam ada, udang ada dalam petiais tu. Itu yang main campak2 jer tu. Akhirnya terhasillah resepi ini. Sedap gak...rasa2 tomyam gitu. Dah namanya pun ada 'tomyam', mestilah rasa tomyam, kan? Tak rugi mencuba...!



 

Kuih Ketayap @ Kuih Gulung. Yang ini kegemaran saya cumanya tang nak masak intinya yang leceh sikit. Padahal bukannya susah sangat pun. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk, masukkan gula melaka atau gula merah, kacau dan masak dengan api perlahan hingga agak kering. Siap pun intinya. Adunan untuk kulitnya, macam2 versi ada. Saya cuma campurkan tepung, telur, garam, susu segar @ susu rendah lemak, minyak masak sikit. Kacau sebati sampai tak berketul2 dan lenggangkan atas kuali tahan karat. Lepas tu gulung dengan inti kelapa tadi. Ishhhh....4 gulung tak cukup ni!

 

Ketam, Rojak Dan Salad



Tersebutlah alkisah di sebuah rumah di pingiran kawasan perindustrian Pasir Gudang. Di sebuah taman perumahan yang diliputi dengan pasir2 yang putih melepak....bersama hembusan angin yang tercemar. Di dalam sebuah rumah,  di ruang dapur yang masih belum direnovasi, di dalam petiais yang bersaiz agak besar, kelihatan sebekas ketam yang telah siap dibersihkan. Hmmm...tuan rumah tu nak masak ketam rupa2nya! Siapakah gerangan tuan rumah tersebut? Jom kita teropong....!

*
*
*
*
*

Ooooooo....saya rupanya!!!!!


Tengahari tadi saya masak ketam ni untuk anak2. Ketam tu ada la 6 ekor. Bila dipotong 2 setiap ekor, dapat le 12 potong. Ketam ni memang kegemaran anak2. Dulu hubby pun memang menggilai ketam ni tapi sekarang ni hubby dah kurangkan pengambilan seafood sebab ada gout. Selalu tu, kalau nak masak ketam, hubby yang ambil giliran. Tapi hari ni saya pulak yang ambil turn sebab hubby kerja. Saya masak ikut cara dan resepi hubby....hehehe. Senang jer...tumbuk @ kisar cili padi, bawang merah dan bawang putih. Hmmm...nanti saya masukkan resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi kat dapur saya ya. Dua orang anak lelaki saya dah balik dari sekolah, dah makan pun! Layan gambar dulu ya....!


Ketam Masak Lemak Cili Padi...


Rojak buah dan salad sayur ni pula adalah juadah makan malam kami malam tadi. Saya dan hubby cuma makan salad dan rojak ni aje. Ada juga lauk2 lain tapi yang tu semua untuk anak2.


Rojak Buah...

Salad Sayur...