Thursday, July 31, 2014

Dalam Gembira Ada Duka

Allahhuakbar! Perancangan DIA adalah yang terbaik. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Walaupun sedih dan kecewa, tetap menerima perancanganNYA dengan hati terbuka. 
Menghampiri 10 Ramadhan terakhir aritu, saya ada mengajak hubby untuk balik ke kampung saya di Chemor, Perak, memandangkan tahun ni kena giliran untuk beraya di kampung hubby di Muar, Johor. Dengan tenang hubby menyatakan perancangannya untuk balik ke Chemor pada hari raya kedua. Alhamdulillah. Syukur sangat2 sebab dapat juga nak balik kampung. Kali terakhir balik kampung ialah pada bulan April lepas. Tahun ni hubby dapat bercuti lama sikit...bermula Sabtu sampai Khamis. 2 hari sebelum raya, 2 hari beraya di Muar dan 2 hari di Perak. Begitulah perancangannya.
Hari Sabtu, 26hb Julai, kami bersiap2 untuk balik ke Muar. Anak2 siap mengira berapa pasang baju nak bawak sebab akan terus balik ke Perak. Saya pun bawak baju lebih jugak. Maklumlah...musim raya ni kurang membasuh kain-baju. Balik rumah sendiri nanti barulah mendobi. 
  Selain daripada 2 beg besar tu, ada lagi backpack. Biskut2 raya pun dah diasingkan...ada bahagian untuk Muar, ada bahagian untuk Chemor. Adik pulak tak pernah ketinggalan untuk bawak bantal. Penuh kereta dengan segala macam benda.

Nak dijadikan cerita...pagi raya pertama, hubby ajak saya ke pekan Parit Jawa untuk membeli sedikit keperluan. Pagi raya pertama di kampung hubby tidaklah sesibuk di Chemor. Suasana yang amat berbeza. Itu sebab pagi raya tu kami masih boleh "membeli-belah". Dalam perjalanan ke pekan, tiba2 enjin kereta mati. Hubby hidupkan semula. Dan boleh bergerak macam biasa. Tapi tak jauh sebab lepas tu nampak meter temperature dah nak menghampiri tahap merah. Kami berhenti di tepi jalan di Parit Jamil tu. Hubby dah agak, mesti tak ada air. Itu sebab temperature naik tinggi. Nasib baik dalam kereta ada bekal air bertapis. Bila hubby tuang air ke dalam tangki air tu, airnya mendidih dan membuak keluar. Warna air tu macam air lumpur. Kami telefon Abang Ngah, suruh dia menyusul dan bawa air lagi. Abang Ngah datang dengan Abang Yang dengan menaiki motor Atok...bawak 3 botol air lagi. Tuang semua dalam tangki air. Tak nampak pulak dengan mata kasar kebocoran yang ketara. Tapi air dalam tangki tu boleh kering habis.
Petang raya kedua, hubby dan saya keluar mencari bengkel membaiki kereta di sekitar Jalan Bakri, Muar. Ada bengkel yang dah beroperasi. Bila hubby bertanya akan masalah kereta tu, kedua2 bengkel tu memberikan penerangan yang sama tentang kerosakan dan apa yang perlu dibuat. Kata mereka...water jacket kena tukar. Harga water jacket tu tidaklah mahal. Yang paling bagus pun cuma berharga dalam RM40 sahaja. Tapi yang mahal ialah kos untuk manpower sebab gear box kena bukak. Dan untuk kerja2 tersebut memerlukan paling kurang 2 hari untuk selesai. Hmmm....akhirnya kami balik je. Dalam kereta mesti ada siap sedia air yang banyak.

Dalam perjalanan mencari bengkel tu, saya menghubungi emak. Berat hati nak bagitau tak dapat nak balik kampung. Tapi kena juga bagitau. Bagitau emak bersama esakan kecil (kecil ke?). Nak buat macam mana...dah ada aral yang tak dapat nak dielakkan. Ingatkan raya kali ini dapat le cium tangan emak. Dapat bersalam2an dengan adik-beradik, ipar-duai, anak2 sedara semua. Tak kesampaian nampaknya. Dah tempah lemang jagung dan lemang biasa dengan adik yang memang buat tempahan lemang. Dah minta emak buatkan kuih semperit kegemaran. Emak bancuhkan aje adunannya, adik ipar yang tekan dan bakarkan sebab emak dah tak larat nak menekan guna acuan semperit tu.
Kebetulan pula raya kali ini hubby dapat bercuti yang agak panjang. Konon2nya, nak beraya 2 hari di Muar dan 2 hari di Chemor. Jumaat hubby dah mula kerja. Khamis malam cadangnya nak bergerak balik ke Pasir Gudang. Semuanya tinggal perancangan sahaja. Pagi raya ke-3 kami bergerak balik ke Pasir Gudang dari Muar dengan berbekalkan 11 liter air untuk mengisi tangki jika berlaku peningkatan suhu. Akhirnya kami selamat sampai ke Pasir Gudang sekitar jam 3:00 petang. Alhamdulillah. Hari Khamis kereta bakal masuk hospital. Nasib baik ada Kancil...

Akhirnya...biskut2 raya ni balik semula ke Pasir Gudang!