Tuesday, September 9, 2008

9 September 2008

Aduh....! Hari ini dah mula UPSR untuk tahun ni. Anak lelaki saya ada sorang yang menduduki peperiksaan ni. Saya yang kat rumah ni rasa tak tenteram. Macam manalah anakku menghadapi peperiksaan. Boleh ke dia jawab? Tenang ke dia masa masuk dewan peperiksaan tu? Macam2 yang saya fikirkan.

Ya Allah! Berikanlah ketenangan kepadanya dan permudahkanlah urusannya dalam menghadapi peperiksaan. Moga dia dapat menjawab soalan2 dengan tenang dan yakin. Amin!!!

Kepada semua murid2 yang menduduki peperiksaan UPSR 2008, moga berjaya dengan cemerlang!! Insyaallah...

Monday, September 8, 2008

Jom Berbuka Puasa...

Hari pertama berbuka kat rumah. Memasak yang simple2 aje dengan kerjasama hubby yang memang pandai memasak...

Ada kari ayam hubby, limau tambun masam manis, salad buah, kucai goreng udang dan lopes sagu.


Limau tambun masam manis ni ialah ole2 balik kampung ari tu... Nampak merah tapi rasanya masam2 manis.


Buat salad buah2an - ada epal hijau, timun, telur, kentang - ditaburi dengan limau tambun masam manis. Mmmmm...sedapnya!

Saturday, September 6, 2008

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir....

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN


Terima kasih kepada penyumbang....Rosidah Abd Rahman

Friday, September 5, 2008

Petua Dapur...

Beberapa petua yang berguna sewaktu berada di dapur...

Bubur kacang tidak hancur
Goreng kacang hijau tanpa minyak terlebih dulu hingga agak garing. Kemudian basuh dan rebuslah macam biasa. Anda akan dapati bubur kacang anda tidak hancur dan berbau harum.


Hilangkan lendir ikan keli
Siang dan basuh ikan keli dengan air bersih. Gosokkan ikan keli dengan daun serai. Biarkan seketika dan basuh semula dengan air bersih.


Elakkan ikan goreng hancur
Untuk mengelakkan ikan yang kita goreng daripada hancur, seperti ikan gelama masin, gaulkan sedikit tepung gandum pada ikan tersebut dan goreng seperti biasa.

Tahukah Anda...?

Ada sesiapa tak yang kenal buah ni? Buah ni buah hutan, maksudnya hanya boleh didapati di hutan. Memang susah nak dapat buah ni. Sejak 1992 hinggalah ke hari ini saya pergi-balik ke Perak dan singgah di Hentian Simpang Pulai, baru minggu lepas saya jumpa buah ni terjual kat situ. Dulu masa arwah abah masih ada dan saya masih tinggal di kampung, selalu jugak dapat makan buah ni sebab dibagi oleh oleh orang asli kat kampung tu.


Inilah buah TAMPOI. Sebijik nama tempat kat Johor ni. Kenapa namanya TAMPOI?? Wallah hualam....

Thursday, September 4, 2008

Selamat Tinggal Kampungku....

Hari ini 2hb September 2008, hari kedua berpuasa. Jugak bermakna kami kena balik ke Pasir Gudang hari ini. Esok anak2 dah mula sekolah dan hubby pun akan mula kerja.

Jam 11 pagi kami memulakan perjalanan. Kalau hari2 biasa, lepas asar baru kami bertolak. Tapi memandangkan sekarang ni bulan puasa, kami mengambil keputusan untuk bertolak awal. Kalau sempat, boleh jugak berbuka kat rumah nanti.
Cuaca pun nampaknya cerah, tak ada tanda2 hari nak hujan. Alhamdulillah. Selepas setengah jam perjalanan, anak2 semua dah tertidur. Penat dan kelaparan kot...

Hubby buat keputusan utk singgah beli buah kat Hentian Simpang Pulai. Kat situ macam2 buah ada jual terutamanya jambu batu tanpa biji, limau tambun/limau bali, mempelam cukanan, mempelam datok, jambu air madu, dll. Dan kami cuma beli 2 biji limau tambun, 6 biji mempelam datok, sekilo jambu batu dan sekilo jambu air.




Sampai kat Pasir Gudang, hujan lebat pulak. Jam dah 6 petang. Nak cari juadah berbuka puasa lak, nak memasak, tak ada bahan rasanya kat rumah. Setakat nasi tu adalah... Hubby singgah kat bazar Ramadhan Tmn Pasir Putih. Dia capai apa yg dapat je, tak sempat nak memilih dah sebab hujan lebat. Inilah hasil capaiannya....

Talam keladi, talam berlauk, nasi ayam, lontong kering. Limau bali dan buah tampoi tu, yang beli kat Simpang Pulai pagi tadi...

Ramadhan Pertama....

Hari ini 1 Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Hari pertama berpuasa untuk tahun ini bersama ibu tersayang. Bersahur secara ringkas aje, awal2 pagi ni susah sikit makanan nak masuk.

Hari ini cuaca agak panas. Kesian anak2. Yang tak pernah tidur siang hari pun, boleh lena bila keletihan dan kelaparan. Lepas tu asyik tanya berbuka nanti nak masak apa...

Inilah hasilnya... Ada yang masak sendiri, ada yang ipar-duai bagi. Bila dikumpul2, banyak pulak jadinya. Juadah berbuka yang paling jauh datangnya dari Chuping, Perlis. Haa.... bakal adik ipar bawak dari sana. On the way balik ke KL singgah kat kampung dulu. Lepas berbuka nanti baru balik KL ngan my brother.

Alhamdulillah...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-51 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua mereka berada...

Kat kampung ada diadakan sambutan kemerdekaan dengan berbagai acara. Diantaranya ialah perarakan oleh murid2 Tadika Kemas, pertandingan memasak rendang (apa2 jenis rendang), kuih berasakan ubikayu dan gubahan yang diadakan di Tadika Kemas.

Suka tengok anak2 comel berarak sambil mengibarkan bendera Malaysia. My son and my hubby tumpang sekaki.... My mum masuk pertandingan memasak kuih berasaskan ubikayu - dapat tempat ke-2. Dan adik ipar jugak dapat tempat ke-2 utk pertandingan memasak rendang Not bad...!!!

Dalam masa yg sama, berbagai acara dipertandingkan di padang bola - futsal dewasa, tarik tali, naik basikal perlahan dan macam2 lagi. Acara dibahagikan kepada beberapa bahagian - dewasa, kanka2 dan wanita. Meriah gak...!!


Tapi tengahari tu panas sangat la, so kami gi tengok kejap je. Lepas makan tengahari dan solat Zuhur, emak ajak gi RiaModa kat Simpang Pulai. Nak cari langsir raya katanya. Ok, jom!!!


Beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang perjalan pergi dan balik ke/dari RiaModa. Cuaca elok terang, langit cerah je...

Cuti Merdeka dan Sambut Ramadhan...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-51 untuk seluruh rakyat Malaysia!!!

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik kampung di Chemor, Perak. Kebetulan hari Sabtu tu (30/08/2008), hubby tak kerja, jadi ada le cuti 4 hari, Sabtu sampai Selasa. So, Jumaat malam tu jugak kami balik kampung. Bertolak jam 9:30 malam, singgah rehat jap kat R&R Ayer Keroh dalam lebih kurang jam 12 tengah malam, then singgah tukar driver kat R&R Dengkil dan teruskan perjalanan sampai kampung. Kami tiba jam 4:30 pagi. Tol dari Skudai ke Ipoh RM70.40. Mak oiiii!

Emak memang tak diberitahu yang kami nak balik. So, dekat2 nak sampai rumah, baru call emak suruh bukakkan pintu. Terkejut emak tengok kami balik. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba2 muncul kat depan pintu. Alhamdulillah....sempat juga lagi jumpa emak. Sayang emak!!!

Hari Sabtu tu, tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Cuma lepak2 kat rumah, lepaskan rindu kat emak. Then jalan2 ke rumah abang dan adik2 kat area situ jugak.

Dan ini adalah menu makan tengahari kami hari tu...

Gulai lemak putih labu, ikan goreng, nasi putih, terubuk bakar, air asam (utk cicah ikan bakar), air kelapa muda dan rendang ayam.

Pada sebelah malamnya, adik jemput ke rumah dia. Ada makan2 sate sikit katanya. Dia jemput adik-beradik je. Saja nak memeriahkan malam kemerdekaan.



Sebenarnya malam tu ada aktiviti menyambut kemerdekaan diadakan di padang bola kat kampung tu. Ada beberapa acara diadakan seperti persembahan pancaragam, teka kacang dan pertunjukan bunga api. Meriah jugak sambutannya... Tapi kami tak pergi pun sebab penat belum hilang, semua tidur awal.

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan

Assalamualaikum...
Salam merdeka dan salam ramadhan dari saya sekeluarga untuk semua pengunjung blog ini.
Adui....lamanya tak menulis. Sibuk sikit kebelakangan ni. Tapi hari ni ada banyak benda nak cerita. Jangan tak baca ya!!!