Sunday, September 28, 2008

Menjelang Syawal 1....

Saya akan sambung cerita semalam pasal perbezaan sambutan 1 Syawal di kampung hubby dan kampung saya. Semalam saya dah cerita pasal suasana 1 Syawal kat kampung hubby, sekarang saya nak cerita tentang suasana sambutan 1 Syawal dan menjelang Syawal kat kampung saya pulak.

Menjelang Syawal kat kampung saya, suasananya macam biasa je, tak apa yang istemewa. Cumanya, pada petang tu kami akan sama2 memasak lemang dan rendang untuk raya esoknya. Kat sini tak ada adat "ngunjung" macam kat Muar (kampung hubby) tu. Cuma sekadar memberi sedikit lauk2 kepada anak2 di sekeliling aje. Makanan utama yang disediakan ialah lemang - samada lemang pulut, lemang jagung ataupun lemang tepung.

Emak biasanya akan masak lemang pulut dan lemang tepung. Lemang tepung menjadi kegemaran abang sulung, tiap kali mesti mak buat untuk dia. Ada 4 adik-beradik saya yang telah berkeluarga (lelaki semuanya), tinggal berhampiran dengan rumah emak. So, tiap kali menjelang raya, masing2 akan membawa beras pulut ke rumah emak dan akan masak lemang bersama2. Jadi, emak tak le penat nak membakar lemang sebab tugas tu diambilalih oleh adik-beradik lelaki.

Pagi 1 Syawal pulak....
Biasanya sembahyang sunat Aidil Fitri diadakan pada jam 8:30 pagi. Sebelum tu kami yang ada kat rumah mak akan bersarapan bersama2. Lepas sembahyang sunat Aidil Fitri, kami akan menziarahi pusara arwah abah yang tersayang. Alfatihah untuk arwah abah..... Lepas tu barulah berkumpul beramai2 kat rumah emak.

Masa inilah kami bermaaf-maafan dan bersalam2an dengan emak, adik-beradik, ipar-duai dan anak2 sedara. Dan masa inilah anak2 sedara dapat duit raya dari Opah dan emak2 dan bapa2 sedara mereka. Bukan main seronok lagi mereka. Budak2.....!!! Teringat pulak zaman kanak2 dulu, lebih kurang macam mereka jugak!

Masa2 macam gini, dah ramai budak2 datang berhari raya. Kejap2 Assalamualaikum! Kejap2 Assalamualaikum! Tak menang tangan! Biasalah, budak2 datang beraya bukannya nak makan kuih raya sangat tapi nak duit raya.... Kengkadang tu siap ada yang kata ngan tuan rumah, "Makcik, kami datang bukan nak makan kuih raya, kami nak duit raya je." Aduh..!!! Budak2 sekarang ni macam2 pesen...

Saudara-mara dan jiran2 sekampung (terutamanya budak2) pun dah mula datang berkunjung. Tak sempat group ni nak makan, dah datang group yang lain. Ada yang datang berkeluarga, ada yang datang berkawan2, ada jugak yang datang berulang-kali. Memang tak menang tangan! Emak pulak bukanlah sihat sangat. Jadi, menjadi tugas adik bungsu dan saya (kalau turn saya beraya kat kampung) ataupun adik ipar untuk melayan tetamu yang datang.

Kami 8 beradik semuanya. 6 lelaki dan 2 perempuan. Yang sulung ialah abang, saya yang ke-2, ke-3 sampai ke-7 ialah lelaki dan yang bongsu ialah perempuan. Adik yang ke-7 dan 8 aje yang masih belum berumahtangga, tapi yang ke-7 tu dah pun bertunang. Insyaallah, sebelum Jun 2009 akan melangsungkan pernikahannya.

Diantara adik-beradik kami, yang tinggal berjauhan ialah 2 orang adik lelaki di KL dan saya di Johor. Yang kat KL tu ialah yang ke-6 (Pak Anjang) dan ke-7 (Pak Tam). Pak Anjang dah ada 3 orang cahayamata, Pak Tam baru bertunang. Pak Anjang dan saya akan ambik turn beraya dengan emak. Tahun ni turn Pak Anjang beraya kat kampung dengan emak dan saya pulak kena turn beraya dengan mertua. So, kamilah yang biasanya akan sibuk bersama2 emak dan Mak Su (adik bongsu) masa pagi raya ni.

Bila pulak turn kami pergi beraya ke rumah saudara-mara?? Dalam pukul 3:00 petang, kami terpaksa tutup pintu untuk sementara waktu untuk pergi ke rumah saudara-mara yang berhampiran. Kalau tak buat macam ni, alamat tak berayalah kami!!

Hmm...berbeza tak cara sambutan 1 Syawal di antara kampung saya dengan kampung hubby??

Friday, September 26, 2008

Menjelang Syawal....

Hmmm...dah lama tak menulis. Sibuk sikit sekarang ni. Sibuk dengan persiapan Syawal yang bakal menjelma minggu depan. Tak lama lagi....hari ni dah hari Jumaat. Hari Rabu , Insyaallah, Syawal akan menjelma.

Tahun ni baju raya tak jahit sendiri. Kenapa yek???? Sekarang ni, kalau ada masa, saya buat biskut raya sikit. Adalah dua tiga macam yang dah siap. Dua tiga tu pun semua kuih dulu-dulu, resepi emak. Kalau dulu, siap import dari kampung kuih2 tu. Sekarang ni dah "pandai" buat sendiri semenjak menjadi suri rumah sepenuh masa ni.

Kuih2 moden tu ada la jugak sikit. Permintaan anak2. Kali ini turn raya kat kampung hubby. Tiap tahun kami raya ikut turn, so tak ada le nak gaduh2 pasal nak beraya kat mana tiap kali tiba raya. Best kan???

Suasana raya kat kampung hubby dengan kat kampung saya kat Perak nun, jauh berbeza. Masa first time beraya kat kampung hubby dulu, kekok rasanya. Mana tidaknya, pada pagi Syawal tu, keadaan rumah senyap sunyi je. Tak ada pun orang datang beraya. Budak2 lagi le...satu batang hidung pun tak nampak. Even cucu2 orang kat depan rumah pun tak datang!!! Tapi jangan salah faham ya!

Bebudak kat kampung hubby tu, bukannya jenis pergi beraya bersama kawan2. Tapi mereka beraya bersama keluarga. Patut le tak nampak sorang pun budak2 datang beraya pagi2 tu...
Nak cerita sikit perbezaan beraya kat kampung hubby dengan kat kampung sendiri. Saya cerita pasal kampung hubby dulu....

Sehari sebelum hari raya, abah akan rebus ketupat daun kelapa. Emak dan adik2 ipar lelaki (sebab adik-beradik hubby semuanya lelaki - 7 orang), akan memasak lauk2, kuah lontong dan kuah kacang. Kalau masa tu saya dah balik ke sana, then instead of adik2 ipar, sayalah yang memasak dengan emak mertua.... Bila semuanya dah siap dimasak, emak akan sediakan beberapa set mangkuk tingkat. Tujuannya ialah untuk diisi apa yang telah dimasak tadi dan akan dihantar kepada adik-beradik emak dan abah, anak2 abah yang lain dan jugak jiran yang dekat2 situ. This practise is called "ngunjung". Maknanya, mereka saling bertukar-tukar juadah. So, at the end, ada berbagai2 jenis masakan yang berbeza kat atas meja makan tu. Hmmm... unik, kan?? Kat tempat lain masih adakah tradisi macam ini? Kat kampung saya pun dah ada lagi tradisi sebegini.

Then bila pagi Syawal, kami sama2 bersarapan sebelum bersembahyang raya kat masjid berdekatan. Habis sembahyang raya, duduk je kat rumah. Masa ni, kalau baju raya tak abis jahit ataupun almond london belum salut cokelat lagi, sempat le nak buat semua tu. Sebabnya??? Sebabnya, selepas Zohor baru kami akan pergi berkunjung ke rumah2 saudara-mara, adik-beradik dan jiran tetangga...

Selepas sembahyang Zohor, barulah kami adik-beradik bersama anak masing2, akan berkumpul kat rumah abah. Masa inilah kami bersalam-salam dan bermaaf-maafan. Inipun ikut turutan tau!! Mula2 Pak Long ngan Mak Long salam dengan mak dan abah, then Pak Ngah dan Mak Ngah, then Pak Udan ngan Mak Uda, then Pak Teh ngan Mak Teh, then Pak Andak, Pak Tam dan Pak Su. Lepas tu barulah cucu2 ambik giliran pulak..... Masa bersalaman tu pun, bukan sebarangan. Macam orang berbisik...bercakap dekat dengan telinga emak dan abah. Mintak ampun dan maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran kata dan perbuatan, halalkan makan dan minum, selamat hari raya maaf zahir dan batin... Gitulah lebih kurang!!! Lepas tu kami akan bergambar beramai2....sebagai kenangan!!!

Ini keluarga hubby - amak, abah dan 7 orang hero!

Ini menantu2nya.... Sorry, gambar 2004, masa tu saya tengat sarat anak ke-4!

Ini pulak emak, abah, anak2, menantu2 dan cucu2nya!!

Lepas ni barulah kami bertolak untuk berkunjung ke rumah adaik-beradik abah dan emak (ini pun ikut turutan jugak, yang sulung didahulukan), then ke rumah adik-beradik yang berhampiran dan jugak rumah jiran yang berdekatan. Biasanya dalam pukul 5:30 petang, semua dah settle. Lepas ni barulah kami menunggu kunjungan pulak..... Aduh!!! Penatnya berjalan satu petang!!
Tapi berbaloi sebab dapat jumpa semua emak2 dan bapa2 saudara, sepupu2, jiran-tetangga dan ramai lagi yang sebelum ini tidak dan kurang dikenali.

Kat kampung saya pulak...kat Chemor, Perak....

Lain kali la ya! Nak memasak untuk berbuka la...

Saturday, September 20, 2008

Mencari Lalilatul Qadar

Petikan dari MyMetro 20hb September 2008

"SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?

"Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Mencari Malam Lailatul Qadar....

Salam untuk semua...
Last menulis ari tu tanggal 12hb September. Hari ni dah 20hb September. Bermakna hari ke-20 kita berpuasa. Kejap je rasanya kita berpuasa. Sedar tak sedar dah 20 hari. Ada lagi 10 hari lebih kurang. 10 malam terakhir Ramadhan....

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.:
Adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain2 ulama' untuk mencari Malam Lailatul Qadar
Jika Awal Ramadhan jatuh pada hari :
  1. Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
  4. Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
  5. Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam Lailatul Qadar akan jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 September 2008. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Lailatul Qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita sama2 memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah s.w.t. dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah s.w.t. yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Wallahu'alam...

Saturday, September 13, 2008

Shopping Raya...!!

12 Ramadhan, Sabtu....

Hujan turun sejak dari awal2 pagi tadi. Selepas sahur dan solat subuh, anak2 tidur semula. Memang sedap tidur kalau hujan2 ni....sejuk!!
Dalam pukul 10:30 pagi, kami sekeluarga keluar. Nak gi shopping...nak cari baju raya. Tapi masih dok fikir2, nak beli baju yang siap ke, nak beli kain ela dan jahit sendiri seperti tahun2 lalu. Hmm..nantilah! Dah sampai "sana" nanti, baru buat keputusan.

Destinasi pertama kami ialah Tesco Extra...nak gi Butik De Alfa. Ari tu pernah pergi sekali dan nampak baju kurung Pahang cantik2 kat situ. Belek punya belek, try punya try, memang ada yang berkenan TAPI saiz tak ada la pulak! Saiz untuk my daughter ada tapi untk emaknya yang tak ada. Tiap tahun kami akan pakai baju yang sama corak dan sama warna. So, tak jadi le beli kat situ.....

Next, kami ke Jusco Permas Jaya. Bukan nak shopping tapi nak hantar CPU sebab sejak lepas sahur tadi tak boleh nak 'on'kan komputer. Saya ni terror gak pasal komputer tapi setelah penat dibidik, tak mau jugak hidup. So bawak gi kedai beli ari tu. Sampai je kedai tu, mamat tu pun sambungkan segala wayar yang perlu dan 'on'kan CPU tu. Bolehhhh la pulak!!!! Aduiiiiii..... mana silapnya ye???? Agaknya CPU tu tau kami nak gi shopping ari ni dan dia pun nak ikut sama kot... Ishhh, what ever lah, janji CPU dan hard disknya tak rosak.

Destinasi seterusnya ialah ke Plaza Angsana. Mission....nak cari baju raya la. Pusing punya pusing, tengok punya tengok, bekenan le kat satu baju Melayu utk hubby tu. Then suruh le salesgirl tu carikan material dan warna yang sama utk 3 orang hero kami tu sekali. Tak lupa jugak baju kurung untuk kami yang perempuan ni... Alhamdulillah!!! Dah dapat satu set (6 pasang baju). 6 pasang aje dah abis RM600. Belum lagi songkok dan tudung! Tak apalah, setahun sekali!!

Setelah penat ronda kat Angsana, kami pun balik. Jam dah menunjukkan hampir 5 petang. Sempat ke nak memasak ni?? Dapur pun tengah kosong tu. Lauk dan sayur tak ada stok. So singgah pasar basah dan beli le apa yang patut. Sampai rumah hampir 6 petang. Aduh...! Kelam-kabut memasak apa yang patut.
Dan inilah hasilnya....
Mee campur meehon tomyam.....untuk emaknya!!

Jus epal hijau kasturi dan asom boi....emaknya minum sampai 2 gelas!!!

Tembikai merah yang manis2 buah....

Mee tomyan untuk hubby dan hero2...

Dan sirap cincau...
Alhamdulillah, tiada sebarang pembaziran.

Malam ni nak test baju baru la...

Thursday, September 11, 2008

Sahabat...

Sahabat...

Dua orang sahabat saya yang masih keep in touch walaupun jarang sekali kami bersua muka. Kami mula kenal masa sama2 belajar kat ITM (sekarang UiTM) Shah Alam tahun 1986 dulu. Lama dah....! Ambik course yang sama tapi tinggal tak sama asrama dan tak sama blok. Boleh akrab hinggalah sekarang.
Dulu-dulu......

Siti Rohani Aripin. Orang Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka.
Orangnya....suka pok-pek-pok-pek. Ada je idea dan topik yang keluar dari mulutnya. Memang tak membosankan. Dan orangnya pandai 'melaram' gak. Hani ni terror Bahasa Inggeris. Masa kat ITM dulu, kalau tak tau apa2 perkataan atau ayat, dialah yang jadi kamus bergerak kami. Dan dia ni seorang yang amat penyayang tapi kuat merajuk...


Aniza Ahmad. Orang Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Ijai...masih solo. Bila lagi ni Ijai? Kami berdua dah berderet2 anak. Ijai ni seorang yang low profile. Suka merendah diri dan selalu mengalah. Kengkadang, orang suka ambil kesempatan atas sifat2 dia yang begitu. Dia juga friendly, ramai yang suka berkawan dengan dia termasuk le saya...

Untuk kedua2 orang sahabatku... terima kasih kerana kita masih bersahabat hingga ke hari ini. Terima kasih atas segala pengorbanan, nasihat, tunjuk ajar dan kasih sayang dari dulu hingga sekarang. Moga persahabtan kita akan berkekalan hinggalah ke akhir hayat kita...

P/s : Saya merindui situasi kita semasa sama2 kat ITM dulu.....

Tuesday, September 9, 2008

9 September 2008

Aduh....! Hari ini dah mula UPSR untuk tahun ni. Anak lelaki saya ada sorang yang menduduki peperiksaan ni. Saya yang kat rumah ni rasa tak tenteram. Macam manalah anakku menghadapi peperiksaan. Boleh ke dia jawab? Tenang ke dia masa masuk dewan peperiksaan tu? Macam2 yang saya fikirkan.

Ya Allah! Berikanlah ketenangan kepadanya dan permudahkanlah urusannya dalam menghadapi peperiksaan. Moga dia dapat menjawab soalan2 dengan tenang dan yakin. Amin!!!

Kepada semua murid2 yang menduduki peperiksaan UPSR 2008, moga berjaya dengan cemerlang!! Insyaallah...

Monday, September 8, 2008

Jom Berbuka Puasa...

Hari pertama berbuka kat rumah. Memasak yang simple2 aje dengan kerjasama hubby yang memang pandai memasak...

Ada kari ayam hubby, limau tambun masam manis, salad buah, kucai goreng udang dan lopes sagu.


Limau tambun masam manis ni ialah ole2 balik kampung ari tu... Nampak merah tapi rasanya masam2 manis.


Buat salad buah2an - ada epal hijau, timun, telur, kentang - ditaburi dengan limau tambun masam manis. Mmmmm...sedapnya!

Saturday, September 6, 2008

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir....

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN


Terima kasih kepada penyumbang....Rosidah Abd Rahman

Friday, September 5, 2008

Petua Dapur...

Beberapa petua yang berguna sewaktu berada di dapur...

Bubur kacang tidak hancur
Goreng kacang hijau tanpa minyak terlebih dulu hingga agak garing. Kemudian basuh dan rebuslah macam biasa. Anda akan dapati bubur kacang anda tidak hancur dan berbau harum.


Hilangkan lendir ikan keli
Siang dan basuh ikan keli dengan air bersih. Gosokkan ikan keli dengan daun serai. Biarkan seketika dan basuh semula dengan air bersih.


Elakkan ikan goreng hancur
Untuk mengelakkan ikan yang kita goreng daripada hancur, seperti ikan gelama masin, gaulkan sedikit tepung gandum pada ikan tersebut dan goreng seperti biasa.

Tahukah Anda...?

Ada sesiapa tak yang kenal buah ni? Buah ni buah hutan, maksudnya hanya boleh didapati di hutan. Memang susah nak dapat buah ni. Sejak 1992 hinggalah ke hari ini saya pergi-balik ke Perak dan singgah di Hentian Simpang Pulai, baru minggu lepas saya jumpa buah ni terjual kat situ. Dulu masa arwah abah masih ada dan saya masih tinggal di kampung, selalu jugak dapat makan buah ni sebab dibagi oleh oleh orang asli kat kampung tu.


Inilah buah TAMPOI. Sebijik nama tempat kat Johor ni. Kenapa namanya TAMPOI?? Wallah hualam....

Thursday, September 4, 2008

Selamat Tinggal Kampungku....

Hari ini 2hb September 2008, hari kedua berpuasa. Jugak bermakna kami kena balik ke Pasir Gudang hari ini. Esok anak2 dah mula sekolah dan hubby pun akan mula kerja.

Jam 11 pagi kami memulakan perjalanan. Kalau hari2 biasa, lepas asar baru kami bertolak. Tapi memandangkan sekarang ni bulan puasa, kami mengambil keputusan untuk bertolak awal. Kalau sempat, boleh jugak berbuka kat rumah nanti.
Cuaca pun nampaknya cerah, tak ada tanda2 hari nak hujan. Alhamdulillah. Selepas setengah jam perjalanan, anak2 semua dah tertidur. Penat dan kelaparan kot...

Hubby buat keputusan utk singgah beli buah kat Hentian Simpang Pulai. Kat situ macam2 buah ada jual terutamanya jambu batu tanpa biji, limau tambun/limau bali, mempelam cukanan, mempelam datok, jambu air madu, dll. Dan kami cuma beli 2 biji limau tambun, 6 biji mempelam datok, sekilo jambu batu dan sekilo jambu air.




Sampai kat Pasir Gudang, hujan lebat pulak. Jam dah 6 petang. Nak cari juadah berbuka puasa lak, nak memasak, tak ada bahan rasanya kat rumah. Setakat nasi tu adalah... Hubby singgah kat bazar Ramadhan Tmn Pasir Putih. Dia capai apa yg dapat je, tak sempat nak memilih dah sebab hujan lebat. Inilah hasil capaiannya....

Talam keladi, talam berlauk, nasi ayam, lontong kering. Limau bali dan buah tampoi tu, yang beli kat Simpang Pulai pagi tadi...

Ramadhan Pertama....

Hari ini 1 Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Hari pertama berpuasa untuk tahun ini bersama ibu tersayang. Bersahur secara ringkas aje, awal2 pagi ni susah sikit makanan nak masuk.

Hari ini cuaca agak panas. Kesian anak2. Yang tak pernah tidur siang hari pun, boleh lena bila keletihan dan kelaparan. Lepas tu asyik tanya berbuka nanti nak masak apa...

Inilah hasilnya... Ada yang masak sendiri, ada yang ipar-duai bagi. Bila dikumpul2, banyak pulak jadinya. Juadah berbuka yang paling jauh datangnya dari Chuping, Perlis. Haa.... bakal adik ipar bawak dari sana. On the way balik ke KL singgah kat kampung dulu. Lepas berbuka nanti baru balik KL ngan my brother.

Alhamdulillah...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-51 kepada semua rakyat Malaysia di mana jua mereka berada...

Kat kampung ada diadakan sambutan kemerdekaan dengan berbagai acara. Diantaranya ialah perarakan oleh murid2 Tadika Kemas, pertandingan memasak rendang (apa2 jenis rendang), kuih berasakan ubikayu dan gubahan yang diadakan di Tadika Kemas.

Suka tengok anak2 comel berarak sambil mengibarkan bendera Malaysia. My son and my hubby tumpang sekaki.... My mum masuk pertandingan memasak kuih berasaskan ubikayu - dapat tempat ke-2. Dan adik ipar jugak dapat tempat ke-2 utk pertandingan memasak rendang Not bad...!!!

Dalam masa yg sama, berbagai acara dipertandingkan di padang bola - futsal dewasa, tarik tali, naik basikal perlahan dan macam2 lagi. Acara dibahagikan kepada beberapa bahagian - dewasa, kanka2 dan wanita. Meriah gak...!!


Tapi tengahari tu panas sangat la, so kami gi tengok kejap je. Lepas makan tengahari dan solat Zuhur, emak ajak gi RiaModa kat Simpang Pulai. Nak cari langsir raya katanya. Ok, jom!!!


Beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang perjalan pergi dan balik ke/dari RiaModa. Cuaca elok terang, langit cerah je...

Cuti Merdeka dan Sambut Ramadhan...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-51 untuk seluruh rakyat Malaysia!!!

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik kampung di Chemor, Perak. Kebetulan hari Sabtu tu (30/08/2008), hubby tak kerja, jadi ada le cuti 4 hari, Sabtu sampai Selasa. So, Jumaat malam tu jugak kami balik kampung. Bertolak jam 9:30 malam, singgah rehat jap kat R&R Ayer Keroh dalam lebih kurang jam 12 tengah malam, then singgah tukar driver kat R&R Dengkil dan teruskan perjalanan sampai kampung. Kami tiba jam 4:30 pagi. Tol dari Skudai ke Ipoh RM70.40. Mak oiiii!

Emak memang tak diberitahu yang kami nak balik. So, dekat2 nak sampai rumah, baru call emak suruh bukakkan pintu. Terkejut emak tengok kami balik. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba2 muncul kat depan pintu. Alhamdulillah....sempat juga lagi jumpa emak. Sayang emak!!!

Hari Sabtu tu, tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Cuma lepak2 kat rumah, lepaskan rindu kat emak. Then jalan2 ke rumah abang dan adik2 kat area situ jugak.

Dan ini adalah menu makan tengahari kami hari tu...

Gulai lemak putih labu, ikan goreng, nasi putih, terubuk bakar, air asam (utk cicah ikan bakar), air kelapa muda dan rendang ayam.

Pada sebelah malamnya, adik jemput ke rumah dia. Ada makan2 sate sikit katanya. Dia jemput adik-beradik je. Saja nak memeriahkan malam kemerdekaan.



Sebenarnya malam tu ada aktiviti menyambut kemerdekaan diadakan di padang bola kat kampung tu. Ada beberapa acara diadakan seperti persembahan pancaragam, teka kacang dan pertunjukan bunga api. Meriah jugak sambutannya... Tapi kami tak pergi pun sebab penat belum hilang, semua tidur awal.

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan

Assalamualaikum...
Salam merdeka dan salam ramadhan dari saya sekeluarga untuk semua pengunjung blog ini.
Adui....lamanya tak menulis. Sibuk sikit kebelakangan ni. Tapi hari ni ada banyak benda nak cerita. Jangan tak baca ya!!!