Wednesday, February 4, 2009

Taugeh Celur Che' Iza

Adusshhhh...sedap lak tengok Taugeh Celur Che' Iza ni. Tak leh tahan....! Pesan ngan hubby belikan taugeh dan daun bawang/sup dalam perjalanan balik dari kerja semalam. Kat rumah, saya dah sediakan sosnya. Air pun dah saya didihkan dalam periuk kecil. Sampai je taugeh nanti boleh terus dicelurkan. Celur pun tak lama...kejap je. Sebab nak mengekalkan kerangupannya. Memang sedap.... Since hubby dan saya tak makan nasi (actually makan separuh senduk jer...bukan tak makan langsung..!), so kamilah yang menghabiskan taugeh tu. Hubby kata lebih sedap kalau tabur kacang tumbuk sikit. Hmm...good idea! Lepas ni leh tabur kacang pulak.



Tea-Time Semalam...

Rasanya tea time semalamlah yang paling banyak pilihan makanan. Macam2 yang saya masak dan saya sendiri pun tak tau kenapa... Kenapa semalam saya terlebih energy untuk menyediakan semua tu... Masih menjadi tanda tanya. Hubby pun terkejut jugak tengok makanan kat atas meja tu! "Wow, banyaknya!!!", satu ayat terpacul dari mulut hubby semalam. Mmmm.. memang saya masak untuk hubby dan anak2!!! Ada Pengat Pisang Jagung, Kek Marie Koko, Kuih Lapis Serikaya Choc, Maruku, Kurma dan Butter Cookies. Maruku, kurma dan cookies tu hubby yang beli masa bawak Abang Yang gi klinik kelmarin.


Pengat Pisang dan Jagung...



Kuih Lapis Serikaya Choc...



Kek Biskut Marie Koko...


Maruku...


Kurma dan Butter Cookies...(yang ni beli yer...!)

Tuesday, February 3, 2009

Gatal-gatal...

Malam tadi selepas dinner, hubby bawak Abang Yang pergi ke klinik sebab badan dia gatal2. Kaki dan tangannya macam ditumbuhi ruam2 halus tu. Sama juga dengan Abang Ngah dan Ayong tapi tak le seteruk Abang Yang. Dah tu gatal pulak tu. Kalau dah gatal tu memang sedap sangat kalau menggaru. Menggaru sampai tak sedar habis luka2 dan mengelupas kulit kakinya. Doktor pun tak dapat nak kata apa penyakit sebenarnya. Cuma doktor kata mungkin alergi.... Hmmm...dapat le ubat elergi dan ubat gatal....

Pagi tadi saya cuma buat Sandwich Telur ni sebagai sarapan. Satu buku roti slice yang panjang tu tak cukup. Abang Yang siap bawak bekal ke sekolah agama. Adik pulak memang suka sangat especially sebab ada telur. Memang hantu telur Adik ni... Terpaksa simpan sikit untuk Abang Ngah, kalau tak...tak sempat le Abang Ngah nak menjamah!


Sandwich Telur...


Dan macam kata Fiza Nordin, kalau time rajin tu duduk kat dapur sepanjang hari pun tak apa. Sekarang ni time saya tengah rajin ni, tu yang menjadi pulak Kuih Lapis Serikaya Choc ni. Bukan setakat ini saja....!!! Saya juga sempat masak Kari Ayam untuk makan tengahari anak2 sebelum ke sekolah dan jugak Kek Marie Koko... Kenapa ya rajin sangat hari ni??? Kek Marie Koko tak leh nak potong lagi sebab belum cukup sejuk. Adik asyik bertanya aje sebelum ke sekolah tadi samada kek tu sejuk ke belum....dia nak bawak gi sekolah. Tak sempat la Adik...tunggu balik sekolah nanti baru boleh makan!!




Pengganti Sotong Percik

Tengahari semalam kan ker saya masak Sotong Percik. Tapi saya sendiri pun tak sempat nak rasa sotong tu sebab anak2 bawak bekal nasi dan sotong tu ke sekolah. Tinggal le sambalnya ajer... Untuk makan malam pulak, saya gantikan sotong tu dengan udang pulak. Tapi sambal tu pedas sikit, tentu Adik kepedasan nanti. So, untuk Adik, saya gorengkan saja udang tu...ada la dalam 6 ekor untuk Adik. Sambal percik tu pulak saya tambah gula dan cili sos sikit untuk mengurangkan rasa pedasnya. Dan ada jugak sayur goreng. Malam tadi pun hubby tak makan nasi gak, dia cuma makan sayur dan udang seekor. On diettt......! (psssttt....saya pun sama sebenonye...!). Jom layan menu dinner semalam.....


Sotong Percik...


Udang Goreng Kunyit...

Sayur Goreng Simple...


Monday, February 2, 2009

Makan Apa Hari Ini??

Makan...makan...makan!!!! Tak ada benda lain ker? Apa2 pun meh tengok apa yang saya masak dan nak masak ari ni.

Ini pisang tanduk yang saya beli kat Pasar Tani hari Sabtu lepas. Masa beli hari tu, kulitnya memang hijau sesangat. Pagi tadi bukak, dah kuning dah. Cantekkkkk....petang ni boleh goreng pisang tanduk pulak.

Pisang tanduk yang tembam...


Yang ini jus epal hijau dan celery lagi. Kali ini saya tak tapis, minum sekali dengan serat2nya. Dan yang ini jugak tak sempat nak "lebam" sebab lepas blend jer saya terus minum. Mmmmm... sedapnya!!!

Dan untuk bekal Abang Ngah dan Abang Yang tengahari tadi, saya masak nasi putih dan sotong percik ni. Sebenarnya resepi ini ialah resepi Sotong Percik Ramadhan tapi disebabkan sekarang ni bukannya bulan Ramadhan, so saya buangkan Ramadhan dari namanya... Saya cuma bakar 3 ekor sotong jer tapi sambal perciknya saya buat lebih. Boleh ler tambah dengan udang ker, ayam ker...


Adik pergi sekolah tadi bawak bekal Apam Mentega. Buat lagi untuk sarapan pagi tadi...

Mommy Otai Bagi Award....!





3 award sekali harung....!! Terima kasih bebanyak pada Farah....

Sunday, February 1, 2009

Pembasuh Mulut


Sebenarnya ini ialah pembasuh mulut semalam... Puding Karamel Tanpa Telur. Boleh tahan rasanya, sedap di makan sejuk2.


Ketam Lagi....

Seperti yang dijanjikan, tengahari tadi saya masak ketam lagi untuk lunch. Anak2 yang paling seronok bila abahnya kata nak masak ketam. Memang masing2 penggemar ketam dan seafood yang lain. Ketam yang kami beli semalam cuma ada 6 ekor saja. Ikutkan kuantiti ketam dengan bilangan ahli keluarga, sorang cuma boleh makan seekor saja. Sebab ketam tu dipotong dua, dapat le dua kerat sorang (banyak sikit bunyinya....). Sebenarnya, lepas beli je ketam tu semalam, terus masuk petiais tanpa dibersihkan dulu. Pagi tadi baru hubby bersihkan. Dan pagi tadi jugak hubby dah belikan blender yang baru. Tak mahal pun, cuma RM19.90.



Yang kiri tu baru beli pagi tadi (RM19.90). Yang kanan dah berusia 16 tahun (kat dalam tu ialah epal hijau dan celery yang tak sempat nak dikisar malam tadi...)


Nasib baik dah ada blender baru, kalau tak jenuh jugak nak menumbuk cili untuk masak ketam sambal ni. Inilah hasilnya....


Ketam Sambal Bertelur...


Fresh Apple Celery Juice....


Kangkung dan Tauge Goreng...


Tembikai...



Makan Lagi!!!

Menu makan tenghari untuk hari Jumaat lepas : Nasi 3 Warna dan Ayam Madu BBQ.





Minum petang hari Jumaat lepas : Apam Mentega.




Sarapan pagi Sabtu : Karipap Kentang, Serimuka, Putu Piring, Tapai, Pecal

Semalam (Sabtu), lepas hantar Ayong ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang, saya dan hubby sinngah ke Pasar Tani di pusat Bandar tu. Hajat hati nak cari KRAAB lagi (ketam la...) tapi kat situ tak ada jual jenis ikan2 ni... Yang ada ialah sayur2an, kuih-muih, buah2an, dan lain2. So kami pun belilah sayur2an sikit. Saya sempat menyambar 2 biji pisang tanduk yang masih hijau (dlm 2 hari akan kekuningan kata penjual tu...) dan jugak jagung 4 tongkol. Pisang tanduk is my favourite dan jagung pulak kesukaan anak2. Hubby?? Hubby makan apa2 jer...tak kisah. Alang2 dah banyak jual kuih2 dan sarapan kat situ, kami pun belilah sedikit kuih unutk sarapan pagi Sabtu tu. Antara yang kami beli ialah RM2 karipap kentang, RM1 serimuka, RM2 putu piring, 3 bungkus tapai ubi, 3 bungkus tapai pulut dan 1 bungkus pecal. Itulah sarapan kami untuk pagi semalam.....

Makan tengahari Sabtu : Nasi Putih, Ikan Keli Sambal dan Sup Sayur.

Nak sempat lak nak snap gambar sebab masa tu kamera ada kat atas...malas nak naik ambik kamera. Tak pa la... Anak2 cukup suka dengan ikan keli sambal ni. Tapi saya pulak tak makan ikan keli ni... So saya makan sup sayur je tengahari semalam... Hubby pun tak makan nasi, makan sup gak macam saya. On diet katanya!!!


Hubby sekarang ni nak kurangkan makan nasi, nak diet katanya. Nak mengecilkan perut....!!!!! Then petang semalam saya dah hubby pergi ke KipMart untuk cari celery dan epal hijau. Masa pusing2 tu nampak la KRAAB lagi. Besar2 gak... RM18 sekilo. Beli lagi.... Esok cadang nak masak ketam sambal bertelur... Malam semalam saya pun nak mencuba minuman jus celery + epal hijau. Saya pun potong2 la epal dan celery tu, masukkan ke dalam blender. Masa nak blend tu, tetiba aje belnder tu buat hal. Pemutar kat bahagian bawah blender tu tercabut... Alamak!!! Camana nak kisar celery + epal tu??? Tapi kan, blender tu pun dah tua sangat.... dah 16 tahun umurnya. Ya lah...dapat hadiah perkahwinan dari rakan2 sekerja!!! Dah lama blender tu berjasa.


Sarapan hari ini (Ahad) : Nasi Goreng Simple dan Jemput2 Jagung Bercili.

Semalam ada beli jagung kat Pasar Tani. So pagi ni buat Jemput2 Jagung Bercili sebagai sarapan. Cili terpaksa ditumbuk secara manual sebab blender dah rosak malam tadi. Tak apa la...exercise sikit! Siap goreng jemput2, goreng nasi pulak. Nasi semalam ada balance, then saya gorengkan aje.


Nasi Goreng Simple...


Jemput2 Jagung Bercili...



Tengahari ini saya nak masak Ketam Sambal Bertelur dan Masak Lemak Pucuk Ubi... Hubby dah gi beli blender baru so tak payah le nak bersusah payah menumbuk cili nanti. Tunggu ye...nanti saya post kan entry utuk lunch hari ni. Sekarang nak gi masak untuk lunch pulak...

Hasil Tanaman

Saja nak show off sikit hasil tanaman saya.


Cili ni unik sikit sebab mula2 berbuah cili ni berwarna dark purple campur hijau sikit2. Then bertukar ke kuning kehijauan sebelum sertukar lagi ke warna merah.... Dah masak ler tu...!



Ini pulak bunga2 yang ada kat depan tu. Ini sebahagian jer... Yang banyak ialah bunga kertas... Sekarang tengah banyak berbunga.