Monday, August 10, 2009

Cerita Gula

Sekarang ni kita sedang menghadapi krisis gula. Di mana2 saja memang susah nak dapatkan gulu. Macam cerita Kak Ina KL ari tu, cuma dapat sekilo je. Kat sini pun sama...ada kedai yang dapat beli sekilo, ada kedai yang dapat beli 2 kilo. Sama juga dengan FIL saya kat Muar. Semalam (Ahad), FIL buat kenduri tahlil dan sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi. BIL bagi SMS pada hubby mengatakan FIL tak dapat cari gula kat sana. Dalam banyak2 kedai di Parit Jawa tu, FIL cuma dapat beli sekilo aje. Then hubby dan Abang Ngah pun "beroperasi" pada malam Jumaat lepas. Mereka pergi ke setiap kedai di sekitar Pasir Gudang. Hubby dan Abang Ngah membeli gula secara berasingan. Mula2 mereka ke Jiason baru, dapat 2 kilo setiap orang. Di Jiason lama pun sama juga, 2 kilo seorang. Dah 8 kilo. Then mereke ke Teso dan Econsave pula. Total dapat le 22 kilo gula. Alhamdulillah. Yang itu khas untuk FIL sahaja.

Pada hari Jumaat lepas, selepas hubby dan hero2 (kecuali Adik yang bersekolah) ke masjid untuk solat Jumaat, saya dan Ayong pulak "beroperasi". Macam hubby buat pada malam sebelumnya...kami pergi ke setiap kedai runcit, pasaraya dan hypermarket semata2 unutk mencari gula. Segala usaha dan susah payah kami berbaloi sebab saya, Ayong dan Adik berjaya mengumpulkan 44 kilo gula. Sebahagiannya kami bawa balik ke rumah FIL dan sebahagiannya kami simpan untuk kegunaan sendiri. Lagipun sekarang ni saya banyak menggunakan gula untuk membuat kuih2, kek, muffin dan CC...
Balik aje dari opearsi, saya mula bersin2 tak berhenti2...hmmmm...dah kena selesema. Selepas saya makan ubat selesema, saya pun mengucapkan "selamat malam" kepada anak2 dan hubby. Lena hingga ke pagi...penangan ubat selesema tersebut.... Bangun pagi, selesema pun hilang!!!


Inilah hasil "terjah" kami ke setiap kedai, pasaraya dan hypermarket hari Jumaat lepas... berbaloi...!

Ringkas Aje...


Ini adalah menu makan malam kami pada hari Khamis lepas (06/08/2009). Udang Pepper, Bawal Goreng, Salad Segar dan Sirap Limau. Since hubby dan Abang Ngah tak makan udang, kenyang Ayong, Abang Yang dan Adik.

Wednesday, August 5, 2009

Kek Cokelat Lembab



Kek Cokelat Lembab dari resepi Sifu Nina dan cara2 menghias kek diambil dari buku Seni Hiasan Kek oleh Chef Norzailina. Pertama kali saya menghias kek cokelat. Kek tu dipotong secara mendatar untuk dapatkan 2 kepingan. Diantara kepingan kek tersebut, disapu dengan Truffle. Kemudian disalut dan diglis dengan glis cokelat. Lebihan truffle tu pulak, dipaipkan di atas dan di tepi kek. Ikutkan buku tu, di bahagian bawah keliling kek itu ditabur dengan manik warna-warni, kat atas kek tu pulak ditabur dengan parutan cokelat putih dan dihias dengan cokelat berbentuk hati. Tapi saya buat yang ringkas aje...nak menghabiskan baki truffle yang ada...





Kek Cokelat

Sekarang ni saya tengah mencuba untuk memasak beberapa jenis Kek Cokelat Lembab (Chocolate Moist Cake). Tujuannya untuk mencari yang mana satu resepi yang betul2 berkenan dihati. Dan awal2 pagi tadi lagi saya dah mula mem"baking". Hari ni saya buat kek cokelat moist dengan menggunakan resepi yang saya cedok dari rumah Nina...sifu segala kek tu! Saya gunakan loyang bulat 9" dengan ketinggian 2". Bila dah separuh masak, adunannya mula membuak2 terkeluar dari loyang. Kelam-kabut kejap nak menadah dengan loyang lain. Akhirnya saya keluarkan kek tu dan tuangkan adunan yang masih cair tu ke dalam loyang yang lain. Dapat 2 biji kek yang berlainan saiz...satu kecik dan satu besar. Tapi yang kecik tu tak dapat nak dikeluarkan bulat2 sebab masa tuang adunan tu tak sempat nak melenser loyang tu dulu. Tak apa...janji boleh dimakan. Sebelum 12 tengahari, siap 2 biji kek tu.

Petang tadi pulak, saya membancuh aising mentega menggunakan resepi dari buku Seni Hiasan Kek oleh Chef Norzailina. Dalam buku tu pulak ada cara2 untuk menghias kek cokelat. Saya nak cuba ikut cara yang ini....!!!



Inilah kek cokelat lembab tu...tak dipotong sebab nak dihias...! Tungguuuuu...!!!


Mempelam sebagai pencuci mulut...jiran yang bagi!


Rendang Ayam Perak...makan nasi bertambah sebab sedap gaul nasi panas2 dengan kelapanya..


Tuesday, August 4, 2009

Makan Malam

Layan jer gambar dinner malam tadi... Goreng2 jer...bersama Air Sirap Bandung. Nyaman!



Monday, August 3, 2009

Muffin dan Apam Mekar

Hari Isnin...bermulanya minggu baru lagi! Biasalah...permulaan minggu mesti sibuk dari hari2 biasa. Sarapan pagi tadi saya cuma sediakan nasi goreng simple bersama teh-o aje. Hubby lak puasa setiap Isnin dan Khamis, so hubby tak sarapan tadi. Lepas hubby gi kerja, saya meneruskan kerja2 harian...membasuh, menyidai, menyapu, mengemop. Lepas tu mengadap Adik kejap sebab kerja sekolah dia ada yang belum siap...alif, ba, ta tak siap lagi. Sikit aje... Lepas Adik ke sekolah, saya menggosok baju2 sekolah dan baju2 kerja hubby. Tup...tup...dah 12:00 tengahari. Anak2 semua dah ke sekolah, tinggallah saya sorang2.

Lepas tu saya buatkan muffin yang Ayong mintak. Muffin cokelat chip, oren dan blueberry. Sepatutnya dia bawak pagi tadi tapi semalam tak sempat nak buat muffin sebab saya gi kelas membuat cokelat. Lepas tu pulak, hubby bersama Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang pergi ke TGVC di Jusco Tebrau City...menonton Harry Potter. Melayankan permintaan Ayong sejak minggu lepas lagi... Tinggal saya dan Adik kat rumah. Saya pun layan le Adik yang nak tengok CD Monster House. Entah dah berapa kali dia tengok cerita tu...tak puas2!

3:30 petang Adik balik dari sekolah. Lepas tu pergi jemput Ayong kat sekolah sebab dia ada study group selepas waktu persekolahan tadi. Selepas Asar, saya membuat Apam Mekar pulak. Semasa saya sibuk di dapur, Adik tertidur di depan tv dengan buku Bacalah Anakku 7 berada dalam dakapan.

Untuk makan malam, saya cuma gorengkan ikan selayang dan Ayam Goreng Rempah bersama sup sayur. Hubby balik agak lewat, sempat meneguk air kosong aje di dalam kereta untuk berbuka puasa. Sampai rumah barulah makan seadanya....


Muffin blueberry mini dan apam mekar...


Lagi apam mekarku...

Selain memasak, saya juga sempat menggubah 2 jambangan bunga ini. Simple jer.... OK tak??



Kasut Raya!

Perhatian semua!!!! Sempena hari raya yang akan menjelang tak lama lagi (puasa pun belum....!), disini saya nak ambil kesempatan untuk menjual dan melelong kasut raya special dan limited edition keluaran 64SEL10 (pengeluar terbaru di dunia)!! Tawaran hanya sah sehingga 6hb Ogos sahaja!! Cepat...cepat!!!! Kasut ini hanya dikeluarkan sepasang sahaja!!! Pembeli yang menawarkan harga tertinggi sahaja yang akan berjaya mendapatkan kasut ini!!! Cepat...cepat!!!!






Aduiiiii....!!! Inilah kasut kertas hasil kerastangan Abang Yang. Khamis lepas dia ada subjek PS (Pendidikan Seni). Mintak bawak kad manila, gunting dan gam. Balik2 aje, dia bawak sebelah kasut ni...sempat siap sebelah aje masa kat sekolah. Malam tu dia siapkan sebelah lagi. Tapi saya pun tak pasti samada kasut ni untuk lelaki ataupun perempuan. Ikutkan design...macam kasut perempuan sebab ada tali2 gitu. Tapi kalau ikutkan gambar pulak...macam kasut lelaki sebab tak kan le perempuan nak pakai kasut yang ada gambar Transformer! Apa-apa ajelah!!!!

Sunday, August 2, 2009

Kelas Cokelat

Pagi tadi saya telah menghadiri kelas membuat coleklat yang diadakan oleh Cikgu Nina kat rumahnya. Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar saja, saya dan Lia. Kelas sepatutnya bermula jam 10:00 pagi tapi sebab Cikgu pergi cari barng2 kat kedai, kelas dimulakan agak lewat sikit. Sementara tunggu Cikgu balik dari kedai, saya pun berbual2 dengan Lia, pertama kali kami bersua muka tapi berborak macam dah kenal lama. Lia merupakan ibu kepada 3 orang anak yang berusia antara 5 dan 1 tahun...seorang puteri dan 2 orang putera.

Saya tak perasan pukul berapa kelas kami bermula. Bukan tak ada jam tapi tak tengok jam. Tak lama selepas itu pulak, Cikgu Nina menerima kunjungan tetamu seramai 10 orang yang merupakan pelajar2 dari Kursus Kejuruteraan, UTM Skudai. Mereka nak menemuramah Nina sebagai seorang usahawan kecil - salah satu assignment mereka. Ingatkan students Engineering pun kena belajar memasak!!!


Peralatan penting dalam pembuatan cokelat "hand-made" ini ialah "warmer" tu (yang 2 biji tu...) yang digunakan untuk mencairkan cokelat. 3 orang anak dara tu ialah students UTM tersebut. Yang berbaju oren dan purple tu ialah orang Perak...Taiping dan Tg. Rambutan. Jumpa pulak orang "sekampung" kat sini....



Inilah diantara proses2 membuat dan menempa cokelat dengan mould yg berbeza2.....



Hasil usaha kami tadi....


Yang ni dah dipacking cantik2...Siapa nak beli??? Murah...murah.... !




Puding Roti Marble


Aduiiiii!! Jauh bezanya dengan sifu Hana punya. Entah ke mana marblenya pergi... Tapi rasanya memang sedap! Puding ni pertama kali saya buat. Masa dah masukkan campuran roti yang telah dikisar tu, saya terleka sikit hingga adunan mendidih. Jadinya campuran tu dah pecah2...dah jadi macam Agar2 Santan pulak. Saya cuba marblekan juga tapi itulah hasilnya. Puding tu saya buat untuk dibawa ke rumah Kak Normah masa majlis yassin dan doa selamat semalam (Sabtu malam Ahad). Tapi kengkawan yang sama2 menolong waktu petang tu bertanya macam mana saya boleh buat "design" cam gitu walaupun sebenarnya puding tu versi "tak berapa jadi". Lepas ni nanti nak cuba lagi hingga jadi marble yang cantik. Kalah Hana punya!!!

Cuppies Design Terbaru


Haaa...ini cuppies dengan design terbaru di dunia. Tak ada siapa yang boleh buat design macam ni termasuklah taukeh2 cuppies! Macamana boleh buat cam gini ya?? Ada cerita disebaliknya tapi tunggulah...lain kali saya cerita! Atau ada sesiapa yang nak meneka?