Tuesday, August 23, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan - 22hb Ogos 2011


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-18...!!!!

Tak salah kan untuk wish pada diri sendiri...! Kadang2 tu kita tak perlu untuk mengucapkan sesuatu dengan perkataan. Cukup sekadar dengan perbuatan. Tapi janganlah pulak perbuatan kita tu disalahertikan.

Memandangkan tahun ni ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada bulan Ramadhan, tak ada la nak potong2 kek ke, tiup2 lilin ke, bunga2 ke... Tahun ni taukeh bunga tu rugi sikit sebab hubby tak bagi bunga kali ini. Tapi taukeh kedai handphone tu pulak yang tersenyum lebar....!

Ahad lepas kami ke Jusco Permas Jaya selepas menghantar tempahan cistat di Taman Mawar. Kami pergi selepas Zohor. Tujuan asalnya nak mencari baju kurung raya yang belum dapat lagi untuk Ayong dan saya. Dan nak cari baju2 untuk "3 Muhammad" tu...seluar jeans dah beli awal2, gengnya baru nak cari. Alhamdulillah...baju2 mereka senang jer nak dapat. Tapi baju kurung tak ada pulak kat situ. Tahun2 lepas ada banyak kiosk kat tengah2 tu yang jual banyak baju kurung. Belum ada rezeki kami la tu...

Lepas tu Ayong ajak masuk Watsons. Masa tu hubby dah hilang dari pandangan. Tak tau dia ke mana. Bila saya called, katanya di Galaxy S. Saya pun keluar dari Watson dari mengintai2 manalah kedai Galaxy S tu. Jenuh melilau mata ni tapi tak nampak pun kedai tu. Rupa2nya dia masuk ke kedai Samsung yang ada jual Galaxy S... Bila saya dan Ayong pergi ke kedai tu, nampak hubby tengah pegang Galaxy S II. 

Rupa2nya hubby nak buat surprise konon untuk saya...tapi tak jadi sebab masa salesman tu nak configure, dia perlukan e-mail address & password saya. Hubby kantoi kat situ la...!





Inilah dia Samsung Galaxy S II yang kini telah menjadi milik saya. Puas juga membelek satu persatu untuk memahirkan diri menggunakannya. Memang canggih!


 Semuanya di hujung jari je! 


Untuk hubby, saya belikan jam tangan Casio G-Shock ni.



"YaAllah...bersyukur aku kepadaMU di atas segala limpah rahmatMU...
YaAllah...Engkau peliharakanlah perhubungan kami suami isteri...
Engkau berkatilah hidup kami di dunia ini...
Engkau ampunkanlah segala dosa kami YaAllah...
Engkau jadikanlah kami insan yang bersyukur...
Insan yang beriman...
Berikanlah kami hidayahMU...
Tunjukkanlah kami ke jalan yang benar dan yang KAU redhai...
Moga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir nyawa kami...
YaAllah...sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui...
Aminnn...YaRabbalalamin...!"

Thursday, August 11, 2011

Rahsia Pergerakan Dalam Solat

SOLAT
Terdapat lebih daripada 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

THUMA'NINAH
Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menajdi masa rehat dariapda aktiviti rutin dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita manjadi segar kembali.

BERDIRI

Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua2 belah tapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban badan secara rutin.





TAKBIR

Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru2 mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberi kesan yang sebaliknya di mana paru2 mengempis dan mengeluarkan nafas.






RUKUK

Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan kepada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.






SUJUD

Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih lancar dan mudah.




DUDUK IFTIRASY

Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan megaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam2 yang mungkin ada pada lipatan paha.







TRANSISI
Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang2nya 85 kali sehari mempengaruhi organ2 pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.

SALAM

Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot2 kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.








Nota :
  1. Semua informasi dipetik daripada buku MENGAPA RASULLULLAH TIDAK PERNAH SAKIT oleh Dr. Adi Hashman yang diterbitkan oleh PTS.
  2. Gambar2 adalah ihsan daripada Google


Wednesday, August 10, 2011

Nasi Goreng Dan Kuih Bakar Almond



Petang 5 Ramadhan, saya menjamu Nasi Goreng dan Kuih Bakar Almond sebagai juadah berbuka puasa untuk keluarga. Nasi putih memang dimasak seawal jam 2 petang...sempatlah nasi tu sejuk dulu sebelum digoreng.



Kuih Bakar Almond ni pulak saya bakar seawal jam 2 petang jugak. Kuih ni kena bakar awal2...kalau tidak tak sempat pulak nak sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Saya memang suka kuih ini...sedap! Elok jer lembut, manisnya dan juga lemaknya. Memang menepati citarasa. Pernah juga ke bazar Ramadhan. Memang ada berbagai2 jenis lauk-pauk serta kuih-muih tapi macam tak berselera je menengoknya. Kami berbuka sekadar dengan makanan yang ringkas2 aje. Paling kokak pun, cukup sekadar ada nasi putih dan sejenis lauk. Anak2 tak makan sayur sangat, so kadang2 sekadar ada ulam2 sahaja. Hubby memang tak cerewet langsung pasal makan ni. Ikutkan hubby, cukup sekadar ada nasi putih, kicap dan telur dadar (lebih kurang macam si Adik jugak...). Tapi nak meraikan anak2 yang berpuasa, saya sedikanlah juadah yang sedikit grand gitu...(grand ke???)

Resepi asal Kuih Bakar Almond ni ada di sini tapi saya dah gantikan kuantiti tepung. Asalnya 2 cawan tepung tapi saya ganti dengan 1 1/2 cawan tepung + 1/2 cawan serbuk almond. Juga saya gunakan almond nibs sebagai gantian kepada badam untuk ditabur di atasnya sebelum dibakar.

Ini Kuih Bakar Almond yang baru keluar daripada oven...

Yang ini baru dikeluarkan daripada loyang...

Haaa...ini dah siap untuk dingap...!!

Bendi Goreng Ikan Bilis



Asyik tayang kuih-muih je...kali ini saya tayang pulak menu sayur untuk bersahur pada 3 Ramadhan. Bendi Goreng Ikan Bilis ini ringkas sahaja. Kena dengan selera untuk bersahur. Nak dapatkan rasa yang lebih ummppphhh...bahan2 tumis tu saya tumbuk sedikit. Setakat hancur2 gitu je. Lepas tu bendi tu saya tidak goreng hingga lembut, cukup sekadar layu2 gitu je. Barulah rangup masa mengunyahnya. Kejap jer dah abis. Makan pulak dengan nasi putih suam2 gitu.


Roti Jala



2 Ramadhan yang lepas saya merajinkan diri untuk menjala petang2 tu. Roti Jala menjadi kegemaran anak2 terutama sekali Muhammad Azri (si Adik)...dia makan cam gitu je. Tak mau cicah2 dengan kuah kari. Bila dah berbuka dengan Roti Jala + Kari Ayam, akhirnya nasi putih dan lauk2 yang lain tidak disentuh langsung. Tak apa sebab nasi dan lauk2 tersebut boleh dijamu untuk bersahur pulak. Jimat masa...jimat tenaga sikit.


Tuesday, August 9, 2011

Kisah 1 Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Juga Salam Ramadhan untuk semua yang sedang menjalani ibadah puasa. Moga kita sama2 mendapat keberkatan di dalam bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

InsyaAllah...hari ini adalah hari ke sembilan kita berpuasa (ehemmm...ehemmm...!). Ni baru nak tayang menu2 juadah berbuka hari pertama lepas. Sebenarnya tak ada yang istimewa pun. Biasa2 jer...

Pagi2 awal Ramadhan ari tu, saya dab hubby mengambil kesempatan hubby tak bekerja untuk memusing2 di sekitar bandar JB. Hanya kami berdua aje. Destinasi pertama ialah ke City Plaza, Jalan Tebrau. Apa lagi kalau tak berjumpa dengan Cik Siti Bank tu. Lepas tu nak ke Plaza Angsana. Keluar aje dari City Plaza, hubby dah tersilap ambil lorong. Alahai...terpaksalah berpusing2 kat kawasan situ sehinggalah jumpa semula Jalan Tebrau. Inilah akibatnya kalau jarang sekali menjejakkan kaki ke JB. Selalu tu tau jalan pergi dan balik ke City Plaza tu jer... Alhamdulillah, sampai jugak ke Plaza Angsana. 

Tempat pertama yang dituju ialah Foto Berlian. Isshhh...bukannya nak tangkap gambar berlian tapi nak tangkap aksesori yang boleh buat foto kita jadi macam berlian (???). Kami adalah pelanggan pertama mereka. Hmmm.... Tujuan utama nak cari macro lense. Kalau dulu masa guna kamera digital Canon tu, boleh zoom dekat2...bila guna Nikon yang baru tu, tak leh nak macro lak. Lense yang ori tu tak ada fungsi makro. So, tangkap satu macro + wide lense sekali dengan filternya. Lepas tu hubby tengok2 lense yang boleh zoom jauh. Yang ori tu cuma 18~55mm jer. So hubby tengok lense 70~300mm. Try dan test guna. Memang clear jer objek yang nuuuunnn jauh di sana. Isshhh...tergoda la pulak. Akhirnya tangkap jugak sebiji lense lagi.

Lepas tu staff tu tunjukkan battery grip pulak. Dia siap tunjukkan cara2 nak pasang pada kamera. Oooo...cam gitu rupanya nak pasang battery grip tu! Kalau nak buat video, elok jugak ada battery grip tu. Tidaklah kehabisan bateri semasa tengah buat rakaman...kan? TAPI...perlukah??? TIDAK....! Buat masa sekarang ni battery grip tidak diperlukan. Tapi hubby tangkap bateri sebiji... Kira punya kira, mintak diskaun 30%. Alhamdulillah...dapat. Kami balik dengan hati yang riang!!!! Tak sabar2 nak try test gadjet baru tu...

Dalam perjalanan nak balik tu, kami singgah di Hospital Sultanah Aminah (HSA)...menziarah rakan sekerja yang terlantar di wad jantung. Ari tu dah masuk ke Hospital Penawar (HP) selama 6 hari. Beliau kena buat operation tapi kos di HP mencecah ke RM50K. So, beliau rujuk ke HSI dan HSI pulak rujuk ke HSA. Masa kami melawat tu, beliau berada di Wad CRW (wad ICU untuk pesakit jantung). Keadaannya memang amat lemah. Hari tersebut beliau dibenarkan balik. Next appoinment adalah dalam bulan Oktober nanti. Masa tu baru tahu bila boleh buat pembedahan. Jadi dalam jangkamasa tersebut, beliau tidak boleh bekerja. Kerja yang ringan2 pun rasanya amat payah untuk beliau. Ya Allah...KAU berikanlah kekuatan kepadanya untuk menempuh segala dugaanMU!



 Sampai je di rumah, ada satu parcel untuk saya. Besar! Saiz kotak kek 12"....tapi ringan. Bila tengok jer siapa pengirimnya, tau dah apa isinya. Hehehe...tersenyum lebar teman! Petang ni bolehlah berbuka dengan PUTU PERAK ni...angan2lah! Tapi sayang...juadah tu tak boleh dimakan sebab dah rosak. Bukan sebab ianya dah pecah2 cam gamabr kat atas tu tapi sebab dah ada bau yang kurang menyenangkan. Inti kelapanya dah berbau. So...dapat snap gambar ajelah!!! Kalau ada rezeki, balik Perak nanti kena singgah di Hentian Ulu Bernam Arah Selatan untuk dapatkan PUTU PERAK ni... Anyaway, terima kasih untuk Zie (tokeh Putu Perak ni) yang sudi juga mengirimkan putu ni kepada saya.

Dah putu tak boleh makan, akhirnya buat je Cucur Udang sempoi. Sayur2 lain tak ada, yang ada cuma taugeh jer. So, campur taugeh jer la...ngan udang!


Friday, August 5, 2011

Bila Boleh Mula Ya?


Ya Allah...lamanya dah tak mengemas rumah ni! Nasib baik ler belum sempat bersawang...tapi dah penuh dengan habuk2. Aduiii...sapa yang nak tolong bersihkan ni? 

Bulan Ramadhan pun dah selesai hari kelima berpuasa. Bila la aku boleh mula berpuasa macam orang lain ye? Oppsss...pecah rahsia! Dah lima hari aku terkedu...Ya Allah...tak sabarnya nak menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadhan kali ini. Moga2 mendapat keberkatan yang berlipatkali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Kepada semua umat Islam, saya ucapkan selamat berpuasa. Moga puasa anda (dan diri saya sendiri...InsyaAllah) dan amal ibadat kita akan mendapat keberkatan daripadaNYA. InsyaAllah...

ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR, LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA???