Wednesday, September 29, 2010

Sehari Di KL Dan Putrajaya


Perjalanan yang memenatkan tapi berbaloi. Seawal jam 6:00 pagi Ahad lepas (26-09-2010) kami telah bertolak ke Putrajaya. Tujuan utama adalah untuk melawat Pak Chu yang sedang terlantar di CCU, HUKM. Dah hampir seminggu Pak Chu terlantar di sana. Tapi kami tak sempat nak menziarahinya sehinggalah hari Ahad lepas.

Alhamdulillah, tak banyak kenderaan di lebuhraya hari tu. Perjalanan kami lancar jer. Singgah di Petronas Skudai untuk mengisi minyak. Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di R&R Machap. Kami berhenti untuk bersarapan di situ.

 Adik, Ayong, hubby dan saya makan roti canai, Abang Ngah dan Abang Yang makan nasi lemak...


 Cuaca yang cerah hinggalah kami sampai ke Putrajaya sekitar jam 10:45 pagi dan terus ke Presint 8...


Lebih kurang jam 1:00 tengahari, emak pulak sampai bersama dengan Mak Su, Sidi dan Wanie dari kampung. Alhamdulillah...dapat makan lemang pulut, lemang ubi bersama dengan rendang pedas ayam dan jugak Rendang Tok...

 Lenamg Ubikayu, Lemang Pulut, Rendang Pedas Ayam dan Rendang Tok... sedappppp!!!!!!!!


Lebih kurang jam 2:30 petang, kami bertolak ke Bandar Tun Razak, Cheras dengan 2 buah MPV sahaja. Tak payah nak bawak banyak kereta. Memandangkan kami hanya boleh melawat Pak Chu bermula jam 4:30 petang, kami terus menuju ke Alam Damai dahulu. Destinasi kami ialah ke rumah sahabat lama saya yang sama2 belajar di ITM Shah Alam dulu (sekarang UiTM). Dulu dia tinggal di Bukit Antarabangsa, sekarang dah pindah ke Alam Damai ni. Alhamdulillah...sampai ke destinasi tanpa sesat-melarat walaupun inilah pertama kali kami ke sana.

Menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah...

 My best friend forever...Hani Zaim

 Persahabatan yang masih berkekalan walaupun dah mencecah lebih 20 tahun...

Masa orang lain sibuk menjamu selera, saya berborak sakan dengan Hani. Tak sedar masa berlalu. Sedar2 dah hampir jam 4:15 petang. Sempat juga menjamah kuey tiaw sup. Sebelum berpisah...biasalah...peluk2 dulu, gambar2 dulu. Maklumlah...setahun sekali nak jumpa pun susah...!


Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

 Kami terus ke Wad 6D di Unit Rawatan Jantung...


Inilah Pak Chu...
Nampak aje Pak Chu berkeadaan begini, airmata terus menitis. 

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim! ENGKAU sembuhkanlah Pak Chu ku ini. Moga beliau beroleh kesihatan seperti mana sebelum ini. ENGKAU sembuhkanlah Pak Chu dari segala penyakit yang dihidapinya sekarang. ENGKAU permudahkanlah segalanya untuk beliau. Amin...Ya Rabbal A'alamin...!

Pak Chu sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Pak Chu ada sakit jantung, ada masalah paru2, kedua2 buah pinggang yang sudah tidak berfungsi. Denyutan jantung Pak Chu TERAMAT lemah! Badan Pak Chu dah kurus teramat sangat. Pak Chu dah tiada daya untuk bergerak! Ya Allah...! Dulunya Pak Chu seorang yang sangat aktif. Sekarang Pak Chu terlantar begini di atas katil hospital dengan segala jenis wayar berselirat di badan. Pak Chu juga terpaksa menggunakan lampin pakai-buang.

YaAllah Ya Tuhanku...sesungguhnya hanya kepadaMUlah tempat aku bermohon...!

Tuesday, September 28, 2010

Marhaban Raya Selayang 10, 12 Dan 13


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekitar aktiviti Marhaban Raya di Selayang 10, 12 dan 13 pada hari Sabtu, 25hb September (16 Syawal). 

Seawal jam 10:00 pagi kami sudah berkumpul di rumah Fiza untuk bergotong-royong menyediakan juadah untuk malam nanti. Setiap tahun memang kami akan bergotong-royong menyediakan makanan. Tahun lepas kami sama2 menganyam dan merebus ketupat disamping juadah2 lain. Tahun ini kami buat yang ringkas sahaja. Sekadar Nasi Lemak Daun Pisang, Rendang Ayam, Sambal Ikan Bilis,  Kacang Goreng, Telur Rebus, Sayur Campur, air Teh-O-Ais-Limau, Kopi-O panas, Teh-O panas dan buah. Alhamdulillah...ada yang menyumbangkan ubikayu rebus dan tambahan nasi impit comel. 

Tugas saya ialah menyediakan Rendang Ayam Perak Style dan juga memasak Nasi Lemak. 25 ekor ayam untuk direndang dan juga 20kg beras untuk nasi lemak. Penat ooooo....! Jam 3:45 petang, saya terpaksa mengundurkan diri sebab kepala dah sakit yang teramat sangat. Agaknya sebab kena hujan. Pagi tu, semasa kami sedang memasak, hujan turun dengan lebatnya. Kelam kabut memasang kanvas pulak...

Dah balik ke rumah, sempat juga buat cistat untuk tempahan hari tu. Lepas tu barulah saya merebahkan diri kat ruang tamu tu je. Tak sempat nak meluruskan pinggang, Abang Yang pulak balik bersama dengan kawan2nya yang nak beraya. Aduhai.....! Bila kawan2 Abang Yang dah balik, saya "landing" sekali lagi. Tiba2 Abang Ngah pulak bersama dengan kawan2nya sampai. Mak aiiiii.....ramainya! Sekali datang separuh kelas dibawanya...!

Kawan2 Abang Ngah dan Abang Yang...


Jom layan gambar2 sekitar Marhaban Raya Selayang 10, 12 dan 13...

 Berkumpul di khemah yang disediakan sebelum acara marhaban bermula. Di sini mereka dibahgikan kepada 3 kumpulan...


 Kumpulan Marhaban di Selayang 10... di rumah Pakcik Asmuni, rumah saya, rumah Aini dan rumah Zura...

  Kumpulan Marhaban di Selayang 10...di rumah Maz, rumah Cikgu Fida dan rumah Ain...

 Marhaban di rumah Azah...Selayang 12..

Dah habis marhaban, semua berkumpul semula di khemah. Di sinilah juadah2 dihidangkan. Masa ini jugalah Pak Imam mengumumkan jumlah kutipan yang dapat dikumpulkan pada malam tersebut. Alhamdulillah...dapat juga RM2K++ yang akan disumbangkan ke Masjid Jamek TPP.

Dah habis cakap2...apa lagi, makanlah!


Adik Beraya Di Tadika


Hari Jumaat lepas, 24hb September, bersamaan dengan 15 Syawal, Tadika Pintar Bistari telah mengadakan sambutan Aidil Fitri di setiap cawangan mereka. Adik tak sabar2 nak memakai baju rayanya. Awal2 lagi dia dah mandi dan mengumpulkan apa yang nak dipakainya...songkok, sampin, singlet dan tak lupa jugak beg sekolahnya.

Hari tu saya tak bekalkan Adik apa2 sebab mereka akan makan beramai2 nanti. Adik ke sekolah seperti biasa, jam 10:40 pagi van sekolah dah sampai depan rumah. Dalam van tu semua anak2 berbaju Melayu, bersongkok dan bersampin dan yang perempuannya berbaju kurung dan siap kena "touch-up" lagi...!


 Gaya santai Adik semasa menanti van sampai...


 Apam Comel Bluberi dan jajan + duit raya yang telah saya sediakan. 

Semua ini saya hantar ke sekolah pada waktu rehat mereka (sekitar jam 1:25 tengahari). Semasa saya sampai, guru2 sedang mengumpulkan murid2 di depan pintu masuk yang dah siap dibentangkan dengan tikar. Saya serahkan kuih dan jajan2 tersebut kepada cikgu yang menyambut kedatangan saya.


Sempat juga saya merakamkan beberapa gambar mereka...



Hidangan pertama ialah sate....



Yang lain2...wallahhualam sebab lepas tu saya terus balik. Tapi menurut kata Adik, ada pertandingan makan kuih oleh guru2 dan juga kerusi berirama untuk murid2....
Cerita dan gambar2 selanjutnya silalah ke sini...


Beraya Berkumpulan


Memang seronok kalau dapat pergi beraya beramai2. Riuh-rendah rumah tu bila kena serbu dek 4 buah keluarga sekali gus....

Pada hari raya ke-9 (hari Sabtu, 18-09-2010), kami telah beraya beramai2 ke rumah kawan2 hubby. Pada malam tersebut memang ada jemputan ke rumah terbuka di taman ni juga. Sekitar jam 8:00 malam, hubby dapat panggilan daripada kawannya yang mengajak berhari raya beramai2.

Jam 8:40 malam, kami bermula dengan mengunjungi rumah Ina / Razman di Selayang 13 - jiran setaman. Juadah yang dihidangkan amat menyelerakan. Saya sekadar menjamah ubikayu + sambal ikan bilis. Adik pulak sibuk makan lempeng.

Rumah kedua yang kami kunjungi ialah rumah Cik Din / Kak Lin di Taman MIEL. Masa kat sini, kami berkumpul bersama 3 buah keluarga yang lain. Kak Lin sibuk melayan tetamu yang ramai hadir pada waktu tu. Macam2 juadah yang disediakan tapi saya sekadar menjamah kuih2 saja sebab selepas ini akan banyak lagi rumah2 yang akan kami kunjungi.

Kemudian kami bergerak pulak ke rumah saya...hehehe. Disebabkan perancangan di saat2 akhir, tak dapatlah saya menyediakan juadah lain selain daripada kuih2 raya yang ada.

Situasi beraya di rumah saya....sempoi jer!


Selepas itu kumpulan kami bergerak pula ke Taman Kota Masai, ke rumah Sam / Zakiah di Jalan Bachang. Wah...mereka dah sediakan Sup Tulang!!!!

 Ini di rumah Sam / Zakiah...


Rumah seterusnya ialah rumah Zamri / Salbiah di Taman Bukit Dahlia. Sama juga macam di rumah kami, ringkas sahaja. Sekadar kuih2 raya. Alhamdulillah...! Masa tu dah sekitar jam 11:30 malam.

 Gaya tersendiri beraya di rumah Zamri / Salbiah...

Rumah ke-6 pulak ialah rumah Bob (sorry... tak ada gambar pulak...!).

Rumah ke-7 ialah rumah Mursyid. Masa ni, orang rumah dan anak2 Bob tak ikut sama sebab mereka dah beraya ke sana sebelum ini. Bob ikut sama sebab nak tunjukkan jalan. Rumah Mursyid ialah di Jalan Rimba XX (tak ingat Rimba berapa...). Masa tu anaknya yang kecik sekali tu (lebih kurang 2 bulan) dah tidur tapi disebabkan anak2 kami yang riuh-rendah, terjaga terus si kecik tu. 


Rumah ke-8 dan terakhir untuk malam tu (sebenarnya dah pagi Ahad dah wak tu...) ialah rumah Razak aka Ajak. Rumah Ajak berdepan dengan rumah Mursyid. Kebetulan masa kami sampai di rumah Mursyid tu, Ajak masih melayan kawan2nya yang datang bertandang. Jadinya kami ni tidaklah dikira "mengganggu ketenteraman"...hehehe.

Cantik rumah Ajak dengan deko yang simple. Orang rumah Ajak, Sue, sedang berbadan dua. Moga2 dipermudahkan segalanya...

Tamatlah sudah cerita beraya sakan kami. Bila sampai kat rumah, tengok jam dah menunjukkan jam 2:00 pagi. Ya Allah...tak pernah2 saya beraya selama 2 hari macam ni! Sekali jalan habis 8 buah rumah!


Adik Datang Beraya


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Masih dalam mood raya dan sekarang nak update cerita2 raya....

Adik saya yang duduk di Putrajaya tu, kali ini kena giliran berhari raya di kampung sendiri, di Chemor. Walau bagaimana pun, mereka tetap akan beraya di kedua2 kampung. Pada hari raya ke-3 mereka dah bertolak balik ke Putrajaya sebelum menyambung perjalanan ke Felda Penggeli Timur pulak. Pada kebiasaannya, mereka tidak pernah ketinggalan untuk datang ke rumah kami bersama ipar-duai, adik-beradik dan juga ibubapa mertuanya.

Alhamdulillah, pada hari raya ke-7, mereka telah sampai ke rumah kami bersama2 dengan ibubapa mertua dan juga beberapa orang adik-beradik yang lain. Disebabkan ada yang telah bekerja, tidak semua adik-beradiknya dapat hadir.


Mereka tiba sekitar jam 4 petang dengan 2 buah kereta. Masa tu saya masih didapur menyiapkan sedikit juadah untuk mereka. Saya sekadar menyediakan Laksa Penang sahaja. Sebelah pagi tu saya menyiapkan tempahan cistat yang saya terima. Jadinya lewat sikit saya menyediakan juadah untuk mereka.


Hehehe...kuah laksa disajikan di dalam mangkuk hadiah hari raya yang hubby terima dari Kiswire...
tempat hubby bekerja.


Riang Ria Aidil Fitri 2010 Di Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Syawal dah 18 hari berlalu. Baru sekarang berkesempatan untuk mengemaskini cerita sambutan Syawal. Masih belum basi lagi sebab kita merayakan Syawal selama sebulan....



 Tahun ini kena giliran saya menyambut Syawal bersama keluarga mertua di Parit Jawa, Muar. Sambutan Syawal di sini memang berbeza dengan sambutan Syawal di kampung saya sendiri di Chemor, Perak. Di sini ada tradisi bertukar2 juadah utama iaitu ketupat @ nasi impit bersama "rakan2 seperjuangannya" yang biasanya dilakukan pada petang hari terakhir berpuasa. Begitu juga dengan upacara (fullamak...!) bermaaf2an dan bersalam2an. Di sini dijalankan selepas solat Zohor, sebelum kami berkunjung ke rumah saudara-mara terdekat. Mula2 kami berkunjung ke rumah adik-beradik emak dan abah (emak dan bapa saudara) yang dekat2. Lepas tu barulah menziarah ke rumah jiran2 dan adik-beradik yang lain.

Kalau di Chemor, tradisi bertukar2 juadah telah lama ditinggalkan. Dulu2 memang ada tapi sekarang dah tak ada. Selepas solat sunat Aidil Fitri, kami akan menzirahi pusara arwah abah dan arwah2 saudara-mara yang lain. Selepas itu barulah kami bersalam2an dan bermaaf2an.

Jom layan situasi kami menyambut Syawal di Parit Jawa, Muar...

 Bersalam2an dan bermaaf2an....sambil anak2 sedara mengutip duit2 raya!



 Sesi bergambar...
Mula2 bergambar beramai2, lepas tu barulah satu keluarga dan akhir sekali anak2 bujang...!


Beraya di rumah Wak Lan dan Mak Nab...


 Beraya di rumah Mak Lah...kakak emak yang dah uzur sangat!


 Beraya di rumah Wak Amat dan Wah Rhu...abang emak yang sulung!


 Sambil menanti ziarah sesi ke-2, kami bergambar santai di luar rumah...


 Beraya di rumah Abang Din dan Kak Nor...abang sulung hubby!


Beraya di rumah Kak Fatin...


Thursday, September 23, 2010

Salam Aidil Fitri Dan UPSR 2010


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Aidil Fitri untuk semua.

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pengunjung blog saya ini.


Dan kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010, aunty juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERJAYA. Moga dipermudahkan segalanya...InsyaAllah!

Dan kepada semua ibubapa yang anak-anak mereka sedang menghadapi peperiksaan UPSR ini...jangan terlalu memberi tekanan kepada anak-anak. Doakan yang terbaik untuk mereka. UPSR ini bukanlah penentu masa depan anak2 kita. Masih ada peperiksaan yang penting di masa depan. Walau bagaimanapun, semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ini memang tidak dapat dinafikan.


Kepada anak2 saudara saya yang juga sedang menghadapi UPSR ini, Mak Ngah ucapkan SELAMAT BERJAYA!!! Alia dan Hakim...buktikan kepada ibu dan ayah, kamu juga boleh berjaya!!! InsyaAllah...!

SALAM AIDIL FITRI
DAN
SEMOGA BERJAYA DI DALAM UPSR 2010!!!


Tuesday, September 7, 2010

Projek Biskut Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Aidil Fitri kian menghampiri. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Adakah kita akan bertemu di Ramadhan akan datang? Wallahhualam...

Bercakap pasal Aidil Fitri yang hampir tiba, malam Sabtu lepas saya sempat memuat biskut raya. Alhamdulillah...dengan pertolongan hubby dan anak2, dapatlah kami menyiapkan EMPAT jenis biskut. 

Saya sediakan adunan biskut, hubby dan Ayong mencetak mengikut bentuk2 tertentu. Tugas membakar diserahkan kepada saya. Untuk biskut yang celup2 dengan cokelat tu, saya sediakan cokelatnya manakala Adik dan Ayong pulak meneruskan proses seterusnya. Abang Ngah dan Abang Yang pulak ditugaskan untuk menempa kulit tat setakat lebih kurang aje. Selepas tu saya yang menyudahkan kerja2 mengemaskini kulit tat sebelum dibakar. Senang sikit kerja saya sebab tak perlu nak buat semuanya sendirian. Alhamdulillah...

Inilah hasil KERJASAMA kami...

Biskut Semperit Pandan (Citarasawan @ MyR)

Biskut Jering

Biskut Aiskrim Fancy (TerataiUngu @ MyR)



Biskut Aiskrim Fancy yang dipelbagaikan warna cokelat dan dan salutannya...

Biskut Almond Beauty (Citarasawan @ MyR)

Adik dan Ayong meneruskan proses mencelup biskut dalam cokelat dan salut dengan cokelat rice @ color ball...


Friday, September 3, 2010

Ringkas Sahaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.


Inilah juadah berbuka kami hari ini. Hari ini hubby dan Ayong pergi menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kiswire di Tanjung Puteri Resort. Dalam majlis tersebut, diselitkan acara penyampaian hadiah kepada anak2 pekerja yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun lepas. Memandangkan Ayong mendapat straight A's (8A) dalam PMR tahun lepas, namanya turut tersenarai dalam penerima hadiah tersebut. Dapatlah RM100 tadi. Ada juga majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada orang2 tua dan ibu2 tunggal. Memang setiap tahun Kiswire mengadakan majlis ini.

Jadi, cuma Abang Ngah, Abang Yang dan saya yang berbuka di rumah. Memandangkan saya tak sempat nak memasak yang remeh2 sebab menyiapkan tempahan cistat dari Cikgu Norsham dan Mahani, saya masak mee segera aje. Tapi saya tidak gunakan perencahnya. Saya tumis sayur2 dan celur mee segera tersebut sebelum dicampurkan dengan sayur2 tu. Disamping itu ada juga buah tembikai dan jus oren. Alhamdulillah!!!