Thursday, December 11, 2008

Tadika Pintar Bistari

Petang tadi pergi ke Tadika Pintar Bistari Taman Mawar untuk buat pengesahan dan pengambilan keperluan tadika untuk Adik. Pergi tadi dengan Abang Yang. Dulu dia pun tadika kat sini jugak. Jumpa la jugak dia dengan cikgu lama dia, Cikgu Sue. Masa aku sampai, ramai guru2 kat situ tengah buat 'kerja sekolah' - menyediakan persediaan pengajaran untuk tahun depan. Terbang jugak le RM285 tadi. Itupun tak termasuk bayaran pendahuluan semasa mendaftar dulu - RM100.

Inilah barang2 keperluan untuk tadika Adik - buku2, pakaian seragam dan pakaian sukan.

On the way balik, singgah sekejap kat Pusat Bandar. Ayong pesan Oreo McFlurry. Aku beli Strawberry Oreo McFlurry (2), Chocolate Oreo McFlurry (2) dan Lime Sundae (1). Kat tingkat bawah, beli pulak wafer dan cup corn.


Wafer, cup corn dan McFlurry...

Then terus balik rumah. Adik tak sabar2 nak tengok buku dan baju2 dia.

Persediaan Persekolahan (1)

Dah 11hb Disember hari ini. Lebih kurang 1/2 bulan lagi sesi persekolahan untuk tahun 2009 akan bermula. Pendaftaran dan penjualan buku tulis juga dah bermula.

Pagi semalam, awal2 pagi lagi aku dah sediakan masakan untuk lunch hari ni. Aku masak rendang pedas ayam je bersama nasi putih. Lepas tu aku bersama2 dengan 3 orang hero aku tu, memulakan perjalanan dengan menuju ke Sek. Keb. Taman Pasir Putih (SKTPP) dulu. Tujuannya ialah untuk membeli buku2 tulis dan buku2 aktiviti untuk anak aku yang akan naik Tahun 4. Tapi aku tak beli pun buku2 aktiviti tu, aku beli buku2 tulis aje. Buku2 aktiviti boleh dibeli kat luar, lagipun lebih banyak pilihan. Penjualan buku2 tulis bermula pada 9hb. Disember hingga 26hb. Disember 2008 dari jam 9:00 pagi hingga 1:30 tengahari setiap hari keculai pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am. Tahun ni cuma Abang Yang aje yang bersekolah di sekolah kebangsaan. Abang Ngah dah nak naik Tingkatan 1, Ayong Tingkatan 3 dan Adik baru nak masuk tadika.

Selepas beli buku2 tulis Abang Yang, kami ke sekolah sebelah pulak - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SMKTPP). Ambik borang pendaftaran untuk Abang Ngah (Form 1). Selepas itu kami ke JPN Pusat Bandar pulak untuk mengambil MyKad untuk Abang Ngah. Tak ramai orang masa tu. Masa nak buat MyKad dulu, Ya Allah..., punyalah ramai orang berebut2 dan berpusu2 untuk mengambil nombor. Tak lama menunggu pun. Adalah dalam 10 minit kot.

Lepas tu kami ke kedai gambar pulak. Untuk pendaftaran Adik kat tadika nanti, 4 keping gambar beukuran kad pengenalan diperlukan. Tu yang singgah kat kedai gambar tu. Nasib baik Adik memang suka berposing, so senang aje cameraman tu bagi arahan. Ngikut je dia.... Then Abang Yang pulak. Kedua2 mereka ni masih ada kesan chicken pox kat muka mereka. So dalam gambar tu pun adalah jugak bitik2 hitam kelihatan. Kureng sikit ketampanan mereka.....!

Abang Ngah (biru), Adik (kuning) dan Abang Yang
Hmmm....lepas tu Adik nak makan aiskrim pulak! Singgah kat kiosk McD kat tingkat atas tu. Beli McFlurry Oreo dan Choco Top. On the way balik, singgah kat Taman Mawar kejap. Menjenguk lembu yang dah sampai kat situ untuk buat korban semalam tu. Masa sampai, Bob dan Mursyid tengah makan nasi. Kelaparan la tu.... Penat menguruskan penyembelihan dan pengangkutan lembu dari Cahaya Baru ke Taman Mawar. Cerita pasal korban kali ke2 ni dah cerita kat entry awal pagi tadi tu....

Berkorban Lagi...!!!

Semalam (sebab sekarang dah hampir 2am hari Khamis), kami berkorban lagi setelah berkorban 10 Zulhijjah ari tu. Yang tu join dengan rakan2 setaman dalam kumpulan Yassin. Yang ni pulak, hubby group dengan kawan2 sekerja dia. Aktiviti ni dah bermula sejak tahun lepas (2007). Hubby bersama 5 kengkawan dia menabung RM30 sorang sebulan. Campur tolak darab bahagi adalah dalam lebih kurang RM2520 setahun. Mana yang kurang mereka akan top-up, bergantung kepada harga pasaran sekarang. Lepas tu setiap dari mereka akan cari kat mana boleh dapat lembu yang besar, murah dan hampir dengan tempat tinggal kami (semua mereka tinggal kat area Pasir Gudang je...).

Tahun lepas mereka buat kat Simpang Renggam, kat rumah ayah salah sorang dari mereka (but not my hubby). This year my hubby dapat cari supplier yang paling hampir dengan kawasan sini. Kat Cahaya Baru. RM2600 siap sembelih.

So mereka plan untuk buat aktiviti korban tu semalam (Rabu, 12 Zulhijjah / 10 Dec 2008). Sepatutnya hubby and the gang akan bersama2 ke tempat sembelihan tu. Tapi atas sebab2 yang memang tak dapat nak dielakkan, hubby dan 3 orang lagi tak dapat menghadirkan diri. Tugas2 tu diserahkan kepada 2 orang lagi geng mereka - Bob dan Mursyid (BnM).

Kat dalam gambar bawah ni, yang baju putih tu Bob dan yang sorang lagi tu Mursyid. Merekalah yang menguruskan sembelihan sampai le ke proses melapah. Lepas disembelih, lembu tu di bawak ke rumah salah sorang dari mereka kat Taman Mawar (rumah Rosli). Kat situ le proses seterusnya dilakukan - melapah, menimbang, membahagi, menanam, memasak dan memakan....!
Mursyid dah start melapah, Bob dari tadi asyik membelek pisau je...


Mereka ini adalah tenaga kerja muda yang didatangkan khas menggantikan bapa2 mereka yang tak dapat hadir hingga ke saat proses melapah hampir siap (including my hubby)...

Inilah rupa kepala lembu yang dah ditobek pipinya...

Dalam pukul 4:00 petang, proses melapah dan menimbang hampir siap. Masa tu cuma my hubby dan tuan rumah aje lagi yang masih tak dapat menghadirkan diri. Since my hubby tak boleh nak turut serta, aku dan 2 orang anak bujang aku turut menyumbangkan tenaga bersama mereka. Tugas aku ialah menimbang dan membungkus daging. Setiap bungkusan dengan berat timbangan 1kg. Siap membungkus daging, aku membahagikan pulak organ2 dalaman seperti jantung, paru2, hati dan limpa. Merasa la aku memegang jantung lembu tu bulat2. Tapi sayang, tak de sapa nak snap gambar aku. So tak ada memori la...

At the same time, puan rumah dan 2,3 orang kaum ibu menyediakan sup tulang untuk santapan kami setelah selesai segala tugas2 nanti. Seperiuk beso...!

Masa orang tengah mengorek tanah untuk menanam kepala dan baki2 yang tidak dikehendaki, baru la hubby sampai. Sempatlah jugak dia memasukkan kepala lembu tu ke dalam lubang yang telah digali....

Masa untuk makan sup tulang!!!!

Anak2 sedang menjamu selera dengan sup tulang cicah dengan roti slice. Mereka kelaparan sebab bermain bolasepak kat depan tu tadi...

Inilah hubby and the gang (kecuali pakcik yang berkopiah tu...). Sebelah kanan pakcik tu le tuan rumah!

Since aku yang jadi jurufotonya, cuma inilah aje yang dapat aku snap. Gambar aku sendiri pun tak ada. Kesian aku!!!


Tuesday, December 9, 2008

Aktiviti Korban di Taman Pasir Putih

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung!!

Selepas mintak pendapat hubby nak masak apa pada Hari Raya Aidil Adha kali ini, inilah hasilnya!! Masak pulut kuning, gengnya rendang pedas daging. Ada jugak kek African Marble hasil resepi tulip77 @ MyResipi tapi aku gunakan strawberry emulco dan sedikit pewarna merah. Ada kek marie koko dan jugak triffle yang diisi dalam bekas kecik2. Hubby nak bagi pada orang bawahan dia yang bertugas pada hari raya ni, so aku masukkan ke dalam bekas transparent yang sedang2 tu. Adalah pulut kuning + rendang, marble cake + kurma, dan jugak triffle. Dia hantar pun selepas selesai acara korban.

Yang dalam bekas sedang2 tu lah dihantar oleh hubby untuk pekerja2 dia. Yang kat sudut kanan bawah tu pulak, bawak ke tempat sembelihan tu..

Pagi ini, awal2 pagi lagi dah hujan. Cam mana lah korban hari ni...risau jugak. Tapi korban tetap akan diadakan. Hubby dan Abang Ngah gi solat sunat Aidil Adha dalam 8:10 pagi. Masa mereka di masjid, aku kat rumah menyediakan bekalan untuk di hantar kepada pekerja2 hubby dan jugak yang akan dibawa ke tempat sembelihan nanti. Tapi disebabkan oleh hujan, aktiviti makan telah dipindahakan ke Jalan Selayang 12, ada khemah kat situ. Aku pergi pun selepas selesai kerja2 rumah mana yang patut. Si Adik menangis nak ikut tengok lembu katanya. Tapi aku tak bawak dia sebab hari hujan. Dia pulak kena cengkering, mana boleh kena air hujan. Pantang...!! Hubby tak bawak kamera sebab dia akan terlibat semasa sembelihan. Itu sebab tak sempat nak snap gambar lembu 2 ekor tu. Gambar masa sembelih pun tak ada. Masa aku sampai kat tempat sembelihan tu, mereka dah hampir siap melapah mana yang patut. Dalam hujan pulak tu...!!! Kesian pulak aku tengok. Hubby dah abis lenjun. Dia tak pakai baju hujan pun. Orang lain tu ada jugak yang pakai baju hujan. Ada 3,4 orang orang Nepal (ke Bangladesh??) yang menolong sama. Tak diundang pun, saja menyerahkan diri mereka.

Proses melapah bahagian kaki, memotong tulang2 dan menimbang dilakukan di bawah kemah yang disediakan. Adalah 8 kaki lembu tergantung kat khemah tu. Shidah dan Liza try nak melapah kaki lembu tu tapi tak dibenarkan oleh hubby Shidah. Tak tau le aku apa pantangnya. Tapi selama hari ni pun aku tak pernah tengok lagi orang perempuan melapah! Tapi sempat jugak la Liza dan Shidah melepaskan kempunan melapah!!!

Tak berapa ramai yang datang menolong sebab hujan agaknya. Yang ada masuk nama tu, adalah datang nampaknya tapi ada jugak yang balik kampung. Yang sekadar datang menolong pun ada jugak walaupun tak masuk nama dalam korban tu.
2 ekor lembu dikorbankan kali ini. Lembu pertama tu (lembu hitam kata mereka) dagingnya dapat le 52kg dan lembu kedua (lembu kelabu) dapat 58kg. Boleh le tahan kalau nak dibandingkan dengan saiz lembunya. Sebelum Zohor semua daging habis diagihkan. Mana penama yang tak datang tu, daging dan tulang disimpankan untuk mereka. Manakala yang lain2 dah setuju untuk tulang2 tu dimasak di situ (kat rumah Kak Jah) dan akan dimakan bersama2 petang nanti.
Inilah antara mereka2 yang datang untuk makan sup tulang kat bawah khemah tu. Memasaknya kat rumah Kak Jah, khemah ni pulak kat depan rumah Maslin. Sesiapa yang tak dapat datang, mereka hantar wakil dan hantar bekas untuk tapau balik.... Aku pun tapau jugak untuk Ayong yang tak nak datang. Tapi tupperware kecik je la, untuk sorang makan!!! Anak2 yang lain semua ikut.

Yang paling gumbira kali ini ialah Kak Jah sebab hubby dia baru aje balik dari Madinah petang Jumaat lepas. Hubby Kak Jah kerja kat sana, sekarang cuti 2 minggu. Masa ni lah Kak Jah nak lepaskan rindu!!! Jangan marah ye.....!

Lagi gambar2 masa korban ada kat sini..... Gi la tengok!!


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2008


Tak lambat kot nak ucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha kat semua!

AgroFest Perak 2008

Kebetulan ada Expo Agrofest Perak 2008 yang diadakan di ladang ternak Dovenby, Sungai Siput. Tak ingat bermula dan berakhir berapa haribulan. Tapi aku pergi hari tu hari Sabtu, lepas kenduri kahwin tu, dengan emak, Mak Su dan Eton. Adik tidur ngan Ayong. Kali ini Mak Su drive Kancil dia.

Luas kawasan expo tu. Penat kaki berjalan. Kena pulak cuaca tak elok. Kejap2 hujan, kejap2 berhenti. Mana nak pegang payung, mana nak pegang kamera, mana nak pegang hasil belian lagi. Emak pun nak kena pegang jugak. Orang memang le ramai.

Macam2 ada kat expo ni. Ada pamiran, ada gerai2 jualan, pertandingan memasak, dan jugak game. Tak larat nak ronda semua kawasan, mana yang terlangkah dek kaki aje. Yang paling ramai pengunjung ialah kat gerai2 jualan le, apa lagi! Dari sekecik2 barang sampai le ke besar2 barang. Ada kain-baju, tudung, pin baju, key chain yang cute2, kasut, pokok buah2an, sayur2an, bekam guna lintah pun ada!! Senang kata...from A to Z semua ada, you name it you got it!!! Ye ye je....!!

Cam biasa la, kalau itu dah nak kena pegang, ini nak kena pegang, gambar tak banyak boleh disnap. Ini aje yang ada... Kuih bangkit sagu rumbia tu aku beli kat sini le. 50 biji RM15. Tapi memang sedap.

Lost World of Tambun

Again....we went to Lost World of Tambun on Friday (28/11/2008). Biasalah, yang terlebih seronok ialah anak2 sebab dapat main air sepuas-puasnya dan jugak dapat main permainan yang disediakan secara percuma (percuma??? dah termasuk dalam harga tiketlah!!).

Abang Yang, Abang Ngah, Adik, Alang, Mak Su dan Kak Ngah. Yang tak ada dalam gamabr ialah Ayong dan saya...


Ada kucing beso kat pintu masuk, ada boat riding, ada badak air yang mengganas kat atas pasir dan adik sibuk main air...

Antara permainan dan aktiviti yang boleh didapati di sini..


Tapi harga tiket pun dah suku ratus untuk dewasa (RM25 lah!). Kalau dulu2 cuma RM18 untuk dewasa, pas tu naik RM21, pas tu sekarang RM25. Ari tu kami gi 4 dewasa 4 kanak2. Terbang jugak la RM176 untuk tiket aje. Harga makanan pulak jangan citer la. Mahal berdentum! Macam bunyi bom meletup...! Nak bawak bekal sendiri tak boleh bawak masuk pulak. Kalau bawak, kena makan kat luar je. Larat ke tiap kali nak makan kena keluar. Tapi kalau keluar, boleh masuk balik, tak pa. Tapi leceh la kan....!

Hari tu saya ada jugak beli nugget dan balls goreng. Tau tak berapa harganya?? Satu cucuk ada 3 biji nugget @ sotong ball @ ayam ball, harganya RM1.50. Sebiji nugget harganya 50sen. Mahal tu!!!!

Tak lama lepas kami sampai, Mak Andak (my SIL) sekeluarga pulak sampai. Ha...apa lagi, lagi riuh rendah le anak2 bermain. Geng mereka dah sampai!!! Tapi cuaca hari tu tak berapa baik la. Ada hujan renyai2 tengahari tu tapi tak le lama sangat. Aku tak mandi pun sebab semua orang lain dah gi mandi-manda, aku jadi "jaga"...jaga beg2 dan barang berharga. Ada locker utk simpan semua barang tu tapi masing2 malas nak gi simpan.

Abang Yang sebenarnya kena cengkering. Aku takut dia kena hujan je. Aku dah kata ngan dia sebelum bertolak dari rumah lagi, jangan andi. Dia pun dah setuju. Jadi aku tak bawak le baju spare untuk dia. Tup tup...lenjun satu badan! Dia yang lebih2 mandi dan bermainnya. Camana nak balik nanti, nak pakai apa?? Baju dan seluar tak ada!!

Tapi aku sempat gak naik trem di round2 kat keliling area tu. Tu pun setelah semua barang berharga mereka aku kumpulkan dalam satu beg dan beg tu aku bawak sekali. Leceh la. Kalau hubby ada tentu tak boring aku cam gini. At least ada cameraman yang handal. Sebab cameraman tak ada, inilah aje gambar yang ada....

Setelah masing2 kepenatan dan kelaparan, kami pun terus pulang ke rumah. Abang Yang cuma pakai tuala je. Tu lah...gara2 tak bawak baju spare! Sampai aje kat rumah, terus ke kedai Mak Yang (sebelah rumah emak je...). Kat kedai tu laksa baru RM1.80. Kat sana tadi laksa RM4.00. Tak rugi rasanya tahan lapar kejap dan makan kat kedai Mak Yang...

Lepas Maghrib, anak2 lelap kerana keletihan......

Saturday, December 6, 2008

Cerita Balik Kampung

Jom bercerita pasal balik kampung ari tu....

Sampai rumah ari tu jam 5:30 pagi. Tak boleh nak tidur pun. Anak2 pun tak tidur. Selepas solat Subuh, emak sediakan mee goreng dan nasi goreng. Walaupun simple tapi air tangan mak memang tak boleh lawan.

Balik kali ini tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan sebab dikekang oleh faktor cuaca, kesihatan, transport dan jugak masa. Lagipun hubby tak ada bersama. Kat kampung asyik hujan aje. Dah le bawak baju sikit, hujan pulak tu. Shortage jugak le pakaian utk anak2. Abang Yang pulak kena cengkering. Besar2 dan berair. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan, tak boleh kena air hujan. Tak lama tu si Adik pulak dah menunjukkan tanda2 yang sama untuk kena cengkering jugak.

Bila hubby tak ada, gambar2 pun tak le berapa banyak yang disnap. Ada la sikit kat sini...

Sarapan : nasi goreng bilis dan mee goreng simple. Pisang rebus tu kudap2 jam 10 pagi gitu...

Pemandangan di sekitar kedai makan Mak Yang (sister-in-law).

Ini pulak popia goreng sambal untuk sarapan 2nd day. Pucuk ubi dan kari ikan dan bendi unutk lunch 2nd day.

Petang 3rd day gi kedai Mak Long (sister-in-law). Saya dan Ayong minum teh tarik, emak makan laksa dan Abang Ngah makan ABC.

Hari kelima, sarapan nasi lemak. Lauk utk lunch : rendang pedas ikan tongkol, ikan selayang goreng, kembung goreng, sambal belacan, ulam timun dan kucai taugeh goreng. Minum petang ngan kuih bangkit sagu rumbia dan kuih bangkit langkawi.

Hari Sabtu pagi tu sempat gak gi jemputan ke majlis perkahwinan kat kampung. Aku pergi dengan emak dan Mak Yang (my SIL). Sebab Mak Su gi ke kenduri kahwin kawan dia, so kami tak ada transport. At last, aku drive kereta adik aku. Kereta dia manual. Aku lama dah tak memandu kereta manual sebab kedua2 kereta aku ialah auto. Tapi aku masih ingat lagi la nak masukkan gear 1, 2, 3, 4 dan 5 camana. Tak le tak tahu lansung kan!

Friday, December 5, 2008

Naik Bas 2 Tingkat!!!

Inilah bas 2 tingkat yang kami naik masa balik ke kampung hari tu. Naik kat Johor Jaya Square. Kami dapat tempat duduk kat depan sekali di Tingkat 2. Saujana mata memandang...!!!


Yang kat depan sekali kat tingkat atas tu lah saya dan si kecik. Abang Ngah dan Abang Yang duduk kat seat belakang saya. Ayong duduk kat seat yang untuk sorang, kat belakang sikit.

Boleh dikatakan sepanjag perjalanan saya susah untuk meleapkan mata. Si kecil tu pulak tak diam mulutnya bertanya itu dan ini. "Mak, ngapa kereta tu kat bawah?", tanyanya. Sebab dia dah duduk kat tingkat atas, bila pandang kereta yang lalu-lalang, macam kat bawah je kereta2 tu. Ha...camana nak jawab? Bila dia dah terlelap barulah tak ada soalan2 cepumas lagi...

Laju jugak bas ni. Bertolah dari Johor Jaya lebih kurang 9:45pm. Then singgah kat Larkin dan Taman Tun Aminah, ambik penumpang. Masuk tol Skudai pukul 11:30pm. Keluar tol Sg Besi jam 2:20am Isnin. Masuk semula tol Jalan Duta pukul 2:50am. Lepas tu bas ni berhenti kat situ lama jugak. 3:10am baru jalan semula. Keluar kat tol Simpang Pulai dalam 4:55am. Turunkan penumpang kat Stesen bas Jalan Gopeng sebelum meneruskan perjalanan ke utara. Sampai pekan Chemor dalam 5:30am. Hujan renyai2. Mak Su dan Pak Andak datang jemput. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah ibu tersayang!!!!

I'm Back...!!

Hi guys. Just came back from my hometown last Monday at very very early morning - 3:40am!! Guess what? We daparted at 8:30pm and arrived at our home sweet home at around 3:40am. Quiet long journey...

Penat jugak. Kesian kat hubby sebab drive sepanjang perjalanan. Ayong ajak balik hari Isnin je tapi abahnya komited dengan kerja. Walaupun tak tidur sepanjang malam untuk drive...

Nanti saya cerita panjang pasal balik kampung ya!