Monday, December 14, 2009

Majlis Ilmu Akhwatul Muslimah TPP

Alhamdulillah! Selamat sudah majlis ilmu yang pertama anjuran Akhwatul Muslimah Taman Pasir Putih (AMTPP). Majlis ilmu pertama kami bertajuk "Muhasabah Diri Melalui Amalan Kesihatan & Cabaran Masa Depan" oleh penceramah jemputan Puan Nordahlia Ahmad Ibrahim, seorang Perunding Profesional RK-i (Pusat Rawatan Komplementari Insaniah). Majlis telah diadakan di kediaman Puan Khadijah Mohamad di Jalan Selayang 12. Terima kasih kepada Kak Jah yang telah sudi menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah pertama majlis ilmu ini.


 Yang bertudung dan berjubah hitam itulah Kak Jah!


 Inilah penceramah jemputan kali ini, Puan Nordahlia Ahmad Ibrahim.

Majlis kami bermula jam 2:15 petang. Ramai tetamu yang hadir memenuhi setiap ruang rumah. Masing2 khusyuk mendengarkan penerangan yang diberikan oleh penceramah. Amat tidak membosankan kerana diselitkan dengan jenaka2 ringan. Waktu ini, saya bertugas sebagai jurugambarlah konon2nya. Dengan menggunakan kamera digital saya tu, saya cuba untuk merakamkan video ceramah tetapi tentulah masing2 dah dapat agak apa yang terjadi agaknya. Dapat rakamkan separuh jalan saja sebab "memory full". Ruginya rasa sebab memang banyak sangat yang dapat dipelajari dari ceramah beliau. Semuanya berkaitan dengan kesihatan yang berkaitan dengan amalan harian dan juga kaitannya dengan warna2 alam. Nampak gayanya, saya kena cari memory card yang lebih besar saiznya. Hmmmm..teringat pulak ada Pikom PC Fair sedang berlangsung di Persada Johor. Mesti nak ajak hubby hari Ahad nanti!



 Tetamu yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan...



 Sampai menongkat dagu! Nasib baik tak ada yang ternganga...!!!


 Kak Izan sebagai MC seperti majalis2 yang lalu. Kak Pah (baju oren bertudung kotak2) menerajui majlis tahlil ringkas untuk arwah ayahanda Kak Jah yang baru meninggal dunia. Juga sedikit cenderahati kepada penceramah.


 Menjamu selera setelah tamat majlis cermah dan tahlil ringkas...


Antara juadah yang disediakan. Macam2 ada...!


Sunday, December 13, 2009

Meehon Sup



Ringkas sahaja cerita saya kali ini. Hari Jumaat lepas, macam Jumaat2 yang lepas, hubby akan balik untuk makan tengahari sebelum ke masjid bersama anak2. Juadah makan tengahari merangkap juadah berbuka puasa untuk Ayong ialah Meehon Sup. Kali ini meehon sup saya tidak seperti meehon sup yang lepas2. Selalunya saya akan masak sup ayam tapi kali ini saya cuma renehkan air bersama kiub ayam sahaja. Konon2nya nak ikut gaya meehon sup yang kami makan kat Danga Bay hari tu. Bahan2 hiasan sekadar telur puyuh, tauhu goreng, sawi + taugeh, fishcake dan udang yang dicelur dalam kuah. Ringkas sahaja!


Juadah Berbuka

Ini cerita hari Khamis lepas. Baru sekarang nak upload. Hari Khamis lepas Ayong berpuasa. Awal petang tu memang saya dah bakar muffin ringkas ni. Dapat 6  biji je...cukup2 sebiji seorang. Masa nak sediakan juadah berbuka puasa, cari2 stok dalam petiais. Alamak...stok lauk tak ada la pulak! Capai h/phone dan sms hubby. Bla...bla...bla...akhirnya hubby decide nak beli aje. Tapi hidangan hanya boleh sampai selepas waktu Maghrib. Pada masa yang sama, saya sediakan air cendol dulu. Ada stok kelapa parut dan cendol dalam petiais. Saya kisar kelapa parut dengan air tapis dan perah untuk dapatkan santan asli. Kemudian masak sedikit air gula merah. Campur-adukkan....dah siap!



Sementara nak tunggu juadah yang hubby beli sampai, Ayong berbuka dengan muffin dan air cendol saja dulu. Adik pulak mintak buatkan roti sapu dengan mentega dan tabur gula. Nak 10 katanya... Tapi saya buatkan 6 set aje (= 6 keping roti). Bila hubby dah balik dan "curi" rotinya 1 set, siap Adik marah abahnya lagi! Kenapa ambil roti Adik??? Marah setakat itu je la.... Selepas tu habis dimakannya bahagian dia bersama air cendol dalam bekas McFlurry tu.



Dan juadah yang hubby tapau malam tu ialah mee hailam. Alhamdulillah...!

Thursday, December 10, 2009

Simple Fruit Muffin

Pagi semalam dah masak nasi goreng kicap sebagai juadah sarapan. Tapi dalam pukul 10:00 pagi tu perut rasa macam nak makan sesuatu yang tidak berapa berat. Nak makan apa ya? Haaa...teringin pulak nak buat muffin. Teringat kat resepi muffin CMG yang guna whipping cream tu. Memang sedap sebab rasanya lain dari muffin biasa tu. Akhirnya...saya menuju ke dapur untuk menyediakan bahan2 muffin tersebut. Saya gunakan resepi CMG tapi saya skipkan buah2 campur tu sebab anak2 tak suka buah2 tu. Kalau filling tu mereka sukalah! Dapatlah dalam 10 biji. Sedap sangat dimakan lepas aje keluar dari oven...!!!! Jom!



Diserikan dengan sebiji ceri merah...!



Yang ini gunakan papercup bersaiz kecil sikit...!



Yang ini versi tak ada ceri...!


Sabtu Yang Ceria...!!!!

Hari Sabtu lepas kena turn hubby off duty. Tapi awal2 pagi lagi dia dah keluar hantar Ayong ke stadium sebab ada latihan pancaragam. Ahadnya nanti ada persembahan di Persada Johor.  Lepas hubby balik barulah kami sarapan. Lepas tu saya berkemas mana yang patut. Hubby pulak membaiki lampu kat dapur yang tak menyala sejak malam sebelumnya lagi. Dalam pukul 10:30 pagi, kami dah keluar rumah bersama anak2. Banyak tempat yang nak dituju ni.

Pertama sekali saya ajak hubby ke Larkin Perdana, ke kedai bakery sebab nak cari barang masak. Barang utama yang saya nak cari ialah berbagai jenis filling - blueberry, strawberry, kiwi, oren, epal. Ada plan ni...! Dari situ, kami menuju ke City Bank di City Plaza, Jalan Tebrau. Tujuannya ialah untuk membayar hutang kad kredit. Dari situ kami bercadang pulak ke Danga Bay...nak cari makan sebab masa tu dah hampir 12 tengahari.

Masa keluar dari City Plaza tu, kami nampak signboard ini :



Kiswire nak dirikan bangunan baru bersebelahan dengan City Plaza (antara City Plaza dan Hotel Selesa) sebagai R&D Center. Sebenarnya Kiswire ada Sales Office kat City Plaza tu, di Tingkat 17. Dulu saya selalu berulang-alik ke sini kerana tugas. Tapi sejak berhenti dari Kiswire, tak pernah jejak Tingkat 17 tu lagi dah. Setakat ke City Bank kat tingkat bawah tu adalah sebulan sekali. Tapi berita2 tentang Kiswire hari2 saya dapat sebab hubby masih bekerja di situ.

Dari situ, kami menuju ke Danga Bay. Dalam perjalanan tu, kami nampak banyak pembinaan dan pembaikpulihan sedang dijalankan. Yang paling ketara ialah pembinaan flyover selepas Danga City Mall tu. Lepas tu penambakan pantai di sepanjang Pantai Lido menuju ke Danga Bay.




Sampai di Danga Bay jam dah menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Kami masuk bermula dari International Restaurant tu terus ke Festive Street Mall.




Akhirnya kami singgah di AK Noodle House untuk menjamu selera. Tak banyak gerai yang dah dibuka masa tu. Agaknya kalau petang2 sikit, mesti dah sesak kat situ. Jom tengok apa yang kami makan!


Minuman kami....! Hubby - fresh orange, saya - jus epal hijau, Adik - milo ais, Abang Ngah - Home Made Cincau dan Abang Yang - Home Made Longan.


Yang ini Adik punya...Fishball Seafood Meehon! Awal2 lagi dah sampai hidangan untuk Adik...



 Yang ini pulak Abang Ngah punya...Tomyam Seafood Meehon!



 Yang ini??? Kami punya! Hubby, Abang Yang dan saya...Curry Laksa Meehon!

Eeerrrkkkk....alhamdulillah!!!! Kenyang! Dah kenyang, kami baliklah...nak tunggu apa lagi, kan? Lagipun saya nak masak kuih sikit. Sebelah malamnya pulak ada majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat di rumah tetangga, Shidah & Yasman. Biasanya, di setiap majlis, saya akan bawa sedikit kuih sebagai sumbangan. Bukan saya je, orang lain pun bagi jugak! Dan saya memang bercadang untuk buat Apam Comel Inti Blueberry lagi! Itu sebabnya saya ke Larkin Perdana mencari filling tu sebab stok dah abis. Selesai solat baru saya ke dapur untuk menunaikan hasrat dihati. Akhirnya...inilah hasilnya! Saya letak filling oren dan strawberry. Gebu & sedap!!!!


Sesuai dengan namanya yang comel tu...memang comel sebab saya gunakan papercup yang kecil sekali. Satu adunan dapat dalam lebih kurang 120 biji. Terus masukkan dalam tupperware sebab kalau tak buat cam gitu, tak sempat nak bawa ke majlis nanti.


Selepas Asar, baru saya ke rumah Shidah. Kami sama2 bergotong-royong membantu apa yang patut. Tapi ada jugak yang dah datang lebih awal sebab menolong Shidah memasak. Shidah tak inform saya sebab dia ingatkan saya balik ke Muar menghantar anak2 (Abang Ngah & Abang Yang) balik ke rumah Atuk. Apa2 pun sempatlah menolong memotong & menghidang kuih2 dan lauk-pauk.


 Alamak, gambar tuan rumah tak ada la!!!


Wednesday, December 9, 2009

Makan2 Hari Jumaat

Makan lagi!!!! Ini pulak menu untuk Jumaat lepas. Pagi2 saya masak Nasi Goreng Kicap aje. Senang sangat nak buatnya...main campak2 aje. Selalu tu buat nasi goreng kosong aje, baru kali ini mencuba yang berkicap. Sedap pulak kata anak2. Mana taknya...tak pernah buat sebelum ni. Itulah anak2....setiap menu tu tak boleh buat selalu. Kena buat jarang2...barulah laku dan abis!!!




Daging korban masih ada 2kg lagi. Jadinya untuk makan tengahari Jumaat lepas, saya masak Kari Daging Kerisik. Selalunya, emak saya suka masak macam gini masa hari raya. Sedap dimakan dengan lemang selain dengan rendang. Ini pun senang jugak nak membuatnya. Sama juga macam nak masak kari biasa tu. Bezanya cuma kita campurkan kerisik bersama rempah kari dan kuahnya mesti pekat2. Baru sedap!!!!




Yang ini pulak saya yang teringin! Tapi sebab tak sabar punya pasal, jadilah Puteri Ayu yang tidak ayu ni. Apa2pun, rasanya tetap mabeles...! Abis gak makan dengan anak2. Setiap kali siap mengukus, mesti abis dek anak2. Sudah2nya, saya ngap je masa mengeluarkannya daripada acuan. Kalau tak buat macam tu, kempunan jugaklah saya!!!




Dan lagi2 Kuih Bakar. Pagi2 lagi saya dah membakar kuih ni. Teringin jugak lagi! Isshhhh...asyik teringin je semenjak dua menjak ni. Ikutkan baru beberapa hari sebelumnya saya dah bakar kuih ni juga. Macam2 menu bermain dikepala, menunggu masa je! Puteri Ayu dan Kuih Bakar ni sebagai juadah minum petang kami.



Makan2 Hari Khamis

Apa nak jadi dengan rumah saya ni???? Asyik tayang gambar makanan jer!!! Pulak tu, semuanya yang dah basi...! Dah le rumah ni dekat2 nak bersawang... tiba2 tayang pulak gambar makan2! Ishhkkk...biar betul! Betul3x...! Tak salah pandang wahai pengunjung sekalian. Memang saya sedang menayangkan menu2 saya yang lepas2. Dah tak online hari2 sebab anak2 tengah bercuti...sibuknya lain macam sikit....heheehe!


Mula2 nak tayang menu sarapan Khamis lepas (bukan Khamis akan datang ye...!). Sandwich telur campur mayonis, lepas tu bakar guna sandwich toaster.



Lepas tu ada jugak Ubikayu Lenyek. Ada sapa2 yang tau nama resepi ni tak? Alaaa.....macam nak buat Ubi Getuk tu (menu orang Johor @ orang Jawa....) cumanya versi tak digoreng. Potong2 ubikayu tu, lepas tu direbus hingga empuk. Toskan airnya dan lenyekkan dengan garfu ke, senduk ke...hingga lenyek. Lepas tu campurkan gula secukup rasa dan juga kelapa parut. Kacau hingga gula hancur. Gula tu senang nak hancur kalau kita lenyek masa tengah panas lagi. Cam gitu je nak buatnya...
   



Kalau dua hari sebelum tu, makan tengahari dengan Laksa Penang, kali ini dengan KFC pulak. Saya beli yang set ayam 9 ketul tu je. Nasib baik ada bahagian paha. Adik kalau makan ayam, dia mesti nak KEPAK. Tapi kalau bagi kepak ayam, dia tak nak makan. Dia kata nak bahagian yang boleh pegang cam gini tu (dia tunjukkanlah aksinya...). Rupa2 bukan kepak tapi PAHA..!!! Isshhhh...sapa yang ngajo dia ni???




Sebelah petang pulak, baki Ubikayu Lenyek pagi tu, saya bola2kan pulak. Lepas tu celup dalam bancuhan tepung dan goreng. Maka, jadilah Ubikayu Balls!!! Ada jugak keropok bawang warna-warni. Saya goreng sekali. Abis...!!!




Laksa Penang, Ubikayu Dan Bingka



Hari Selasa minggu lepas punya menu ni! Adui...baru sekarang nak cerita ke?? Tak apa la...walaupun dan menjadi 'darah daging', tetap nak tayang kat sini jugak. Hmmm...hari2 makan nasi, jemu jugak. Anak2 pun memang suka makan laksa ni terutamanya hero2 tu. Slurppp...slurppp...menghirup kuah laksa! Adik pulak sekadar makan laksa dengan telur gaul dengan kicap. Dah suruh hubby belikan ikan kembung 2 hari sebelumnya, adalah dalam 5 ekor. Saya suka gunakan ikan kembung untuk buat kuahnya tapi ada jugak orang yang suka gunakan ikan selayang dan ikan sadin. Terpulanglah kepada selera masaing2. Nak gunakan ikan jerung pun boleh!!!

Malam sebelumnya tu pulak, saya macam TERINGIN nak makan Kuih Bakar ni. Memang kegemaran saya sebab rasanya yang lemak2, lembut je dikunyah. Nak buatnya bukanlah payah mana pun. Pergi je ke dapur, masakkan semua bahan ke dalam mangkuk dan mix sekejap. Nak gunakan blender pun boleh! Lepas tu panaskan loyang yang disapu dengan sikit mentega @ minyak @ marjerin, lepas tu tuang kan adunan dan bakar. Kalau suka bolehlah tabur bijan sebelum dibakar. Bakarlah hingga garing ke, hangus ke...terpulang kepada selera masing2. Saya suka yang garing2 gitu!




Ari tu, Kak Intan "menunjuk2kan" hasil2 yang dibawa balik dari kampung. Diantarnya ialah ubikayu. Lepas tu saya pun sibuk jugak mencari ubikayu. Saya beli ubikayu ni masa pergi Econsave membeli barang dapur ari tu. Saya beli tak banyak pun, sekadar 3 ketul jer. Itu yang saya goreng seketul pada sebelah petang tu. Sekadar goreng kunyit aje....potong2 ubikayu tu, gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Siap!


Cream Puff Jagung



Permintaan Adik bila dia nampak gambar ni masa tengok belek2 gambar kat komputer. Saya memang ada kumpul beberapa resepi cream puff ni. Kali ini saya gunakan resepi Zaliana. Saya mbil resepi ni dari MyResipi. Pernah juga buat cream puff ni gunakan resepi Yani, juga dari MyResipi. Kalau buat puff ni, memang tak cukup2 sebab anak2 suka makan. Nasib baik sempat simpan sikit untuk hubby, kalau tidak tentu hubby tak merasa puff ni. Dah habis dimakan, Adik siap tanya lagi samada ada lagi ataupun tidak. Kesian Adik! Tak cukup le tu...! Intinya saya masukkan ke dalam piping bag sebelum dipicitkan ke dalam puff tu. Jadinya, anak2 teruna saya tu masing2 berebut nak picitkan. Selalu tu saya gunakan sudu kecil je. Guna piping bag lagi senang... Errr....ini sebenarnya adalah juadah minum petang kami minggu lepas. Dah tinggal kenangan jer...!



Tuesday, December 1, 2009

Ngeteh Di Petang Ahad

Hari Ahad lepas Ayong ada latihan pancaragam lagi. Sebenarnya latihan tu dalam 3 hari bermula dari Sabtu hingga Isnin, dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Ahad lepas hubby kena pergi kerja sebab ada machine problem dan boss hubby pulak suruh dia compile report investment for next year. Chairman is coming on 2nd December so they have to present that report.

Hubby balik dalam pukul 3:00 petang. Mula2 kami rancang nak pergi ke majlis perkahwinan rakan sekerja hubby di Pagoh. Kedua2 mempelai adalah kakitangan tempat kerja hubby, pengantin perempuan di HR Department manakala pengantin lelaki pulak kat GA (General Affair) Department. Mintak maaflah pada kedua2 pengantin (Nurul dan Farissan) sebab tak dapat nak menghadiri majlis tersebut.

Semasa hubby nak pergi jemput Ayong, kami semua ikut sekali. Alang2 dah semua ada, saya ajak hubby gi minum kat mana2. Mula2 hubby pusing di Taman Mawar tapi kedai yang dia target tu tutup pulak. Then kami menghala ke Taman Bukit Dahlia pulak. Kat situ ada sebuah restoran tapi saya ingat2 lupa pulak namanya. Kalau tak silap, Restoran Tirmizi....kalau tak silaplah! Kami singgah kat situ....kali pertama ke situ. Masing2 mengorder roti canai dan teh tarik. Adik dan Abang Yang order roti telur dan  yang lain2 sekadar roti kosong TAPI 2 keping sorang!!!!



Roti kosong saya punya...!



Teh tarik...



Roti telur Adik punya...!



Ayong, Abang Yang dan Abang Ngah kat meja sebelah...



Portion hubby dah abis...!



Adik...!