Sunday, January 11, 2009

Keropok dan Koir

Apakah kaitan antara keropok dan koir???

1. Dua2 bermula dengan huruf "K"
2. Disebabkan koir la tengahari tadi makan keropok ajer... ada ka patut??
3. Disebabkan koir jugalah, terbelinya keropok ni (yg mentah le...)



Sebenarnya esok ada mesyuarat PIBG kat SMKPG1. Ayong dipilih untuk menyertai kumpulan koir yang akan buat persembahan esok. Cikgu incharge Kelab Kebudayaan, Muzik dan Koir tu pilih budak2 yang menyertai kelab pancaragam untuk dijadikan kump koir. Ni disebabkan kesuntukan masa utk berlatih. Dan hari Isnin lepas Ayong bawak balik kain untuk dibuat baju kurung untuk dipakai masa koir nanti. Cikgu suruh buat sendiri... Tapi kan, kainnya jenis yang murah tu...yang kalau kita tarik kain tu, mesti pecah. Dah le licin kainnya, baju dan kain warna lain2. Ngam2 2m setiap kaler...peach untuk kain dan purple untuk baju.

Untuk Ayong, saya jahit sendiri sebab saya memang "terror" menjahit. Ada jugak kawan dia yang hantar kat tailor, upah buatnya RM47. Rasanya harga kain tu tak sampaipun RM30 kot. Semalam (Jumaat) baru saya gunting dan hantar jahit tepi. Jahit tepi jer dah kena RM2.50. Then petang tadi, lepas hantar Ayong gi latihan koir kat sekolah, baru saya mula menjahit. Buat kain dulu sebab senang jer... Malam baju jahit baju pulak.


Inilah baju kurung yang dah siap dijahit dan digosok.

Ini pulak dengan kainnya yang berwarna peach...

Ayong tak cuba lagipun, dia dah tidur. Penat agaknya...5:30pm tadi baru abis latihan. Start pukul 2pm...

Saturday, January 10, 2009

Dinner Tonite

Lauk2 lunch tadi dah abis, tak sempat tunggu dinner. Petang tadi rasa M pulak nak pegang periuk kuali. Hubby balik jer, bagi tau kat dia yang saya M nak masak utk dinner. Dia kata makan apa yang ada jer la... Masalahnya, nasi putih pun abissss...licin periuk! Then Ayong bagi cadangan buat nasi goreng yang ada cheese kat atasnya tu cam kat Pizza Hut tu. Suruh dia masak nasi, M jugak...! Akhirnya hubby angkat kaki ke dapur....masak nasi. Alhamdulillah!.

Selesai solat Maghrib, hubby turun semula. Masa tu saya tengah bersiram lagi... Ingatkan hubby wat apa. Bila saya nyusul turun nengok hubby masak nasi goreng seafood. Saya tengok stok cheese, yang tinggal cuma chesdale chedar cheese yang sekeping2 4 segi tepat tu ajer. Cheese ni biasanya dimakan dengan roti, buat sandwich. Since tak ada pilihan, cheese tu yang jadi mangsa.


Ini nasi goreng seafood yang dah dimasukkan ke dalam mangkuk.

Cheese tu saya mayang halus...macam halia pulak!

Then tabur atas nasi goreng dalam mangkuk tadi.

Ini yang dah dibakar. Terlebih bakar le pulak....!


Tinggal separuh dah...!


Licin!!!!

Lain kali boleh buat lagi tapi kena cari cheese dulu la....

Friday, January 9, 2009

Sekolah dan Makan-makan...

Dah lama saya nak membuat Cinnamon Roll ni tapi baru semalam berkesempatan. Itupun dah malam baru dapat bakar. Tapi saya tak buat pun toppingnya, cuma lebihkan gula perang sikit. So terasa le kemanisannya. Baru anak2 suka...!



Siang tadi saya memasak lebih awal dari biasa. Sekarang ni, sejak anak2 dah mula sekolah, 5:30 pagi dah bangun. Terus siapkan sarapan sebab van Ayong datang dalam 6:20 pagi. So kena cepat2 le. Dalam masa yang sama, masukkan kain-baju ke dalam mesin basuh dan biarkan mesin tu yang buat kerja dia. Tak perlu diganggu.....hehehe. Lepas tu baru le saya menyiapkan diri dan solat Subuh. Sempat le sebelum Ayong pergi sekolah. 6:30 pagi baru kejutkan Abang Yang (Tahun 4) untuk ke sekolah agama. Sekolah agama bermula 7:15 pagi, van datang dalam 6:55 ~ 7:00 pagi. Kalau sempat dia akan sarapan dulu. Lepas dia pergi barulah hubby dan saya pulak bersarapan. Abang Ngah (Form 1) sekolah sebelah petang. Lepas Subuh dia sambung tidur lagi...kadang2...!

Untuk lunch tadi saya masak Lemak Kacang & Kerang dan jugak Ayam Goreng Kari Rangup. Then ada buah tembikai susu sebagai pencuci mulut. Tengahari hubby balik sebab nak gi sembahyang Jumaat. Abang Ngah dan Abang Yang terus ke sekolah selepas balik dari sembahyang Jumaat. Masa nak gi sembahyang Jumaat tu, dema dah siap pakai baju sekolah dan bawak beg sekali. Abang Ngah bawak bekal nasi dan ayam goreng tu. Abang Yang tak nak bawak bekal pulak.







Tengahari tadi, masa Ayong balik dari sekolah, 2 orang kawannya ikut sekali turun dari van sekolah tu. Pakcik van tu pun heran, kenapa pulak si Basyi dan Nabil tu turun ikut Ayong? Petang tadi mereka ada latihan pancaragam kat stadium. Mula pukul 2 petang. Basyirah dan Nabila kalau balik rumah puntak ada sesiapa sebab emak abah dema kerja. Sebab itu mereka ikut Ayong. Since Adik tak ada kat rumah, tentu Basyi rasa lega sikit sebab Adik suka sangat dengan si Basyirah ni.

Lepas hubby gi sembahyang, barulah dema turun-naik. Lepas mandi dan bersiap2, baru dema makan. Tak le segan sangan dema sebab hubby tak ada.... Then 1:50 pm baru gi hantar mereka ke stadium. Habisnya pukul 5:30 petang.....

Thursday, January 8, 2009

Ikan Bakar

Ikan Bakar untuk lunch ari ni. Abang Ngah mintak buatkan ikan bakar ni. Ingatkan dia nak bawak bekal ke sekolah tapi tak nak pulak. Saya buat 7 ekor ikan kembung yang sedang2. 3 ekor dah bakar, yang lain dah siap bungkus. Petang nanti baru bakar untuk dinner malam ni.



Daun kunyit dan daun limau purut saya petik dari "kebun" saya kat depan tu...hehehe...
Pokok kunyit dan pokok kari...

Pokok limau purut...

Taman cum Kebun Ku...

Kat depan rumah tu ada tanah sekangkang belalang. Itulah jadi taman dan jugak kebun. Berkebun pun setakat dalam pasu jer... Pagi semalam selepas hubby gi kerja dan Adik sibuk kat dalam rumah dengan Abang Ngah, saya pun mengerjakan taman dan kebun tu. Apa yang saya buat??? Macam dalam gambar kat bawah ni la....!! Saya menyelerakkan pasu2 tu...ada ke patut?? Sebenarnya saya merumput, menggembur, mengalih, mencantas, dan macam2 "meng" lagi!!!

Kebanyakannnya cuma bunga kertas. Bunga2 kertas ni dah berusia lebih 16 tahun. Masa saya baru2 kahwin dulu, bunga2 ni saya bawak balik dari kampung. Masa tu abang yang sulung tu kerja kat nursery bunga2, jadi banyak spesis yang cantik yang dia bagi. Walaupun dah berusia lebih 16 tahun tapi pokoknya tak ler besar mana sebab hubby dan saya rajin potong pokok ni. Lebih kurang macam bonzai lah jugak...!! Yang bestnya bila tiba time pokok ni berbunga.. Memang tak nampak daun...penuh dengan bunga je... Yang mana agak2 degil sangat nak berbunga, saya cucukkan bunga2 plastik yang lawa2 kat tangkai2nya. Lepas tu pasti dia akan berbunga....ni petua orang tua la....!


Tengoklah berseleraknya pasu2 tu...

Ada jugak pokok kunyit dan daun kari....sila abaikan lalang kat sebelah pagar tu yek! Tu kawasan orang bujang....


Berkebun setakat jam 10 pagi jer sebab lepas tu kena prepare bekal untuk Adik pulak. Adik pergi sekolah dalam 10:30 pagi. Biasanya bekalan Adik simple2 jer....nugget ke, roti canai ngan gula ke, roti telur ke, sandwich ke. Tak nak bekalkan yang berat2 sebab rehatnya cuma 20 minit, tak sempat nak makan pulak nanti. Selalu tu pun ada aja balance yang dibawanya balik. Masa dia tengah demam hari tu, hubby suruh dia minum air badak sebab panas dalam. Dah tu pergi sekolah pun dia bawak bekal air badak. Air oren pun ada juga saya bekalkan. Alasannya, kalau Adik batuk nanti Adik minum la air badak!!! Mana2 lah Adik oiiiii....!!

Lepas siap bekalan Adik semalam, saya teringat resepi Kak Fida kat Myesipi...Kentang Bakar Berkeju. Saya memang suka kentang. Dalam stok masih ada 4 ketul kentang yang agak besar gak. So saya rebus 3 biji. Ikut resepi Kak Fida tu, isi kentang tu kita korek dan baki kulitnya kita akan isi semula dengan isi yang dah diadun nanti. Tapi saya kupas terus kulitnya dan lecekkan, kemudian campurkan dengan bahan2 lain. Lepas tu saya gunakan foil untuk dijadikan "mangkuk" untuk membakar. Ikut kreatif sendiri la nak buat mangkuk tu...! Inilah hasilnya....nak cuba? Resepinya ada kat sini.

Dapat 4 bekas jer...saya ngap 2...!

Adik Ke Sekolah

Cerita Adik ke sekolah lagi! Tengah excited ni sebab Adik sendiri excited dengan sekolah dia. Hari2 bercerita dan bercakap pasal sekolah. Orang sekolah sekadar 5 hari seminggu, itupun waktu siang je. Dia kalau boleh nak sekolah pagi, petang, siang, malam, then 7 hari seminggu. Malam2 pun cakap nak gi sekolah....! Apatah lagi Sabtu dan Ahad. Almost setiap malam dialog ini akan keluar :
"Mak, gelap2 ni cikgu ada kat sekolah ke?. Adik nak pergi sekolah".
"Malam2 ni mana ada cikgu kat sekolah. Cikgu dah balik rumah dia".
"Nanti siang2 cikgu ada kat sekolah ya mak?".
"Ya, cikgu tunggu Adik datang".


Adik dah pandai pakai stokin sendiri...

Ready dah tunggu van datang kat luar....

Sempat bagi satu pose istimewa....

Ada pulak cerita kartun kat tv #OKTO. Nengok je dari luar sliding door....
Sebenarnya Adik tak sihat sejak Isnin ari tu lagi. Badannya "dedo" (pronouce "the door" - cakap orang Perak ni...) sikit dan matanya nampak bertaik je walaupun tak banyak. Nasib baik hari Isnin tu Pintar Bistari tak sekolah sebab pentadbiran sekolah bagi peluang pada guru2 untuk hantar anak2 ke sekolah...hari pertama sekolah la katakan!! Tapi hari Selasa tu dia pergi sekolah jugak. Masa balik dari sekolah tu, kesian tengok mata dia, dah berjeghait dengan taik mata dan badannya panas. SMS hubby suruh balik awal, nak bawak Adik ke klinik. Petang tu terus bawak Adik gi klinik. Dapat ubat cair 4 jenis dan jugak ubat sakit mata. Lepas dinner terus makan ubat. Nasib baik dia memang senang makan ubat. Tak perlu pegang kaki dan tangan. Dia yang suap sendiri ubat2 tu. TAPI tang ubat mata ni ada masalah sikit.... Memang dia tak pernah guna ubat mata sebelum ni. Bila cakap je nak bubuh ubat mata, dia pun terus baring dan pejamkan matanya kuat2. Lepas tu dia kata mata Adik sakit dan tekup kedua2 belah tangan kat mata. Tak nak letak ubat le tu... Macamana nak letak ubat cam gitu? Haa.... ugut je dia sikit. "Esok nak gi sekolah tak? Kalau nak bubuh ubat mata dulu. Nanti mata Adik sakit, cikgu tak bagi pergi sekolah". Laju je dia bukak matanya....!! Adik....Adik....!!!


Makan2 Ahad

Saja nak tayang menu lunch hari Ahad lepas. Tak ada yang special pun. Cuma lauk kampung orang kata.... Yang special tak ada tapi yang menyelerakan adalah...hehehe! Tak lain tak bukan ialah Masak Lemak Pucuk Ubi. Memang sangat digemari oleh anak2. Nasi dalam pinggan dah abis tapi pucuk ubi ni masih banyak dalam pinggan...dema makan gitu jer.... Pucuk ubi tu bawak balik dari kampung ari tu. Baru Ahad lepas berkesempatan nak masaknya. Bawak balik satu beg plastik besar. Sekali masak je, itupun tak cukup. Saya tak pernah pun beli pucuk ubi kat pasar2 kat sini sebab bukannya dapat pucuk ubi tapi dapat daun ubi. Bagi makan ikan kat kolam boleh le.... Ikan dalam kolam tak ada la pulak, ikan dalam akuarium ada la. Boleh ke ikan2 tu makan pucuk ubi??? Issshhhh...merepek jer...

Inilah masakan yang menyelerakan familyku...

Antara menu2 lain yang ada - ikan masak sambal, betik, nasi putih, tumis sayur simple dan ikan tenggiri goreng.

Dinner kena masak yang lain sebab lauk2 lunch dah abis. Selalunya lunch tu masak banayk2 sebab dinner nanti tak payah le nak susah2 masak lagi. But not last Sunday.... penat tapi happy sebab apa yang dihidangkan semuanya langsai....!


Wednesday, January 7, 2009

Birthday Abang Yang (Azrai)

Dah 7hb hari ni baru nak cerita pasal birthday Abang Yang pada hari Sabtu lepas (3hb January 2009). Sabtu lepas genap umur Abang Yang 10 tahun. Dah masuk Tahun 4 sekolah kebangsaan. Cadang nak buat birthday cake sendiri sebab ari tu dah belajar dengan Nina cam mana nak hiaskan kek tu tapi sebab sibuk berlari ke sana dan kesini, langsung tak berkesempatan nak buat kek tu. Last2 hubby gi beli gak kat SDS.

Tu la, pagi2 dah gi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SMKTPP) untuk daftar Abang Ngah masuk Tingkatan 1. Dah bawak borang2 pendaftaran tapi boleh tertinggal pulak Kad 001 dari sekolah rendah dulu. Berkejar hubby balik ke rumah jap ambik semua dokumen yang dapat dari sekolah kebangsaan dulu. Nasib baik sekolah dekat je ngan rumah. Lepas tu mereka dimasukkan ke dalam kelas2 sementara, tak ikut ranking. Siapa cepat dan complete dokumen yg dibawa, dapat masuk kelas yg atas. Abang Ngah sementara ni masuk kelas 1C - ni gara2 tertinggal dokumen tu la! Semasa murid2 bawak dokumen untuk register kat dalam kelas masing2, ibubapa pulak ada taklimat. Penerangan serba sedikit tentang sekolah - polisi, peraturan dan sejarah serta prestasi. Kejap aje pun.

At the same time, saya pulak gi hantar Ayong ke sekolah sebab dia ada latihan koir untuk meeting PIBG hari Ahad nanti. Sebelum tu gi jemput kawan dia dulu. Kawan dia tumpang sekali. Mama dan papa dia kerja. Tapi tak jadi masalah sebab satu perjalanan. Lepas tu ada jemputan kat rumah Kak Tum. Kenduri kahwin anak perempuannya yang no.2.

Sampai waktu petang, Abang Yang kelihatan resah jer. Asyik kata, "Macam tak meriah je hari ni...". Tapi mak dan abahnya saja2 buat don't know jer. Then lepas maghrib baru hubby gi beli kek dan KFC sikit. Tak nak beli banyak2, nanti banyak2 pulak anak2 dan emak abahnya makan!!! Tapi ada masalah sikit pada birthday cake tu. Same mistake as last year. Dah dua kali hubby TERSILAP nama birthday boy kat atas kek tu. Hubby still confuse between AYI (Abang Ngah) dan AYAI (Abang Yang). Last year dia tulis nama Ayi instead of Ayai. Same mistake happen again this year.... So untuk ambik hati Abang Yang yang terguris tu, hubby buangkan huruf "I" kat atas kek tu. Cuma tinggal "AY" jer.... Whatever la!!


Birthday boy depan kek ngan lilin sebatang...10th.

Muka monyok sebab lilinnya dah ditiup oleh Adik....

Hidangan malam birthday...

Birthday boy and birthday cake...

Jom makan2...

Tag Lagi

Dapat tag dari Cik Min. Dah lama gak tapi tak sempat nak buat. Baru hari ni dapat duduk depan PC ni dan menyudahkan tag ni. Harap Cik Min puas hati ekk...!

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

1. Next year i'm....almost 1/2 century oiiiiiii.....

2. I really want to go... Insyaallah akan sampai gak satu hari nanti!

3. My favourite place....

lepak kat bilik beradu ngan...

tengok pantai nan indah sambil dibelai hembusan bayu.... (bila nak gi ekkk?)

4. My favourite thing...
Vaio laptop (ni lah laptop aku yg kena rompak ari tu.... skrg guna pc jek..)

PDA phone (multimedia messenger)... ni pun kena rompak ari tu gak...

5. My favourite drink
sedap minum panas2....

sedap diminum sejuk2...

6. My favourite food

7. My favourite colour



8. I live in...
bukan le kat circuit pulak....
9. I was born in
zoom dekat2 kalau tak nampak...
10. My nickname i had

11) My College Major


12) My Bad Habit


kengkadang merajuk gak......ngan hubby!!
13) My Hobby


14) I Wish





Jenuh gak nak menyiapkannya. Nak bagi kat sapa pulak ni. Masa ronda2 tadi nampak dah ramai yang dapat. Tapi nak bagi gak kat dema2 ni.....
1) Lemongrass : Salam Dua Benua
2) Aie Bahri : Renung, Fikir, Tindak
3) Ummi & Papa : My Complicated Journey
4) Nina : Sweetlilly's Kitchen
5) Ustazah Azie : "A" Family

Sudi2kan ler ye....!